Assalamualaikum amazing peepers.
As what I always said, "Tak kenal maka tak cinta"
Nama Farah Hazwani Binti Jumadi diberi bermaksud Kegirangan Pemberianku. Jelas terpancar kedua-dua ibu bapaku amat gembira tatkala aku lahir ke dunia yang fana ini. SubhanAlllah. Semoga aku dapat mengembirakan mereka sentiasa.
Dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 3 Februari 1995 bersamaan 3 Ramadan 1415H. Lahir di Negeri Sembilan, membesar di sini juga, suku Anak Acheh. Boleh dikatakan saya ini anak hibrid Negeri Sembilan dan Melaka.
Bermulanya pendidikan awal di SK Dato' Idris, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan seterusnya di SMK Dato Abdul Samad, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, tamatnya perjalanan di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur menandakan bermulanya hidup baru dengan rentak yang berbeza. Kini bakal mengejar cita-citaku untuk menggenggam segulung ijazah dalam Bachelor in Dental Surgery di Universiti Malaya .
Perjalananku masih jauh wahai sahabat yang dikasihi sekalian. Kenangku dalam doamu. Sesungguhnya aku juga mendoakanmu. Tidak banyak yang aku ingin kongsikan. Kusimpan cerita selanjutnya buat yang teristimewa, moga Allah reda.
بارك الله لك
السلام عليكم

No comments:
Post a Comment