Sunday, September 13, 2015

Drama Dental Episode 2 : 谢谢, Thank You First Year

Assalamualaikum and hye to the most beloved readers *** that was soooo last year punya greeting.

Anyway Alhamdulillah, thank God, I'm still here, but as a new Kak Farah Hazwani *please be happy for me huh? Yeay! Proceeding to the next level. Level Up! Dah masuk second year! Tapi challenges nak masuk first year dengan second year berlainan. Kalau first year dulu, mula-mula masuk sibuk nak buat 1001 jenis performances. dari nasyid, joget, sampailah tarian ala-ala bollywood. I was like an all-rounded performer. Bila ingat balik, malu sebenarnya. Since that was the other side of me that I shouldn't emphasize on =.= Bila mula masuk kuliah, tutorial semua, still kabur lagi, tak berapa jelas dengan Bachelor of Dental Surgery itu sendiri, memandangkan banyak subjek still basic medical science, macam Anatomy, Physiology dan Biochemistry, kecuali Oral Biology ( boleh baca selanjutnya di Drama Dental Episode 1 : Rusa Masuk UM )



Bila naik Tahun 2 ini, lain pula cabarannya. Masa tengah cuti haritu pun kami dah diagihkan dengan tanggungjawab untuk menguruskan pelbagai projek di bawah Persatuan Pelajar Islam Pergigian UM (PPIPUM) dan Persatuan Pelajar Pergigian UM (DenSoc). I was like, sooooo excited to get things done, doakan Kak Farah dapat menjayakan projek-projek tersebut dengan jayanya. Thank you for having faith in me. Once the project has been done, I'll update the link to the related post ya...

Pengarah Malam Tautan Hati [PPIPUM]
Ketua Biro Jualan & Tajaan Inter-Dental Physiology Quiz, iDPQ [DenSoc]
Ketua Biro Pengangkutan & Tempat Rehlah Penyatu Ummah [PPIPUM]
Ketua Biro Pendaftaran Senior-Freshie-Staff Night [DenSoc]

So, yeah, let's get things done early. Yalah, tanggungjawab yang orang beri kepada kita, mana boleh sia-siakan. Apa yang penting? Ikhlas dan commitment :)

Sekarang pun masih ada masalah tak boleh move on dengan MHS UM lagi, seronoknya sebab rasa macam ada ramai sangat adik. Soft skills pun semakin ok since kami dilatih untuk conduct LDK etc. It was super fun. Macam mana boleh strongly attached dengan biro teknikal pun tak tahulah. Bukannya pandai pun bab-bab photoshop and video making. But then, I took it as a challenge, since biro teknikal perlukan ahli perempuan =.= Nasib baiklah pernah uruskan bilik teknikal itu masa DTA and ACD, tak adalah macam rusa masuk kampung sangat.



Oh, result exam hari itu? I was so freaked out, first day of lecture, terus pergi Dean's Office. Gigih pergi balik naik teksi dengan roommates kesayangan ini *Kalau diorang baca confirm muntah . Sampai-sampai, terus buka sampul surat dengan perasaan
"Macam manalah nak bagi tahu parents ini?" Since I didn't do well pun in 2.1 test, failed my Physiology paper.

"Hish Kak Farah, conass je kan, kenapa stress sangat?"

But then, wallah... Alhamdulillah. Turn out to be... Not as bad as what I've expected previously lah kan.



Dalam sehari, tolak waktu makan, tidur, dan aktiviti lain, kita ada sejam dua je untuk revise *itupun tak manfaatkan sepenuhnya sebagai seorang mahasiswi. Banyak je buat benda lagha itu kan, layan game lah, memang hobi sampai final year kot. Tapi still Allah uji dengan nikmat result yang ok. Nampaklah Dia nak kita sedar yang kita patut usaha lagi untuk proses 'transformasi' result kepada yang lebih baik itu. Tahun ini kita cuba target DL lah (which is semua grade mesti B+ ke atas dalam transkrip exam itu). Tapi bila fikir balik, kalau saya DL tapi ilmu, skil untuk jadi seorang dentist yang bagus masih dipandang remeh, tak guna juga. Kena pandai balance, ilmu, skill dan prestasi dalam ujian itu sendiri.

video
About the video, it would be great if you just watch it the way it is, maksudnya tak payah full screen, volume up, confirm batchmates nangis tengok ini ;)

Tapi nasihat yang paling banyak Kak Farah terima bila masuk Dental ini, pasal hubungan kita dengan pelajar lain, lecturer ataupun staf. I was so impressed with YB Azim punya post dalam Dental United. Buddy Ikram pun cerita how important it is for us to keep on engaging with others. Mungkin kalau first year kurang nampak lagilah kenapa. 

Dental United Family Etiquette
Rasanya itu je kot buat masa sekarang. Cabran akan terus datang, terutama minggu depan. Doakan Kak Farah untuk terus kuat walau apapun keputusannya nanti. Do drop any comment, kalau awak nak tanya apa-apa, Kak Farah will always be here InSya'Allah.

"In order to be irreplaceable, one must always be different." #SuaraDental

P/s: Be grateful in everything that you have. Live well, laugh often, love much *Tapi jangan gelak sampai hati mati :)


بارك الله لك

السلام عليكم 

Friday, July 10, 2015

Menses

Assalamu'alaikum bakal bidadari bidadara syurga yang Kak Farah sayangi sekalian.

"Mula-mula lagi Kak Farah dah sebut bidadari, kenapa? Apa special-nya bidadari?"


"The truth is... post kali ini lebih kepada perigatan untuk adik-adik perempuan, tapi kalau lelaki nak baca pun tak salah. Mana tahu, nanti senang kalau adik atau kakak (or maybe wives to an extent) tanya pasal menses / haidh kan?"

Basically, ada tiga jenis darah yang keluar dari faraj perempuan dan setiap daripadanya terdapat hukum masing-masing, ie.

  • Haidh
  • Nifas
  • Isihadah

Haidh

Ialah darah yang keluar dari tempat paling dalam rahim perempuan secara kebiasaan, bukan kerana sakit atau beranak.

Minimum Umur Haidh

Darah haidh keluar dari faraj seorang perempuan pada umurnya minimum 9 tahun hijriyyah ataupun 15 hari sebelum sampai umur tersebut. Oleh itu, jika dia melihat darah pada umur 7 atau 8 tahun, darah itu bukan darah haidh, tetapi darah tersebut keluar disebabkan penyakit dan hanya perlu beristinja'.

Warna-warna Darah Haidh

Haidh boleh dilihat dalam 5 warna:
  • Paling kuat > merah kehitaman (hitam akibat kepekatan warna merah tersebut)
  • Diikuti dengan merah
  • Kemudian merah cair (pink)
  • Kemudian kuning (lemah)
  • dan paling lemah, warna tanah (coklat cair)
Warna-warna bukan haidh:
  • Hitam asli/tiada merah langsung
  • Hijau
  • Putih
  • Coklat gelap

Tempoh Maksimum Haidh

15 hari

Tempoh Minimum Haidh

Satu hari satu malam (24 jam) bersambung atau putus-putus DALAM LINGKUNGAN 15 HARI. Kebiasaannya: 6-7 hari

Normally, haidh akan berterusanlah kan sampai hari ke-6 atau ke-7. 

Pernah dulu Kak Farah tanya soalan masa kelas pasal Haidh ini, almaklumlah kita ini dulu budak sekolah biasa je, kurang sikit pendedahan dengan ilmu-ilmu macam ini, padahal kegunaan ilmu tersebut sama tara kepentingannya untuk semua orang tanpa mengira latar belakang sekolah kan?

"Kalau haidh putus-putus ini, macam mana dengan solat, puasa, etc? Sebab kita pun tak pasti itu darah haidh ke tak."

