Saturday, December 14, 2013

The Niqabis Who I love

Assalamualaikum peepers...

"Dah kenapa ini Kak Farah? Sejak bila pakai niqab?"
"Haish Haish. Mana ada~ Belum cukup kuat lagi untuk jadi seorang niqabis ini. Going to seek for knowledge first sayang."
Alhamdulilllah... Kalau kita buka FB sekarang, sudah ramai yang memakai pakaian yang menutup aurat, pakai niqab, but in the reality life, wallahu'alam. Tidak layak diri ini untuk memberi sebarang ulasanpun sebenarnya, sebab, Kak Farah sendiri tak pakai niqab dan tak pernah berada di tempat mereka, tapi InSya'Allah, Kak Farah akan cuba menyelami hati mereka. Ececeyh... Ayat jiwang pula ini.

Tapi Kak Farah pernah terbaca dari post kawan-kawan yang pakai niqab ini, sebab mereka memakai niqab adalah untuk menutup ataupun mengelak fitnah. Alhamdulillah, niat sudah molek tapi adakah niat itu diaplikasikan dalam tindakan mereka?

"Pakai purdah tapi letak gambar yang comel sangat di FB. Gayanya yang agak menggoda, Allah, hati lelaki mana yang tak kencang melihat perempuan 'solehah' yang comel-comel ini kan?"
Awak, sekuat mana pun pendirian seseorang lelaki itu, kalau kita ganggu hati mereka, payah baq hang. Janganlah jadi seperti ombak yang membelah pantai *Saya baca pun geli*. Seseorang pernah cakap, kalau benar dia ingin mengelak fitnah dengan memakai niqab, tak akan ada satu pun gambarnya berniqab di laman sosial. Niqab warna-warni pula, Allah, kalau soft colour rasanya tak ada masalah, tapi kalau niqab warna merah, hot pink, bukankah tergoda lelaki-lelaki di luar sana?


Teringat masa sem-break hari itu. Sambil-sambil menjahit, tertengoklah cerita '7 Petala Cinta' yang konon-kononnya Islamic itu. Allah, kakak Kak Farah cakap

"Dik, perempuan itu kan pakai purdah, kenapa pakai baju sendat + ketat ?"


Saya hanya mampu ketawa, tapi dalam hati, sedih pula ada tengok gaya perempuan dalam cerita itu. Tak pasal-pasal tercemar nama orang lain yang pakai niqab, seolah-olah cerita itu memberikan perspektif yang buruk terhadap niqabi di luar sana.

Tapi bila sebut pasal niqab, tiba-tiba teringat dekat 'girlfriends' di KK12 itu. Kesian juga, sebab di PASUM perempuan tidak dibenarkan memakai penutup muka, rasanya sama ja kut dengan peraturan di matrikulasi. Nak dijadikan cerita, Kak Farah sangat suka dan kagum dengan dia.

"Kenapa pula Kak Farah"
"Bila bersama atau berkomunikasi dengan dia, barulah Kak Farah rasa bersama dengan seorang niqabis yang sebenar. Tak pernah cakap benda-benda yang lagha, tingkahnya sangatlah sopan, sehingga ada yang menggelarkan dia buah hati setiap lelaki. Allah, kami yang perempuan ini pun sangat suka dengan dia, inikan lelaki-lelaki yang sibuk cari calon isteri yang solehah. Mungkin sebab itulah dia memakai niqab."

 Sekarang ini Kak Farah sedang cuba mendekatkan diri dengan 'Team Khemah' di PASUM. Rasa tenang, sangat! Allah, barulah Kak Farah rasa betapa sunyinya hati tanpa rakan-rakan seperti mereka, yang sering mendekatkan kita dengan Sang Pencipta. Tapi selain nak dapat 4 flat, jadi dentist, ada lagi satu impian Kak Farah, mungkin lepas kahwin InSya'Allah.

"Cita-cita apa Kak Farah?"
"Kak Farah bercita-cita nak pakai niqab lepas kahwin nanti. Tapi sempatkah? Masih hidupkah Kak Farah? Allah, moga Dia mengizinkan"

Pemakaian niqab yang kini menular dalam kalanngan masyarakat bukanlah satu masalah, tapi puncanya! Jika niqab dipakai kerana Allah, SubhanAllah, tahniah akhawat! Tapi andai niqab dipakai kerana terpengaruh dengan cerita/filem cinta Islami, mengharapkan cinta sang ajnabi yang memakai kopiah, Nauzubillah Min Zalik. Muslimah, andai kita hayati perjuangan niqabis di negara luar, pastinya kamu menangis, sangat tidak layak untuk dibandingkan dengan kita. Allah...



PESANAN BUAT NIQABIS

Awak, I just want you to know that, you are special to me, to all of us. Tapi biarlah cara kita berpakaian melambangkan akhlak kita. Saya tak nak disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana awak, niqabis yang lain turut mendapat nama.

1. SubhanAllah, “There is no one in this earth more beautiful than a muslim woman who dresses to please Allah.”
2. Semoga keputusan awak dan niat awak disandarkan kerana Allah.
3. Andai benar ingin megelak fitnah, lakukanlah sepenuh hati.
4. Usahlah terdetik monolog "Aku lebih baik dari kamu" di dalam hati.
5. Hijrah bukan hanya pada niqab, tapi pada tingkah laku.
6. Tuntutlah ilmu. Tanpa ilmu, ibarat kapal di tengah lautan tanpa pengemudinya.

Semoga istiqamah sayangku sekalian. Do'akan Kak Farah dapat meraih cita-cita itu, InSya'Allah Lepas ini harap awak tak post benda yang bukan-bukan, eg.

"Kepada bakal imamku, kukenang mudalam setiap do'aku"

"Biarlah cinta ini buat yang halal buatku"

"Apa khabar bakal imamku"

P/s : Saya bukan anti-niqabis tapi saya pencinta niqabis. Saya menulis kerana saya sayang antunna sekalian. Peace :) Maaf andai terguris hati akhawat

بارك الله لك

السلام عليكم

No comments: