Showing posts with label PASUM. Show all posts
Showing posts with label PASUM. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Hamba UPU

Assalamualaikum adik, kakak, nenek, mak cik dan semua makhluk yang mengenali Kak Farah sama ada hanya di blogosphere yang hina ini ataupun di dunia realiti. Well, I used to say since my early days in SMK Dato' Abdul Samad that I want to be a dentist. Though, others were like,

“Eh. Dentist? Seriously? Jadilah doktor."

Nampaknya masih ramai yang memandang rendah kepada golongan pencabut gigi dan pembedah kepala ini.

Alhamdulillah, 12 Ogos yang lalu (ayat ikut skema cikgu BM dulu-dulu), dapat berita gembira untuk ditunjukkan kepada mak dan ayah Kak Farah yang comel gila dekat rumah ini.


“Untunglah Kak Farah, apa nak semua dapat. UPSR, PMR, SPM A bersepah tepi jalan, boleh kutip. Dapat pergi one of the best foundation programme in Malaysia, A bersepah lagi. Dapat course yang Kak Farah idamkan dari dulu. Untunglah.."

“Oh please people. Ramai yang tak tahu apa yang telah menghimpit hati Kak Farah yang remuk dari dulu.
Apply SBP, MRSM tak pernah dapat. Mungkin Allah tahu Kak Farah tak boleh survive tanpa mak ayah di sisi.
Apply MARA untuk PILN setakat ditemuduga, mungkin sebab Dia mahu aku ditarbiyah di UM.
Banyak lagi tapi rasanya tak payah cerita kot."



Tapi, pada masa yang sama, rasa
terkilan
menyampah
tak tahu nak cakap apa dengan confessions dekat twitter PasumC.

“Husnudzon-lah Kak Farah. Orang tengah geram memang macam itu. Luahkan tanpa memikirkan perasaan pembaca yang lain."

Ya. Tanpa memikirkan perasaan pembaca lain.


Antara persoalan yang remaja hamba UPU bangkitkan, yang Kak Farah ingin ulaskan di sini ialah :

1. Kenapa aku dapat course ‘bodoh' ini?

Wallah, setiap pekerjaan yang ada di muka bumi ini pasti ada kepentingannya sendiri. Dari pengelap tingkap macam dalam filem Cuci, sehinggalah usahawan yang menjadi ‘trillion'-aire yang Kak Farah pernah terfikir untuk hijack jet peribadi mereka.
Setiap ilmu itu berharga. Dan mungkin, mereka tak sedar bahawa, betapa ramai graduan di luar sana yang menempuhi dunia kerjaya mereka, berada di puncak kekayaan, atau bahasa paling mudah iaitu bekerja, mengikut aliran yang bukan mereka pilih ketika berada di menara gading. Ambil ekonomi tapi jadi pengacara nombor satu Malaysia, well, I bet you know who he is kan? Jadi, sebelum kata begitu, better you do some quick review on what you are going to confess.

2. Kenapalah aku diuji sebegini berat. Apa dosaku?

Cakap macam tak pernah buat dosa je kan? Mungkin awak bayi baru lahir semalam, mungkin.
You are saying that, as if itulah hari terburuk yang awak pernah lalui. Know what? One of my best friends in PASUM lost her mother about 5 days after she received the UPU result. Ramai lagi dekat luar sana yang mungkin mempunyai kisah yang menduka citakan berbanding awak. Jadi, kenallah erti bersyukur.

3. Kau dapat dekat situ? Eiiii....

Seriously, awak cakap macam itu kepada kawan awak? Kalau saya jadi kawan awak, memang dah kena high kick to the roof. Definitely will.
Belajar mana-manapun, sama je, yang penting ilmu. Nama universiti itu letak nombor 3. Nombor 2 itu CGPA. Nombor 1, on top of all that, الله. Niat kerana dia.

4. UM ini, kata je nak tolong budak-budak PASUM. Hampas kelapa betul.

Awak, awak, ini keluhan budak PASUM sahaja. Percayalah, UM sangat membantu budak-budak PASUM. 40% disetiap science-based courses. Bayangkan. 60% lagi dikongsi oleh pelajar STPM, matrikulasi, diploma di seluruh Malaysia yang beribu-ribu. Untuk kes Kak Farah ini, nak diikutkan, interview pun tak dapat. Mula-mula risau, habis semua kenalan PASUM Kak Farah message. Mostly tak dapat. Mulalah kami buat andaian, “Yang dapat UM tak dapat interview" tapi sebenarnya mitos itu Kak Farah yang reka bagi menyedapkan hati sendiri.

Adik-adik PASUM please take note yang result autonomi akan kita check dekat UPU juga. Bukan macam pelajar APIDS, mereka special sikit.
Jadi, Kak Farah nak buat kesimpulan, UPU bisa jadi satu penyiksaan ataupun kenikmatan. Tugas kita belajar baik-baik, result exam dan result UPU itu tugas Dia.
P/s : Please pray for my next painful 5 years in UM Dental School. Hala dentistry.

بارك الله لك
السلام عليكم

Wednesday, May 21, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part VIII (Semester 2)

Assalamualaikum pembaca yang sentiasa di bawah lindungan-Nya InSya'Allah.

Alhamdulillah wa syukrillah. Allah. Allah. Allah.

“Happy nampak cik kak kita minggu ini. Nak share apakah?”

Result Semester 2 is already out. Alhamdulillah. Allah,Kak Farah diduga dengan nikmat 4 flat itu sekali lagi. Lepas exam hari itu punyalah takut, hanya Allah yang tahu. Mana taknya, bila tengok balik soalan dan terfikirkan jawapan kita, weirdo. Pelik sangat sampai kadang-kadang itu boleh tergolong dalam golongan cereka, bukan fakta. Tapi kini Alhamdulillah, Allah menghapuskan keraguan dan kerisauan, dapat lagi 4 flat. Dikhabarkan keluar jam 1200 pada 19 Mei 2014, tapi disebabkan masalah teknikal, petang baru dapat tahu.


Semak guna SMS :
Type UMRESULT <space> <username> <password> and send to 15888

Semak melalui laman web :
http://myum.um.edu.my/

Actually, Semester 2 was way challenging, more than what I've expected. Kalau Semester 1 dulu matlamat nak belajar di PASUM hanyalah mendapatkan 4 flat itu sendiri. Tapi persepsi berubah apabila masuk Semester 2. Everything was changed 360 degree. Semester 2 baru jumpa para mujahidah yang hebat-hebat. Mula terfikir, kosongnya jiwa bila asyik menjadikan "4 flat" as the only thing to be focused on bila masuk PASUM.

"Tajdid niat Kak Farah!"

Alhamdulillah, tidak terlambat apabila kesedaran itu datang menerpa. Kalau setiap malam Jumaat pasti ada kuliyyah agama yang dianjurkan. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk hadir ke taman-taman syurga-Nya. Tapi awal-awal itu, minda Kak Farah ini punyalah jahat, terfikir,

"Eh. Nanti tak terjejaskah result aku?"

Sebelum masuk group usrah pun terfikir lagi,

"Eh. Ada masakah nak study lagi. Sampai follow 2 kak naqibah. Ingat awak itu superwoman kah? Nak buat tutorial lagi."

Allah. Futur sungguh hamba-Mu ini Ya Allah. Tapi cepat-cepat Kak Farah buang tanggapan itu jauh-jauh, dan dengan sekeras-kerasnya meyakinkan diri Kak Farah,

"Bila kita berada di jalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah, tiada perkara yang menjadi sia-sia. InSya'Alah jalan kita sentiasa dipermudahkan Allah"

Kalau Semester 1 Kak Farah duduk row 3 dan ke atas, masuk Semester 2, semangat membara-bara macam unggun api kena simbah minyak tanah itu * Hiperbolalah Kak Farah*  Terus duduk row pertama dalam DKU, lecturers masuk DKU, sampaikan ilmu, konon-kononnya kitalah yang dapat dulu. Ideologi tak boleh pakai! Mula-mula itu rasa malulah juga, sudahlah tak kenal sesiapa pun dekat row depan itu, tapi alhamdulillah, perubahan yang Kak Farah buat membolehkan Kak Farah dapat kawan baru ( Yeay for me ). Mulalah rapat dengan Juwairiah Wafa W3, Atiqah Y2 dengan Sakinah U3. Kadang-kadang Wardatul Syauqah pun join kami juga.

Kalau Semester 1 itu pernah juga Kak Farah tertidur, terutama sekali semasa kuliah En Ismail, rasa macam didodoikan. Allah... Siapa suruh tidur lambatkan? Tapi Semester 2 mula terbiasa dengan kesunyian dan kesejukan dewan kuliah, kalau tertidur pun ada orang tolong kejutkan. Sebelum lecturers masuk, Wafa dengan gembiranya main game 100 Doors, something addictive to be play with. Kalau kuliah mula pagi, selalunya akan ada budak-budak lelaki yang tolong mengetuai bacaan do'a, kadang-kadang ada tayangan video. At least masa tak terbuang begitu je kan?

Result 3 Best Subjects.                                                                                                                                                 
Kalau ada Minggu Aktiviti, harap awak semua libatkan diri. Awak semua tak kan asyik nak terceruk dalam bilik baca buku je kan? Bored! Setiap aktiviti awak akan dapat merit, tapi jangan bertuhankan merit semata-mata. Tapi dengar cerita tahun ini bakal ada perubahan, dari segi apa Kak Farah tak pastilah. Peraturan juga bakal lebih ketat.

P/s : I want to make a big confession today, SAYA RINDU PASUM !
That's the end of my "I'm a Part of Pasumian" series. Thanks for reading. Kita berjumpa dengan blog post yang bertemakan perkara lain pula ya InSya'Allah.

بارك الله لك

السلام عليكم














Sunday, April 13, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part VII (Separation & IV)

Assalamualaikum my precious readers.

Allah... Still can't stop my tears...

Singkatnya tempoh setahun, tapi masih mampu menyulam cinta, yang bakal kekal hingga ke syurga, InSya'Allah. Though we are aware of parting and separation, but still, brave enough to create memories that will eventually put us in a deep sadness.


“Kak Farah, itulah orang kata, jangan suka-suka sangat, nanti kesedihan yang bakal dialami teruk.”


“Allah... I don't even feel any regret creating beautiful memories in PASUM. Teringat dulu masa MHS, abang FP itu kata, memang penat PASUM ini but once you've finished your PASUM year, awak akan rasa sedih nak tinggalkan PASUM.”


“Aku dah nak balik. Thanks for everything. Jumpa dekat Faculty of Dentistry, UM nanti, InSya'Allah“ - Juwairiyah Wafa

From left : Wafa, Prof Sahar, and me
(Starting to get to know Wafa in Sem 2)
People walk into your life, giving hope, sadness, memory and many more. But the most important part is the love they gave to you though for only just a few months. Biar pupus dari pandangan, asalkan tidak luput dari ingatan. One of my favourite things to do as I realize this PASUM days going to end sooner than what I've expected is capturing photos.

“So lame Kak Farah. Macam budak-budak yang tak matang je.”

Fine. Know what, through blogging, capturing pictures, writing, at least I can recall all the memories and share them with others.

“Tidak semua orang suka buang masa tulis blog macam Kak Farah kan?”

OK. Double fine there. It's about satisfaction people~

“Goodbyes are only for those who love with their eyes. For those who love with their hearts and soul, there is no such thing as separation. Do not grieve, something you lose might comes in another form. Do not fear the future, as nothing will last forever.” - Mewlana Jalaluddin Rumi




I like being alone,
I like drinking coffee alone, and reading alone.
I like riding the bus alone, and walking home alone.
It gives me time to think, and set my mind free.

But when I see a mother with her child,
a lady with her zauj,
or maybe a friend with his or her best friend,
I realize that even though I like being alone,
I don't fancy being alone.

Enough talking about separation and parting. Nanti Kak Farah menangis tak pasal-pasal kena gelak dengan penghuni rumah ini nanti. Now let's talk about interview. Last year, I was totally busy with all this interview stuff dan sangat memenatkan bila kena travel here and there. Interview PASUM, PETRONAS at Taylor University, MARA in Bangi, FELDA at The Zone in Ampang, dan seangkatan dengannya. Almaklum, Kak Farah bukan anak VVIPPPPPPP, nak sambung belajar terpaksa cari scholarship.
Dan tahun ini, terpaksa mengharungi benda yang sama tapi tak sepenat tahun lepas. And just finished my interview this morning, seriously nervous. Semua yang datang dengan bawa kertas dan script, I was like,


“Allah... I'm not as well prepared as them.”


Sebab dulu, ingat lagi, bila jumpa interviewer, just talk and talk and talk as if you are not going to stop. Sampai kehausan pun ada. Sudahlah kena duduk sebelah orang yang hebat-hebat, pelajar emas pun satu group dengan Kak Farah. Risau but managed to keep calm and talk almost fluently with them.



Some of the tips during interview:

1. Knock the door first.
2. Ask, may I come in?
3. Walk confidently and hand it your certs to the panels (just do it even if they didn't ask)
4. Ask, may I be seated?
5. First question : Introduce yourself
6.Lelaki tak sesuai pakai baju stripes / kotak-kotak. Baju plain, seluar hitam & kasut hitam.
Perempuan sesuai pakai baju kurung. Tudung jangan fancy sangat.
7. Do your resume, at least compile your certificates neatly.
8. Enjoy the show. Put your mask on and keep on talking. Relax and be confident!


Some of the common questions during interview:

1. What makes you feel so passionate to become a dentist?
2. In dentistry, there are specialization, are you aware of that? Name some.
3. Case study... “If you have a friend, and he is studying dentistry just because of money, what are you going to do? Advice?”
4. Who is our VC?
5. In any field of carrier, there must be the hardest part of it. What do you think about dentistry?
6. You've watched the video and do the wire-bending test, what is your opinion about that?
7. What are the values from the video that you've watched before?
8. Do you think wire-bending test should be continue for the next intakes?
9. Rate your work out of ten.
I rate it 8 out of 10.
10. Do you have any family members or friends who inspire you to become a dentist?
*All the question are based on my experience for my UM autonomy interview for BDS, #4 is from my friend. MBBS? They might ask you about diseases or something.
40% of the places in Science-based courses are for PASUMian

P/s : Pray for me, readers. Dentist in the making. InSya'Allah, BDS Malaya this September.

بارك الله لك

السلام عليكم

Wednesday, April 09, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part VI (End Point)

Assalamualaikum cinta.

“Hyperbola lah Kak Farah. Sengajalah itu nak ambil hati sebab dah lama menyepi.”
“Hummm. Kalau dekat PASUM dulu ada orang yang pandai jawab salam macam ini"
“Waalaikumsalam rindu"

Tak apalah, abaikan kisah romantik kami rakan sekelas tutorial. Well, I've been ‘busy’ for these past few weeks. Final, acceptance test, interview, etc. Sememangnya kehidupan seorang manusia yang bermatlamat tidak sepatutnya ada perkataan ‘boring’, kan? Husnul khatimah InSya'Allah...
Macam biasa tadi baru mukaddimah. *Kalau tulis novel ini kalah ketebalan Harry Potter* Tapi tadi ada sebut pasal husnul khatimah kan? Mengikut ilmu yang tak seberapa ini, khatimah bermaksud pengakhiran. Di sini, di blogosphere yang hina ini, saya ada sedikit pengumuman,

“Saya dah habis PASUM!!!”
“Kak Farah ini, dah habis PASUM macam dah naik roket tawan angkasa lepas.”

OK fine!
Tapi bila sudah habis PASUM ini, macam-macam fikir. Mungkin sebab kapasiti otak dah banyak delete.
After for almost 1 year, maybe this is the turning point of my life. Not really my life I guess. Being a Pasumian is like gaining my latent heat, changing from phase A to B. From being a naive girl who knew nothing about survival to someone who is... *actually I just don't have any idea on how to describe myself* 

Once UM, always UM

Kenapa PASUM? Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Positive sides...


  • Dapat jumpa manusia yang seriously pelbagai ragam. Bekas pelajar SMA, SBP, private school. Sememangnya sekolah memang memainkan peranan dalam membentuk seseorang. But this doesn't apply to ALL students for sure.
  • Tidak payah fikir benda yang merepek-repek. Terlibat dalam aktiviti dah dapat merit untuk Kokurikulum. Sillibus? All Science subjects. English dan lain-lain tak masuk dalam CGPA pun.
  • Soalan bocor untuk final? Kami tidaklah semurah itu! Tips will definitely be given by lecturers
  • Ada tutors tempat mengadu nasib. Tapi tak semua orang memanfaatkannya.
  • Semua students PASUM dapat duduk di KK12 yang selesa dan sangat best! Easy access to your friends' room right? *I mean of the same gender* Ada tasik tempat dating dengan roommate / floormates. Ada cafe yang besar berbanding KK lain.
  • Rules? Tidak sebanyak other matriculation college. Nak pergi kelas, asalkan baju formal, kasut bertutup kalau kelas di Kompleks PASUM yang tersergam indah, and that's it. Kalau boleh pakailah Student card.
  • Exam based on what we have studied before. Kalau boleh buat tutorial, InSya'Allah final pun boleh.
  • Banyak peluang untuk join usrah, halaqah, riadah, etc tanpa paksaan. Walaupun tanpa paksaan, kita sendiri kena paksa diri kita sendiri untuk jadi lebih baik!
  • Tidak ada limit masa untuk balik KK12/UM. Sebab itu jugalah family suka hantar saya balik lepas Maghrib. Dan tidak ada sekatan nak balik rumah bilapun. Setiap minggu? No problem! Like Kak Farah kan...
  • Amenities? Banyak sangat. Tapi nak highlight kan dekat KK12 ada dobi *never been there anyway*. Mesin basuh every floor ada, exception untuk floor Kak Farah (Floor 1) *serious sedih*
  • Semua bilik tutorial, lecture hall, and most lab are air-conditioned. Tu diaaaa.... Heat pump using heating mode baq hang. Selesa sangat. Jadi apa alasan untuk ponteng? Nahi!
  • Untuk Final, satu hari satu paper. Capacity otak mungkin boleh recharge diacharge each day lah kan.
  • Kuasa autonomi UM! Kalau yang memang bercita-cita masuk UM, masuk PASUM! 40% tempat dalam setiap Science-based course hanya untuk pelajar PASUM. Bayangkan untuk BDS/Dentistry tahun lepas, ada 50 tempat. 20 untuk PASUM, 30 lagi pelajar STPM. And most of them were Chinese.
  • Awak bakal belajar lebih sikit berbanding pelajar matriculation, kurang sikit dari pelajar A-level. *sikit sahaja*
  • Dapat nasihat daripada senior/alumni PASUM yang sangat hebat semuanya. Eg. many of your lecturers were the alumni. Bangga tidak?
  • Most (95%) of your lecturers have PhD. Pakar-pakar belaka, cedoklah ilmu sepuas hati awak daripada mereka.

Negative sides...


  • Kalau isi UPU, student PASUM tidak ada keistimewaan berbanding student matriculation/PALAM. Kita dianggap sama sahaja. Tapi jangan sedih, kalau dapat pointer bagus, nothing can bring you down except Him.
  • Godaan shopping benda yang tak perlu pun kadang-kadang itu.
  • Kelas sememangnya memenatkan. Dari jam 8 sampai 5. Tapi ada juga waktu yang tidak ada kelas. Depends on your lecturers and how your class rep negotiate with your tutors.
  • Serious tak banyak negative sides sebab PASUM itu sangat best! Seriously. Trust your Kak Farah!

Summary:


  • 26/5/2013 Minggu Haluan Siswa, MHS
  • 12/8/2013 Mid-sem 1
  • 14/10/2013 Final Sem 1
  • 20/1/2014 Mid-sem 2
  • 31/3/2014 Final Sem 2

Di bumi ini jugalah Kak Farah bertemu dengan Warsatul Syauqah, Perindu Syahid, Miss Diamond, Teman Yang Setia, Olaf, pemanggil setia "Hye Kak Farah", dan ramai lagi. Berputiknya cinta pada agama Allah, jatuh hati, dan bakal terus merinduinya. Di bumi PASUM yang serba kekeringan inilah, dibasahi dengan rahmat dan didiami oleh mereka yang memburu cinta Allah. Sweet kan? Bak kata Dr Shida, "Jom masuk UM!". Siapa sangka, di tengah kota inilah Kak Farah dapat menemui diri Kak Farah yang sebenar kan. Be yourself are meant for us to return to Islam, itu adalah 'Be yourself' yang hakiki.

"Habis itu selama ini diri sebenar Kak Farah dekat mana? Kena culik?"

"Main hide-and-seek mungkin. Terduduk kaku di lubuk hati." (I'm laughing while typing this. Bahasa Oh Bahasa. Well, bahasa kan jiwa bangsa)
Tutorialmates : Vida 3 ( means dearly loved in Hebrew )
Practicalmates : V1, V2 and V3



P/s : Seriously I love PASUM so much and going to miss all these kinds of things, related to PASUM.

بارك الله لك

السلام عليكم


Wednesday, January 01, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part V (FESTASI & Activity Week)



Assalamualaikum beautiful people…

I assume that everyone is in good health, kalau tak macam mana boleh baca blog Kak
Farah kan. *perli sangat ini*

So where should we begin? Masha'Allah, ada masa lagi itu Farah nak merepek, kalau ajal tiba-tiba datang macam mana?

"Seorang pelajar PASUM meninggal dunia ketika update blog-nya mengenai FESTASI dan Minggu Aktiviti PASUM" Allah...
OK. Sebenarnya saja ja itu nak ingatkan awak dengan jodoh kita dengan alam barzakh itu, mana tahu terlalu leka dengan duniawi sampai terlupa kan? Oh yeah, anyway, Happy New Year, ahlan wasahlan 2014. Semoga tahun yang berlalu banyak memberi ibrah kepada insan yang hina seperti kita ini.

"Kak Farah ja insan yang hina, kami tak."
OK FINE! Siapalah saya nak menilai orang lain, tapi yang saya tahu, kita memang tak lepas daripada membuat dosa kan? Allah... Sebenarnya macam biasalah, tadi itu mukaddimah yang agak panjang, macam tak biasa pula kan?

FESTASI 2013

What is FESTASI actually? Kalau didefinisikan secara literal, ia adalah Festival Asasi anjuran JKP dan diadakan di Kolej Kediaman Ke-12 itu sendiri, bukan anjuran PASUM. Activities were held throughout the week and it was fun. Adalah aktiviti yang Kak Farah tak join pun sebab tersangatlah malas, tetapi rasa menyesal pula sebab tak dapat jumpa Raqib Majid dengan guitarist Yuna hari itu. Tak apalah, nampak sangat kita tiada jodoh. *merepek lagi. rasanya perlukan baldi untuk muntah malam ini* Just kidding people, jangan serious sangat, nanti action potential will keep on occuring sebab awak supply impulse kan? Tak banyak pun nak cerita pasal FESTASI ini, let the picture tells you everything. Bak kata Englishman, a picture is worth a thousand words. *correct me if I'm wrong*

  



Ceramah Solidarity of Humanity


MINGGU AKTIVITI 2013 #MA13

Minggu aktiviti was conducted by the MT (Majlis Tertinggi ) PASUM and seriously I would love to thank you guys for all the events that were seriously interesting to me. Ilmiah, fun, etc. Just name it. Tanpa Mingu Aktiviti mungkin Semester 2 di PASUM will be like, meaningless. Ceyh, ayat puji-pujian itu, bangga semua MT dengar ini.

On Monday we have the final battle of Debate competition (English & Bahasa Melayu). I was like, go Fizikal go Fikal Team, padahal student hayat itu. Darah pembelot mengalir dengan lajunya hari itu. But I was a little bit reluctant because my favourite debater didn't get nominated as the Best Debater. Allah... Hancur hati penyokong di bawah ini. His British accent, memang terbaik! Kalau nak lebih fluent cakap omputih boleh belajar dengan student fizikal itu nanti ya. Tapi seriously nak juga tahu tips dia macam mana boleh jadi sebagus itu kan?

                         

Now let's move on to our pinky Tuesday. It was a pleasure for me to meet Aiman Azlan, tak adalah jumpa sangat, tengok dari bawah stage Dewan ja. Sekarang saya faham kenapa teenagers nowadays sangat admire dia. Bukan sahaja seorang yang intelektual tapi sangat versatile dalam menjadi seorang da'ei. Mampukah saya yang lemah ini jadi macam dia? Allah... Tak dapat jadi macam dia pun, dapat kenal orang sehebat dia pun jadilah. Sebenarnya hari Selasa ini sangatlah packed, bayangkan pagi itu saya ada kuliah/tutoran dari jam 8 pagi sampai jam 2 petang, lepas itu Kak Farah pergi masuk Pertandingan Tilawah (Alhamdulillah second place) mula jam 5.30. Sebenarnya kami habis awal tapi pergi tengok Pertandingan Tilawah Lelaki di Audi sampailah nak dekat Maghrib masa itu. Siap-siap, solat, lepas itu turun Dewan Gemilang semata-mata nak dengar talk by someone who is so inspirational to us. And it end up at 11.00 PM! Sentuh buku jangan cakaplah, memang tak sentuh langsung. Allah, tapi tak apa, all the activities mean a lot to me. For the content and other info about the Mini Islamic Talk, you can read them HERE
Mini Islamic Talk
Pertandingan Tilawah dan Hafazan


24th December 2014 : Mini Islami Talk *Spot Anwar Hadi in the photo*

What about our yellowish Thursday ? Sebenarnya hari ini ada Explorace tapi malangnya group Kak Farah tak terpilih sebab the places are limited. Macam seronok ja tapi tak ada rezeki nak join kan? Hikmahnya? Saya menggunakan masa sepenuhnya *not really sepenuhnya* untuk study.

P/s : Andai diberi peluang untuk masuk PASUM lagi tahun yang akan datang, I will take it. Perjalan Aku Sebagai Umat Muhammad sangat bermakna. AllahuAkbar ^^ Certain things are hard to be described in words, hanya Dia mengerti betapa bersyukurnya diri ini berada dalam kalangan kalian.

بارك الله لك

السلام عليكم


Wednesday, December 25, 2013

Dear S, Saya Sayang Awak

Assalamualaikum peerpers...
Alhamdulillah... SubhanAllah... Allahu Akbar...
There's nothing that can describe my love towards Capital S.

"Amboi Kak Farah, this is too much. Since when belajar benda-benda macam ini?"

"Since masuk PASUM. KBaii"

No!!! It's about my love towards my Sahabat. Haemo haemo. Eyh, that's not really capital S right? Patut masuk tadika belajar English balik ini. Sememangnya sangat manis bersahabat ini.

"Agak-agak apa jadi pada kita kalau kita dijadikan oleh Allah swt, hidup di dunia ini, berseorangan?"

Krikk Krikk -_-

Dan Alhamdulillah semalam diberi peluang pergi Mini Islamic Talk by Aiman Azlan (anjuran JBPPP / PASUM), and it was splendid! Seronok sangat, he makes you feel that sweetnya Ya Allah bersahabat ini, though with lots of obstacles and such.
Sitting from left : Aiman Azlan' wife, Aiman Azlan, Anwar Hadi
Even Anwar Hadi came to support the Mini Islamic Talk uools. Sweetkan ukhuwah? But to make this post beneficial, without all that omongan kosong semata-mata yang menyerlahkan kegedikan semata-mata, let me give you a summary of the talk. Not really a summary I guess, ini kira penceritaan semula sebab talk semalam tersangatlah best, even if I missed out any single point, that would be a major lost. So let's go way deeper, under the sea~

Date : 24th December 2013
Venue : Dewan Gemilang KK12
Organiser : JBPPP, PASUM, MAFRUH (Maktab Al-Fadhilah Wa Ruhaniah)
Title: Sahabat Sampai Syurga

Kenapa perlu bersahabat?

Nabi Musa as pernah berkata kepada Allah apabila baginda disuruh untuk pergi berjumpa Fir'aun, 

"Ya Allah, berikan aku sahabat (yakni Harun) supaya melalui dia aku jadi kuat"

Based on Evolution Theory, orang pada zaman dahulu hidup secara berkelompok, kerana kalau hidup berseorangan cepat mati.

Tapi sebelum kita sibuk fikir nak cari sahabat yang bagaimana, tanya diri kita, kawan apa yang perlu saya jadi?

  1. A friend who is not judging others (being judgmental)

Sebagai contoh, seorang kawan yang baru lepas berzina *na'uzubillah min zalik* datang kepada kita. Kita perlu pandang dia dengan mata rahmah/mercy, bukan dengan mata yang membenci. Bersyukurlah, antara ramai manusia, dia pilih kita untuk didampingi. Sememangnya bukan senang untuk menasihati, tapi sekurang-kurangnya janganlah menasihati mereka dengan cara menakut-nakutkan tetapi dengan cara memberi harapan. Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya sehingga hari kiamat, tetapi kita, sebagai komuniti, or friends to specifically, yang sengaja menjatuhkan harapan mereka untuk kembali ke siratul mustaqim itu sendiri. Kita sepatutnya bantu mereka untuk 'move on' not 'back off'.

Contoh lagi *panjanglah pula ceramah ini ya. hee*, ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw 
"Ya Rasulullah. izinkan aku berzina."
"Andai ianya berlaku kepada ibumu, adakah engkau menerimanya?
Andai ianya berlaku kepada adikmu, adakah engkau menerimanya? ..."
See with your soul, SubhanAllah, Rasulullah  jarang mengeluarkan hukum secara terus apabila berhadapan dengan situasi dan pertanyaan orang lain. Kalau kita sekarang ini, sikit-sikit terus jatuh haram, padahal ilmu sejengkal ja. Allah...

Sebelum kita nak judge orang lain, judge diri kita dengan sekejam-kejamnya kerana di akhirat nanti kita bakal di-judge with no mercy, seadil-adilnya.

   2. Sahabat yang boleh simpan rahsia (trustworthy)

Contoh yang sangat senang, kalau kita biarkan account fb/twitter kita sentiasa on, agak-agak kawan awak boleh dipercayai atau tidak? Tak pasal-pasal, the next 5 secs, there will be a post sounds like
"Saya hensem/cantik"
 and whatsoever. 

Situasi lainnya, bila kawan kita melakukan sesuatu yang memalukan, straight away, kita update dekat twitter, "Kawan aku buat so-and-so". *Terasa baq hang. Tehee, Tak apa, muhasabah ya*

  3. Jujur (honest)


Ibn Hazm quoted from a hadith:
“Anyone who criticises you cares about your friendship. Anyone who makes light of your faults cares nothing about you.” Abu Dawud, Hasan Hadith
Bila kawan tegur kita, though with no hikmah, kita sendiri yang kena husnudzon, "Dia tegur sebab sayang" *InSya'Allah kita buat sama-sama ya sayang*. Tapi macam mana nak tegur seseorang dengan berhikmah? Tanya diri kita 4 perkara:
"Apa nak kata?"
"Macam mana nak kata?" Dengan cara lembut atau ganas, depends on individual.
"Bila nak kata?" Masa yang sesuai, bukan di khalayak ramai
"Siapa yang nak kata?" We won't always be the suitable person to advise. Keep that it mind peeps.
And the most important thing to do before 'nasihat menasihati' session, know your friends in and out.


   4. Khalil (somone close to you)

Susah nak elaborate, but, bila kita berjauhan dengan sahabat kita itu, kita rasa rindu sangat dengan dia. Allah...

"Akhlak manusia itu sangat powerful. Hanya dengan imej, kita mampu menggerakkan hati orang lain"

Salah satu cara nak build that kind of akhlak/personality is by smiling, though in hard times.
"Though you don't have a reason to smile, a smile is the reason itself to smile."

   5. Sentiasa ada terutama di saat jatuh (dependable)

Andai sahabat itu bersahabat dengan kita tanpa sebarang sebab, that's called a genuine friend.


“And (remember) the Day when the wrong-doer will bite his hands and say: Woe to me! Would that I had taken a path with the Messenger. Woe to me! If only I had not taken so- and-so as a friend! He has led me astray from this Reminder (the Qur’an) after it had come to me. And Satan is ever a deserter to man in the hour of need.” (Al-Qur’an 25:27-29) 


“Friends on that Day will be enemies one to another, except the righteous.” (Al-Qur’an 43:67)


Do watch >>>>>>>Yujin - Sahabat Sampai Sorga <<<<<<<<<

P/s : Do you love your 'Capital S' Just say I do, I do, I do do do do do do do do...

Abang Aiman Azlan pesan kahwin dengan best friend sendiri. Rasa nak gelak, sangat!

بارك الله لك

السلام عليكم

Tuesday, December 17, 2013

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part IV ( Final Sem 1 )

Assalamualaikum beutiful and amazing peepers...

Allah Allah Allah...

" Kak Farah, seronokkah masuk PASUM ini?"

"As what I've said before, it's not like other institution, seronok ada, cabaran sememangnya di mana-mana, apa yang penting? Usaha dan jadi diri sendiri! Jangan mudah terpengaruh dengan gaya orang lain, kalau terpengaruh ke arah kebaikan itu lain cerita ya sayang-sayangku sekalian"
In a blink of an eye, I've been here for almost seven months. Can't you believe that? Yalah, Kak Farah ini bukannya pandai sangat, selalu menyusahkan orang sebab selalu tak faham ini dan itu. Kalau dalam post-post terdahulu, mesti awak semua tahu yang Kak sudah masuk Sem 2, telah melalui penderitaan 'final examination Sem 1' di PASUM.

Kadang-kadang, pernah rasa nak give up. Rasa macam tak mampu nak teruskan Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad saw (PASUM) di sini. Tapi apa yang memberi motivasi kepada saya untuk teruskan juga perjalanan di sini? Parents! Walaupun mak dan ayah selalu cerita, kesenangan mereka dalam membesarkan saya serta adik-beradik, saya yakin, mesti ada perkara yang saya buat, kadang-kadang mengecewakan mereka. I'm still being haunted by my past, bila saya keluar dari UTP dulu. Saya yakin keluarga saya sangat kecewa bila saya buat keputusan itu. Allah, moga itu jadi pengajaran buat adik-adik. Think before you act. Just don't go, following the flow, without reconsidering, the real thing that you've dreamed of.

Macam biasalah sayang, bak kata pepatah, kalau ada exam, mesti ada result kan? OK. Peribahasa yang direka sendiri itu! Result mid-sem lepas, Alhamdulillah, tapi bukanlah straight A. Tapi Kak Farah reda, semuanya berkat pertolongan Allah. Tadi itu result mid-sem ja sayang. And now here comes the worst part of PASUM. Menunggu keputusan final Sem 1! Allah, I've a bad feeling about it. Tapi, saya perlu belajar erti pasrah dan reda. Bukan semua yang kita cita-citakan, pasti kita akan dapat. But that's not a reason for you guys to stop dreaming on achieving something great right?

It's the 5th week, after beginning my second semester in PASUM. Tapi berita sedih sudah keluar pada minggu ke-4.

"Apa yang sedihnya ini Kak Farah?"
Allah, senarai pelajar yang dapat GK (Gagal Keluar)! It has been released last week.



Nama Kak Farah memanglah tak senarai, tapi sedih tetap ada. Kenapa? Salah seorang floormates saya tersenarai dalam senarai itu! Dia sangat baik dan setahu saya, dia seorang yang rajin. Bila jumpa dia lepas result itu keluar, dia masih mampu senyum untuk kami. It's good to hear that you've a Plan B. Moga awak berjaya di luar sana, kami dari floor 1 sentiasa mendo'akan awak. Lepas ini siapa nak puji saya,

"Farah cantiklah hari ini"

"Farah ini kelakarlah"

"Farah ini comellah"

Bukan dia ja yang Kak Farah kenal dapat GK, classmates kepada roommate Kak Farah pun dapat GK. Seseorang yang satu lab session dengan Kak Farah pun dapat. Allah, bila fikir balik,

"Mampukah aku setabah mereka, masih mampu bergelak ketawa, kesedihan yang terpendam di lubuk hati tidak dipancarkan. Mampukah aku reda seperti mereka? Mampukah?"


Saya teringat lagi hari Rabu lepas, I was questioning myself, budak ini nak pergi mana ini, and I have bad feeling about him. Lepas tengok twitter, baru faham. Allah, awak pun, moga sentiasa tabah dan harap awak berjaya di luar sana juga. Sekarang ini saya confuse, macam mana sebenarnya mereka kira pointer kami ini. Saya terlampau yakin yang kawan- kawan seperjuangan saya di PASUM ini pandai-pandai belaka. And what I've heard is that, dalam ramai-ramai pelajar PASUM ini, approximately 1200+, hanya 40+ yang dapat 4 flat. Saat mereka bergosip di dalam kelas, saya sudah mula terbayang muka mak dan ayah. Macam mana kalau saya tak tersenarai dalam list pelajar yang dapat 4 flat itu? Saya cuma nak gembirakan mereka, hanya Allah sahaja yang tahu, how I want it so badly since the first day here, tapi saya kena tajdid niat juga.

"Belajar bukan kerana exam Kak Farah, belajar kerana Allah"

"Maaf awak, Kak Farah ini terlalu mementingkan duniawi mungkin. Tapi Kak Farah akan cuba seimbangkan dunia wa akirah"

For your information, setiap result peperiksaan di PASUM kami kena ambil sendiri daripada penasihat akademik kumpulan tutorial. Penasihat kami Dr Ikhwan Zakaria uolls. Awesome kan? Famous with his 5seconds-perslide technique, tapi, sebenarnya Dr Ikhwan nak kita prepare cara pelajar fakulti nanti. Sebab itu saya suka cara beliau, major respect. Nanti di fakulti, nobody cares, you understand the lectures or not people. Back to the topic, hanya result final Sem 2 yang akan dipos ke alamat rumah. Kami dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan result kami kepada ibu bapa, as they believe that, we're big enough to make decisions on our own.

Some people said that we're the worst batch ever. Kalau buat normal distribution itu, peak untuk GK hampir sama dengan peak mereka yang dapat 4 flat. Benarkah? Hope it is not. Batch 37, saya sayang awak semua.

Thanks a lot Dr Fakhrul for having that kind of trust in us
"By planking woods, sure you could build a house. But is it sturdy enough? Thus, you have to use the correct techniques. So does in studying." - Amie Dyan Rosly

Tadaa~ And here is my final examination result. Sebenarnya baru ingat tak mahu bagi tahu orang lain, kecuali keluarga dan roommmate, tapi, I just want it to be a part of lessons to all Pasumian. Allah, saya tahu saya tak layak pun, dah lah tak pandai, pemalas pula, tutorial selalu tak perfect sebab tak tahu, semua ini hanya satu ujian 2Allah sejauh mana saya react dengan result yang ditakdirkan.


P/s : Sila layan saya macam student lain yang tak tahu apa-apa.
Saya nak gembirakan keluarga saya juga. Anyway, tahniah v3 sebab 3 orang dapat 4 flat termasuk hamba yang hina ni. Wink wink 


Pray for me for Sem 2. 4 flat again InSya'Allah. Will work for it, ini hadiah untuk famili tercinta. Moga Allah reda.

Saturday, November 30, 2013

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part III (Jogathon)

Assalamualaikum peepers...
Breath in, breath out. Phewww

“Kenapa ni, macam penat ja” . Yes I am. Baru habis Jogathon 2013 dan tersangatlah penat. Padahal tak habiskan larian pun.

“Kenapa?”


“Humph. Allah… Macam biasalah. Blood pressure drop, tapi Alhamdulillah tak adalah sampai pengsan. Still kuat. ”

Date : 30/11/2013
Day : Saturday
Venue : PASUM

Jogathon memang satu acara yang wajib untuk setiap tahun bagi PASUM. Bukan ja students Hayat, Fizikal dan Alam Bina, tapi staff dan pelajar Rancangan Persediaan Ke Jepun (RPKJ) pun join sekali. Nanti awak bakal nampak berapa semangatnya mereka sokong lecturers dan student diorang sebab students RPKJ ini tak ramai.

Actually, in my opinion, during cross country is way further, I mean the track. Tapi disebabkan ada bukit lepas Akademi Pengajian Islam (API) itulah yang membuatkan awak rasa penat sangat. And you'll think of giving up and call for taxi. Seronoklah masuk sebenarnya, kalau ada kudrat tadi, serious rasa nak buat yang terbaik, tapi tak mampu.

Massive respect to Syakirah Hafizah from Hayat 2/W2 as she won 4th place.

“4th place ja Kak Farah. Why with all that massive respect.”


“As for me, dia antara muslimah sejati yang Kak Farah kenal di PASUM. Ahli Team Khemah yang berjaya membuktikan yang kami ini sebenarnya sama ja, mampu bersaing dengan yang lain juga.”

Masa dia ambil hadiah tadi, she received a big applause from Pasumian. I'm seriously proud of you Shakirah.

OK. That was the first Shakirah. Now move on to the second Syakirah, my teammates from V3. Banggalah dengan awak. Bukan itu ja, Asyraf Hafizudin (3rd) & Fazira (47) pun. Bukan senanglah nak dapat. Sangat bangga dengan awak semua. Love V3 so much.
About the Jogathon track. It was easy man. Entrance PASUM > API > Faculty of Science > PASUM. That's it. Senang sebenarnya tapi kalau awak ada masalah kesihatan, lebih baik minta excuse daripada PASUM kot.

Before Jogathon, awak semua kena kutip duit Jogathon. There was a form provided for each Pasumian and each of us have to collect at least RM 40. That was for all the prizes, food, etc. I wish I have my ex-schoolmates, undergo Jogathon together, as that was more motivational.


بارك الله لك

السلام عليكم

Sunday, October 27, 2013

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part II (Budaya)

Assalamualaikum peepers,
Hari ini sis rasa nak cerita lagi how wonderful PASUM is to me . Well, tak kenal maka tak cinta kan?Haish, cintalah sangat itu
Farah~
First nak cerita pasal budaya students PASUM. Amboi, tengah-tengah bandar pun boleh cipta budaya sendiri? Yeah!

CULTURE SHOCK!

Well to me, there's no such thing as that, here, in PASUM. Kenapa, keluar jalan-jalan dengan kawan itu biasalah. *But please jaga ikhtilat awak* Jangan mengada-ngada nak tengok midnight bagai. Tengok Running Man dalam bilik tengah-tengah malam tak apa. Itu boleh dimaafkan. Memang, I do admit gate UM will always open, no ‘curfew’, but please be wise in everything you do. Almaklum, keselamatan kita sekarang sudah mula dicerobohi oleh insane people. Right?Yang penting jaga Mr. Imaan
dan Ms. Taqwa baik-baik

USRAH !