Then Ustazah itu balas, "Selepas kita pastikan sama ada itu darah haidh atau tak, baru kita decide. Contohlah, darah yang keluar itu bukan darah haidh, sebab tak sampai  kita bersihkan macam biasa, then qadha' solat kita"

Tempoh Minimum Suci Antara Haidh

15 hari (hari terakhir pendarahan sehingga hari pertama pendarahan untuk kitaran berikutnya) dan tiada had bagi maksimum suci.

Cara Mengetahui Haidh Sudah Berhenti

Untuk mengetahui darah haidh sudah atau belum berhenti, masukkan sekeping kapas putih atau tisu pada bibir faraj, jika tiada darah kelihatan, maka ia sudah berhenti.

Nota Tambahan:

  • Apabila seorang perempuan melihat darah, selepas melepasi tempoh minimum suci, berhenti solat. Dia tidak perlu tunggu sehingga 24 jam baru berhenti solat.
  • Walau bagaimanapun, jika darah berhenti sebelum sampai 24 jam, itu bukan darah haidh, sebaliknya ia darah penyakit dan dia tidak perlu mandi wajib selepas itu. Dia juga wajib qada' solat yang ditinggakan dalam tempoh tersebut.
  • Setiap kali melihat darah, dia hendaklah mengambil hukum mengikut situasi. Pada mulanya dia mengambil kira sebagai haidh, apabila darah berhenti, dia solat dan apabila darah datang semula, berhenti solat dan ini berterusan sehingga mencapai tempoh minimum haidh iaitu 24 jam. Pada saat itu, dia mengetahui bahawa keseluruhan tempoh itu ialah haidh.

Nifas

ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak. Ianya merupakan darah yang keluar mengiringi pengosongan rahim daripada janin.

Tempoh minimum nifas: Satu saat/seperludah
Tempoh maksimum nifas: 60 hari
Tempoh kebiasaannya nifas: 40 hari

Nota Tambahan:

Minimum suci antara haidh dan nifas ialah 15 hari (dalam lingkungan 60 hari), kecuali jika nifasnya 60 hari, kemudian dia lihat darah baru keluar sebelu lepas 15 hari suci, darah baru ini dikatakan haidh.

Istihadah

Darah yang keluar dalam tempoh suci, bukan masa haidh dan bukan pada masa nifas. Ia keluar dari saluran darah dari dalam rahim.

Jika darah melebihi 15 hari dalam waktu haidh atau 60 hari dalam nifas, darah tersebut dinamakan istihadah dan perempuan tersebut dinamakan mustahadah (terbahagi kepada 3 jenis - Mubtada'h, Mu'atadah, Mutahayyirah, lebih baik bertanyakan kepada orang yang lebih arif sebab Kak Farah masih dalam proses memahami dan mengingati) 



بارك الله لك

السلام عليكم 


P/s: Maklumat diambil daripada nota kelas yang Kak Farah pergi masa semester 1, punyalah berwaspada, in case nota kita hilang, blog kan ada :)

Saturday, April 25, 2015

Drama Dental Episode 1 : Rusa Masuk UM


Assalamualaikum semua yang masih lagi berdiri di bawah langit Ilahi.

Tahulah tak teruja masa jawab salam itu kan. Cuba Neelofa ke, Emma Maembong ke yang beri salam, teruja tahap dia tweet Hai pun nak retweet kan? Abaikan semua kecemburuan itu.

I just wanna say that "Alhamdulillah (Thank you Allah). I'm still alive and kicking."

"Habis itu Kak Farah. Sebelum ini nyawa-nyawa ikan ke macam mana?"

Hari Isnin sampailah pagi tadi, I'm dyin'. Macam sudah tak bertenaga sangat, nak jalan pergi Fac Med untuk OSPE pun rasa macam nak suruh Wafa dengan Lili (rommates/flatmates/coursemates) seretkan atas jalan tar itu. Oh people, forgot to tell ya. Baru habis 'test' tadi sebenarnya. So I'm here as the representative of Tooth Whisperer *rasa macam duta pula, mungkin nak cerita sikit pasal Dental School University of Malaya.

"Boringlah Kak Farah... Saya tak nak ambil Dentisry, saya nak ambil Medic."

"Bacalah dulu. Mana tahu berubah hati. Kak Farah masa sekolah rendah dulu pun nak ambil Medic juga, tapi bila masuk sekolah menengah, Kak Farah lebih matang untuk fikir apa, siapa, di mana Kak Farah 50-60  years in future. Masih berlari atau sudah boleh menarik nafas lega, bersyukur dengan apa yang ada? Mungkin lain kali Kak Farah akan cerita apa seronoknya dental, tapi hari ini nak cerita apa sebenarnya yang berlaku, nak bagi klu untuk bakal pelajar pergigian tahun ini."

Bachelor of Dental Surgery

Mungkin ada yang rasa, awak ini pelajar pergigian mesti belajar pasal gigi je kan? Kenapa sampai 5 tahun? Silent people silent. So basically, mestilah ada belajar pasal gigi, tapi ada banyak aspek yang buat gigi itu jadi kompleks.

Masa first year inilah nak merasa hidup begelumang dengan buku sahaja, nak semakin meningkat 'usia', semakin kompleks bila kita perlu berurusan dengan manusia. Manusia inikan ragam macam-macam.

ANATOMY
Subjek yang seronok kalau betul-betul belajar sebab dia fakta. Tak suruh awak fikir jauh-jauh pun sebab semua jawapan kepada persoalan awak InSya'Allah ada jawapannya dalam buku. Structures in human body gitu... Nerve, muscles, clinical significances, seronok! Tapi bila nak exam, banyak sangat garu-garu kepala sebab banyak sangat nak ingat nama-nama itu dan ini. Unutk student dental, generally limbs itu semua memang tak berapa nak ditekankan lah, subjek itu sendiri lebih menekankan kawasan thorax & head and neck. Tapi ada juga belajar pasal upper and lower limbs, abdomen, bla bla bla.

PHYSIOLOGY
We learn about the mechanism, how the body works. Endocrine, cardiovascular system, renal system, and many more. Bila belajar subjek ini, buatkan Kak Farah faham, kenapa kita tak boleh buat itu dan ini dalam kehidupan seharian. Apa kesan tindakan kita terhadap apa yang berlaku dalam badan kita. Bunyi pun dah seronok sangat kan?

BIOCHEMISTRY
Kak Farah bukannya mengada untuk pilih kasih, tapi entahlah. setiap kali belajar, Kak Farah sibuk persoalkan, "Apalah kaitan Biochemistry dengan pergigian?" Mungkin sebab itulah tak berapa nak 'score' subjek ini. Kuncinya di sini, kalau minat mungkin boleh excel, kan?  Tapi Biochemistry ini nak dijadikan cerita, dia sangat berkait dengan Physiology, cuma lebih kompleks sebab dia lebih detail, on how your body works.

ORAL BIOLOGY
Sekarang baru kita belajar pasal gigi. Tapi tak adalah sepanjang first year kita belajar pasal gigi. Tapi serious seronok bila belajar subjek OB ini, rasa macam dah nampak masa depan je. Lecturers pun SubhanAllah hebat, baik, tak tahu nak cakap apa. Fyi, kalau dalam lab OB ada 4 group, InSya'Allah kumpulan ini berkekalanlah sampai fifth year.

Generally, sistem kurikulumnya mudah. Setiap akhir tahun akan ada Professional Exam (60%), di mana pelajar akan diuji secara total, maksudnya dari hari pertama hirup udara sejuk lecture hall Tahun 1 sampailah hari terakhir menapak tangga audi. Kalau Professional exam ini intergrated format, maksudnya dia bukan discipline-based examination. Semua subjek masuk sekali macam rojak buah. Kalau kos lain ada exam final semester 1, kami ada test 1.2 (1.2 stands for second half of first sem of the year) which contributes 15%. Another 15% from Test 2.1 (2.1 stands for first half of second sem of the year). The last 10% comes from tests, assignments, labs, PBL, etc. Nampaklah yang sebenarnya 90% exam which may cause mental retardation.

Selalunya pelajar akan diuji dengan pelbagai cara dan ini semua terpulang dengan subjek atau lecturer itu sendiri. Biasanya akan ada:

  • One best answer (OBA/MCQ)
  • Modified essay question (MEQ)
  • Short answer question (SAQ)
  • OSPE/OSCE (practically)
  • Essay
  • True/False question (biasalah ada minus marking)

"Kak Farah, dah bonding belum dengan bakal dentists yang lain?"

"Masih cuba ini. Hidup mana boleh duduk sorang-sorang, nanti depression tahap 7 ft. underground."


بارك الله لك

السلام عليكم 

P/s : Bila belajar pasal ciptaan Allah ini memang sentiasa membuatkan students cakap SubhanAllah. Happy :)

Tuesday, February 10, 2015

Hyde, Jekyll and I

"Kak Farah, you've seen it! You've seen it, right? Amboi, mentang-mentang cuti lama, goyang kaki dekat rumah. Jealous tau..."



"What? At least give me the chance to give the salaam first, people..."

Assalamualaikum dear Hyde and Jekyll...

"Hyde and Jekyll only? Kami?"

"Well... Itu hanya perlambanganlah awak. It's in your hands anyway, nak jadi Hyde atau Jekyll, terpulang."

HYDE

Sabda Rasulullah  ﷺ 

 وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat”. (HR. Bukhari & Muslim).
Dia sembunyikan (hide) kelemahan kita, keburukan kita, bukan untuk bagi ruang kepada kita untuk terus melakukan perkara tersebut. But He makes them invincible for a while to give us the time and space to repent. Do it? Repent! Again and again till your last breath.
"Tapi kan Kak Farah, saya dah buat macam-macam. Saya dah taubat pun, saya still buat lagi. Malulah..."
"Awak, bila awak rasa bersalah bila buat salah, maknanya Dia masih rindulah itu. Masih ada rasa takut, masih ada taqwa dan iman. Tak rasa macam itu?"

JEKYLL

"Ahha, ini saya tahu. Related to that famous textile storehouse owner, right? Rajin, bijak mencari peluang, berani menanggung risiko, macam yang kita belajar dalam subjek KH masa Form 3 dulu kan Kak? In the end, success! He succeed in making it well-known. Kan Kak Farah?"

Well, I guess you do make a lot of research on Jakel huh? But, I have my own definition.

Jackal : a small carnivorous mammal of the genus Canis, which includes the wolf, dog and coyote.

What? Baby panda just wanna say Hi after the hectic exam days. OK fine..

Nah. Cute coyote pup. Kecil comellah, dah besar sikit nanti jahat kejar roadrunner

"Now I get it Kak Farah. This time for real!"
"정말 (jong mal = really) ?"
"Animal-like human being. Rather having that kind of humanity, a bad person with animal-like behaviour."
OK. Mungkin kita boleh tutup blog sekarang sebab adik-adik sekarang jauh lebih pandai daripada Si Penulis yang suka merapu ini. Just, sooooo not like me back then.
Thoughtless. Violence. Rude.
Tapi, bila difikirkan balik, kadang-kadang haiwan itu jauh lebih bagus, sedangkan kita ini manusia, dikurniakan akal. Tak begitu?



3:190
Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.
3:191
Who remember Allah while standing or sitting or [lying] on their sides and give thought to the creation of the heavens and the earth, [saying], "Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; then protect us from the punishment of the Fire. 

Surat 'Āli `Imrān (Family of Imran) : 190-191


Jadi manusia jangan pernah rasa bangga dan sombong. Belajarlah, walaupun dari sekecil-kecil semut. OK?

ME

And Kak Farah is still the old Kak Farah. With that kind of split personality, Hyde dan Jekyll masih bersama-sama menjadi teman setia.

"Tak faham..."

Kak Farah pun sebenarnya tak faham apa Kak Farah cakap sebenarnya. For instance, when I was with this group of people, automatically jadi pendiam, when I was with this group of people, automatically jadi gila-gila. Something like that. Memang dari kecil, jadi begitu. Bukan senang nak ubah. Depends on the environment and situation sebenarnya. 

I think that's all for today. Just, terfikir tadi dah lama tak update sebab malas. Malas? Kak Farah pun ada kemalasan dia tersendirilah. 

Ma'assalama wa ilalliqa' ya readers yang setia :)

بارك الله لك

السلام عليكم 

P/s : Doakan Kak Farah. Mak dah tanya pasal result test 1.2 itu. Allah...


Sunday, November 09, 2014

Loving Robin Hood

Assalamualaikum to all my good looking reader.

“Serious saya good looking Kak Farah?"

Eh. Mestilah sayang-sayangku sekalian. Bukankah setiap insan ada kecantikannya yang tersendiri. Lagipun, Allah tak ambil kira aspek rupa seseorang tapi amal ibadah dia, kan? So, no sweat!
Mukadimah hari ini pendek je kot because the rest would be all about ROBIN HOOD.

“But Kak Farah, actually... I hate ROBIN HOOD!“
“I thought everyone loves him sebab dia macam heroic and such. Buat baik dalam diam. You know almost the same as Spiderman, Batman, and everything that ends with -man."

... Keep on arguing whether we should love Robin Hood or not.
Debating.
And it ends there.
Final decision?
NO!

Al-Ghayah Tubarriru Al-Wasilah
Matlamat tidak menghalalkan cara -lah awak.

Sebagai contoh, kita ambil kisah Robin Hood itu sendirilah. He is often portrayed “robbing from the rich and giving to the poor". Nampak macam cool je, niat murni je, nak bagi or sedekah kepada yang memerlukan, tapi sumber nya dari mana? Mencuri? Merompak? Hebatkah itu? Takkan kita nak tunjuk dekat anak-anak contoh orang yang dua alam ini kan? (Dua alam as in having both good and bad at the same time)

Contoh lain boleh fikir sendiri kot. Kenapa kita nak cemarkan niat yang suci murni sesuci wangian softener Comfort dengan cara yang tak comel lagi busuk macam bau tong sampah depan flat Kak Farah ini. And when you show it to others, some of them might be following it as if, “Oh, you're such a great hero and I will do the same way just like you" and the flow won't stop unless, kita sendiri yang kata, Saya minta maaf, apa yang saya buat ini sebenarnya salah, jangan ikut cara saya." (Tapi sebenarnya tak menjamin yang orang akan berhenti ikut cara awak itu.
Islam itu agama yang penuh dengan kasih sayang, keamanan, kesejahteraan, dan segala kebaikan yang ada di bumi ini dianjurkan dalam Islam itu sendiri. Jangan kerana awak mempergunakan Aku bekerja kerana Allah” seterusnya melakukan kerja yang negatif, merosakkan nama Islam itu sendiri. 

Bakal ada mulut-mulut yang berkata,
Ini cara yang awak belajar dalam agama awak?"
Sedangkan tak ada pun dianjurkan buat benda-benda yang negatif kan?
Dan selalunya true heroes bergerak dalam kumpulan kan? 
Bak kata Wafa, Amboi cik kak, nak masuk syurga sorang-sorang je ke?"

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوص  
Verily, Allah loves those who fight in His cause in rows (ranks) as if they were a solid structure.
As-Saff (61:4)

Jadi berbalik kepada kisah Robin Hood kita tadi... Tak payahlah suka sangat dengan dia walaupun awak rasa pelakon dia comel ke apa ke kan. *abaikan kemerepekan itu*

Tiba-tiba rasa nak menyanyi kejap (menyanyi in terms of copy pasting lirik lagu MC)
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

Cukup-cukuplah menyanyi itu Kak Farah. Tak sedap pun suara itu."

