Assalamualaikum adik, kakak, nenek, mak cik dan semua makhluk yang mengenali Kak Farah sama ada hanya di blogosphere yang hina ini ataupun di dunia realiti. Well, I used to say since my early days in SMK Dato' Abdul Samad that I want to be a dentist. Though, others were like,
“Eh. Dentist? Seriously? Jadilah doktor."
Nampaknya masih ramai yang memandang rendah kepada golongan pencabut gigi dan pembedah kepala ini.
Alhamdulillah, 12 Ogos yang lalu (ayat ikut skema cikgu BM dulu-dulu), dapat berita gembira untuk ditunjukkan kepada mak dan ayah Kak Farah yang comel gila dekat rumah ini.
“Untunglah Kak Farah, apa nak semua dapat. UPSR, PMR, SPM A bersepah tepi jalan, boleh kutip. Dapat pergi one of the best foundation programme in Malaysia, A bersepah lagi. Dapat course yang Kak Farah idamkan dari dulu. Untunglah.."
“Oh please people. Ramai yang tak tahu apa yang telah menghimpit hati Kak Farah yang remuk dari dulu.
Apply SBP, MRSM tak pernah dapat. Mungkin Allah tahu Kak Farah tak boleh survive tanpa mak ayah di sisi.
Apply MARA untuk PILN setakat ditemuduga, mungkin sebab Dia mahu aku ditarbiyah di UM.
Banyak lagi tapi rasanya tak payah cerita kot."
Tapi, pada masa yang sama, rasa
terkilan
menyampah
tak tahu nak cakap apa dengan confessions dekat twitter PasumC.
“Husnudzon-lah Kak Farah. Orang tengah geram memang macam itu. Luahkan tanpa memikirkan perasaan pembaca yang lain."
Ya. Tanpa memikirkan perasaan pembaca lain.
Antara persoalan yang remaja hamba UPU bangkitkan, yang Kak Farah ingin ulaskan di sini ialah :
1. Kenapa aku dapat course ‘bodoh' ini?
Wallah, setiap pekerjaan yang ada di muka bumi ini pasti ada kepentingannya sendiri. Dari pengelap tingkap macam dalam filem Cuci, sehinggalah usahawan yang menjadi ‘trillion'-aire yang Kak Farah pernah terfikir untuk hijack jet peribadi mereka.
Setiap ilmu itu berharga. Dan mungkin, mereka tak sedar bahawa, betapa ramai graduan di luar sana yang menempuhi dunia kerjaya mereka, berada di puncak kekayaan, atau bahasa paling mudah iaitu bekerja, mengikut aliran yang bukan mereka pilih ketika berada di menara gading. Ambil ekonomi tapi jadi pengacara nombor satu Malaysia, well, I bet you know who he is kan? Jadi, sebelum kata begitu, better you do some quick review on what you are going to confess.
2. Kenapalah aku diuji sebegini berat. Apa dosaku?
Cakap macam tak pernah buat dosa je kan? Mungkin awak bayi baru lahir semalam, mungkin.
You are saying that, as if itulah hari terburuk yang awak pernah lalui. Know what? One of my best friends in PASUM lost her mother about 5 days after she received the UPU result. Ramai lagi dekat luar sana yang mungkin mempunyai kisah yang menduka citakan berbanding awak. Jadi, kenallah erti bersyukur.
3. Kau dapat dekat situ? Eiiii....
Seriously, awak cakap macam itu kepada kawan awak? Kalau saya jadi kawan awak, memang dah kena high kick to the roof. Definitely will.
Belajar mana-manapun, sama je, yang penting ilmu. Nama universiti itu letak nombor 3. Nombor 2 itu CGPA. Nombor 1, on top of all that, الله. Niat kerana dia.
4. UM ini, kata je nak tolong budak-budak PASUM. Hampas kelapa betul.
Awak, awak, ini keluhan budak PASUM sahaja. Percayalah, UM sangat membantu budak-budak PASUM. 40% disetiap science-based courses. Bayangkan. 60% lagi dikongsi oleh pelajar STPM, matrikulasi, diploma di seluruh Malaysia yang beribu-ribu. Untuk kes Kak Farah ini, nak diikutkan, interview pun tak dapat. Mula-mula risau, habis semua kenalan PASUM Kak Farah message. Mostly tak dapat. Mulalah kami buat andaian, “Yang dapat UM tak dapat interview" tapi sebenarnya mitos itu Kak Farah yang reka bagi menyedapkan hati sendiri.
Adik-adik PASUM please take note yang result autonomi akan kita check dekat UPU juga. Bukan macam pelajar APIDS, mereka special sikit.
Jadi, Kak Farah nak buat kesimpulan, UPU bisa jadi satu penyiksaan ataupun kenikmatan. Tugas kita belajar baik-baik, result exam dan result UPU itu tugas Dia.
P/s : Please pray for my next painful 5 years in UM Dental School. Hala dentistry.
بارك الله لك
السلام عليكم

5 comments:
goodluck farah !
congrates farah..semoga sentiasa tabah dalam kehidupan :)
tq :)
congrate farah. :)
congrats..
Post a Comment