Serious rasa hati kita kosong dan mati kalau tak join Islamic activities, eg. Usrah and Halaqah. Kadang-kadang, PMIUM selalu anjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik. Lainlah kalau macam sis ini, setiap minggu balik, memang tak dapatlah nak join kan. Boleh kira guna jari bila stay UM. That's so me. Why? To me, going home, meeting my parents do reduce the stress as a Pasumian.

EXAM !

Kalau nak exam, mulalah library UM dipenuhi dengan students PASUM. Lepas exam? MidValley yang penuh dengan students PASUM! OK joking. Time exam inilah korang mungkin akan ada masalah perhubungan dengan kawanlah, floormatelah, groupmatelah etc. As everyone was under the pressure people.  Stay strong. Kadang-kadang rasa sunyi bila roommate pergi study dekat library dengan groupmates dia. Me? Kenapa tak pergi study group? Hummm. Not used to it. Sudah biasa belajar sendiri-sendiri. Ex-daily school students lah katakan. Dulu dekat rumah mana ada kawan nak belajar sama, kadang-kadang je join classmates. Tapi, pintu bilik C108 sentiasa terbuka untuk bertanya dan ditanya. Hidup berjiranlah katakan. *Sayang floormates sangat-sangat sebab banyak membantu* Tips untuk exam? Jangan terlalu berharap pada lecturers awak ya. Belajar sahajalah. Look on to your tutorials and past years questions. Kalau boleh buat tutorials insyaAllah, final exam would be something like.....easy? Jangan tiru saya, sudah final baru tahu exam based on tutorials. Humph.. Fine, sem 2 ada lagi. Just wait and see PASUM!

LECTURES & LECTURERS

Mungkin ramai yang mengeluh, tak faham apa yang mereka sampaikan. But please hang on, don't give up. Benda itu sebenarnya kita sudah ada basic dia, just polish things up. InsyaAllah.
“Kalau awak belajar benda yang sama, itu bukan belajar namanya. Makin lama makin susah. That's learning”-AP Prof Asmaa
Macam-macam ragam awak boleh tengok dalam auditorium nanti, ada yang tidur, ada yang main candy crush, ada yang dengar lagu, anything, just name it. Tapi jangan terpengaruh pula, stay focus! Sebab kadang-kadang ada yang lecturers sampaikan, sangat penting untuk exam.
Lecturers semua sangat baik, tak sombong, tapi kalau awak tanya soalan yang dianggap bodoh memanglah kena marah kan. Study dulu sebelum buat appointment dengan lecturers. Jangan harapkan mereka akan ajar back from zero. PASUM is not a school, it's Pre-university! Jangan bawa sangat budaya sekolah awak masuk PASUM ok? *My favourite lecturer aka my group tutor is Dr Azilah* She was totally awesome. Tak sombong langsung dan sangat sporting. Layan kerenah kami yang entah apa-apa ini.

LABORATORY PRACTICAL

Here comes the exciting part. Like, seriously... Sangatlah exciting kan~ Sebelum masuk, please make sure you are healthy and fit, eat your breakfast first people. Why? Sangat memenatkan. Running here and there especially Chemistry practical. Buat experiment sendirilah katakan. Sikit-sikit tanya kawan atau demo macam mana nak buat. Masalah besar kalau demo awak garang. It was totally chaotic.  Kalau barang tak pernah dipecahkan semasa dalam lab, then you are awesome~ Saya yang punya berhati-hati ini pun pernah terpecahkan thermometer and it's containing mercury people mercury. Heavy metal baq hang. Nasib abang dekat lab tu tak marah sangat, just kena ganti dengan duit ja. Alhamdulillah. Lab Biology? Relax~ But you need your drawing skill here crucially. Physics pun relax lah juga sebab buat dalam grouplah katakan.

LOVE IN PASUM

Sebenarnya saya tak bolehlah nak cakap yang bercouple itu cinta. Sebab, kalau awak betullah cintakan orang itu, awak tak akan nak bawa dia kearah zina kan? Nauzubillah min zalik. Awak mungkin nampak orang dok berkepit ja 24/7 and sometimes, you do find it annoying. *Semoga mereka dikurniakan kesedaran daripada Allah* I do admit, bila awak nampak someone who is maybe attractive to you,
*ehem ehem. minta baldi sebab nak muntah sekarang
* dalam auditorium especially,ramai kan? Cuba awak tajdid niat. What is my main purpose for coming to PASUM? Is it seeking for your future soulmates or studying lillahi ta'ala? *Please don't answer both* Kalau memang itu jodoh awak, don't worry dear. Perancangan Allah itu lebih baik dan sempurna. Just focus studying, give some happiness to your parents for growing and taking care of you all this while by getting good result in exam. You know that appearance is deceiving right?
Jaga mata awak ya dalam audi/dku. Kalau boleh tak payah pandang pun side lelaki itu, or else.
Bahaya ok, boleh fatal. Nak admire sekalipun jangan beri tahu orang lain atau conteng dekat attendence sheet.
Malu ok malu. Humph.

BIRTHDAY PARTY

Kalau sebut birthday party mesti ramai yang dah tahu apa akan berlakukan?
Prank? Exactly. Setiap masa awak akan nampak students kena campak dalam tasik KK12 and that's their most favourite thing to do for birthday celebration. Setakat saya tak kenalah kot. Berani mereka? Asah parang siap-siap.
Sudahlah tasik itu banyak ikan, busuk pula, kadang-kadang ada yang phone rosaklah, yang bukan hari jadi dia pun terlibat sama. Macam-macam mereka ini.
I think that's all for now. Part 3 insyaAllah sem depan with lots more excitements await you. Jogathon, Malam Emas, etc. InsyaAllah kalau Allah beri saya hayat lagi untuk merasa semua ini. Pray for me peepers.
Assalamualaikum.
P/s : Nak tahu lagi macam mana rasa jadi student PASUM? Do come and join us. Setahun tak lama sayang-sayangku sekalian. You can make it through. Anyway saya salute dr ikhwan.