Fine, Fine, Fine...
That's all for today, but please please please remember our true heroes especially Muhammad saw, para sahabah and being forgotten most of the time - Ayah...

 بارك الله فيك 
السلام عليكم

Friday, November 07, 2014

Qin Ren

Assalamualaikum to my beloved readers...

“Near, far, where ever you are. I believe that my heart will go on"

Mentang-mentang jauh dari keluarga...

Jauh apa. Negeri Sembilan dengan UM itu sejam suku je kan kalau naik KTM. Terpulang sama ada nak atau tak je nak balik."

Tapi mana boleh balik selalu. Aktivitilah, assignmentlah, sangat duniawi sampai leka juga kadang-kadang itu."

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Beautified for men is the love of things they covet; women, children, much of gold and silver (wealth), branded beautiful horses, cattle and well-tilled land. This is the pleasure of the present world's life; but Allah has the excellent return (Paradise with flowing rivers, etc.) with Him.

Aal-i-Imraan (3:14)

Doakan supaya Kak Farah tak tahap saturated lekanya itu.

Oh. Lupa. Sekarang sudah tamatlah riwayat term 1.1 ( first half of semester 1 ).

Perasaan. Masih bergaul tetapi belum sebati lagi. Mungkin bila dah lepas exam 1.2 nanti dan dapat result baru boleh jadi kayu ukur, whether I'm doing just fine here or else. Tiba-tiba takut, nak sedapkan hati, selalu cakap,

“Farah boleh buat InSya'Allah. Prove it."

Jadi first year student, tiba-tiba rasa macam masuk Akademi Seni.

Bukan Kak Farah suka ke benda-benda seni ini?"

Tapi bukan seni persembahan. I'm more to fine art de...

Dengan Senior-Freshie-Staff Night (under DENSOC) nya, dengan Malam Tautan Hati (under PPIPUM)nya, tapi mungkin dia nak bagi kita pengalaman yang seronok sebelum dimamah usia, bergelumang dengan buku kan?

Apa kena mengena content post kali ini dengan tajuk?

As usual la, merepek lagi... Qin ren means like relatives, family, kalau tak silap. Just want to introduce my second family but still, perlu masa lagi untuk bonding. Sekarang ini, baru buat London interaction, belum sampai tahap ionic bonding lagi. But will do InSya'Allah.

Oral Biology
Biochemistry
Physiology
Anatomy
Hubungan Etnik
TITAS
Information Skills
IT
Phewww..... Sabar Kak Farah, sabar......

Nothing much.
Mungkin sebab dah lama benda ini berhabuk, jadi agak lupa macam mana nak menulis.
Mungkin lepas ini blog ini akan jadi nyawa-nyawa ikan.
Mungkin boleh post sesuatu yang lebih bermanfaat lepas ini.
Mungkin...

السلام عليكم




Friday, August 22, 2014

Hamba UPU

Assalamualaikum adik, kakak, nenek, mak cik dan semua makhluk yang mengenali Kak Farah sama ada hanya di blogosphere yang hina ini ataupun di dunia realiti. Well, I used to say since my early days in SMK Dato' Abdul Samad that I want to be a dentist. Though, others were like,

“Eh. Dentist? Seriously? Jadilah doktor."

Nampaknya masih ramai yang memandang rendah kepada golongan pencabut gigi dan pembedah kepala ini.

Alhamdulillah, 12 Ogos yang lalu (ayat ikut skema cikgu BM dulu-dulu), dapat berita gembira untuk ditunjukkan kepada mak dan ayah Kak Farah yang comel gila dekat rumah ini.


“Untunglah Kak Farah, apa nak semua dapat. UPSR, PMR, SPM A bersepah tepi jalan, boleh kutip. Dapat pergi one of the best foundation programme in Malaysia, A bersepah lagi. Dapat course yang Kak Farah idamkan dari dulu. Untunglah.."

“Oh please people. Ramai yang tak tahu apa yang telah menghimpit hati Kak Farah yang remuk dari dulu.
Apply SBP, MRSM tak pernah dapat. Mungkin Allah tahu Kak Farah tak boleh survive tanpa mak ayah di sisi.
Apply MARA untuk PILN setakat ditemuduga, mungkin sebab Dia mahu aku ditarbiyah di UM.
Banyak lagi tapi rasanya tak payah cerita kot."



Tapi, pada masa yang sama, rasa
terkilan
menyampah
tak tahu nak cakap apa dengan confessions dekat twitter PasumC.

“Husnudzon-lah Kak Farah. Orang tengah geram memang macam itu. Luahkan tanpa memikirkan perasaan pembaca yang lain."

Ya. Tanpa memikirkan perasaan pembaca lain.


Antara persoalan yang remaja hamba UPU bangkitkan, yang Kak Farah ingin ulaskan di sini ialah :

1. Kenapa aku dapat course ‘bodoh' ini?

Wallah, setiap pekerjaan yang ada di muka bumi ini pasti ada kepentingannya sendiri. Dari pengelap tingkap macam dalam filem Cuci, sehinggalah usahawan yang menjadi ‘trillion'-aire yang Kak Farah pernah terfikir untuk hijack jet peribadi mereka.
Setiap ilmu itu berharga. Dan mungkin, mereka tak sedar bahawa, betapa ramai graduan di luar sana yang menempuhi dunia kerjaya mereka, berada di puncak kekayaan, atau bahasa paling mudah iaitu bekerja, mengikut aliran yang bukan mereka pilih ketika berada di menara gading. Ambil ekonomi tapi jadi pengacara nombor satu Malaysia, well, I bet you know who he is kan? Jadi, sebelum kata begitu, better you do some quick review on what you are going to confess.

2. Kenapalah aku diuji sebegini berat. Apa dosaku?

Cakap macam tak pernah buat dosa je kan? Mungkin awak bayi baru lahir semalam, mungkin.
You are saying that, as if itulah hari terburuk yang awak pernah lalui. Know what? One of my best friends in PASUM lost her mother about 5 days after she received the UPU result. Ramai lagi dekat luar sana yang mungkin mempunyai kisah yang menduka citakan berbanding awak. Jadi, kenallah erti bersyukur.

3. Kau dapat dekat situ? Eiiii....

Seriously, awak cakap macam itu kepada kawan awak? Kalau saya jadi kawan awak, memang dah kena high kick to the roof. Definitely will.
Belajar mana-manapun, sama je, yang penting ilmu. Nama universiti itu letak nombor 3. Nombor 2 itu CGPA. Nombor 1, on top of all that, الله. Niat kerana dia.

4. UM ini, kata je nak tolong budak-budak PASUM. Hampas kelapa betul.

Awak, awak, ini keluhan budak PASUM sahaja. Percayalah, UM sangat membantu budak-budak PASUM. 40% disetiap science-based courses. Bayangkan. 60% lagi dikongsi oleh pelajar STPM, matrikulasi, diploma di seluruh Malaysia yang beribu-ribu. Untuk kes Kak Farah ini, nak diikutkan, interview pun tak dapat. Mula-mula risau, habis semua kenalan PASUM Kak Farah message. Mostly tak dapat. Mulalah kami buat andaian, “Yang dapat UM tak dapat interview" tapi sebenarnya mitos itu Kak Farah yang reka bagi menyedapkan hati sendiri.

Adik-adik PASUM please take note yang result autonomi akan kita check dekat UPU juga. Bukan macam pelajar APIDS, mereka special sikit.
Jadi, Kak Farah nak buat kesimpulan, UPU bisa jadi satu penyiksaan ataupun kenikmatan. Tugas kita belajar baik-baik, result exam dan result UPU itu tugas Dia.
P/s : Please pray for my next painful 5 years in UM Dental School. Hala dentistry.

بارك الله لك
السلام عليكم