Saturday, November 16, 2013

My Yummy Tummy Sem Break

Assalamualaikum peepers...

Nom Nom Nom. I think I've gained some weight. Apa taknya, cuti 3 minggu ini, makan itu sudah jadi satu hobi. Tak lapar pun makan juga. Freelah katakan. Kalau di KK12, nak makan kena bayar, nak minum kena bayar. Air dalam bilik saya sahaja yang free sebab air itu ambil dekat Ulu Bendul, air bukit itulah, naturally distilled and it's clean.

Sebenarnya post kali ini nak cerita pasal apa ini Kak Farah? I bet it's about food galore.
Yeehaa. Sememangnya pasal makanan. Recipe yang saya dapat selepas seminggu menetap di rumah kakak Kak Farah di Segamat.Lepas kerja ja ajak masak.

CREAM CHEESE CAKE

This recipe is so simple, yet, delicious. Barang pun tak banyak nak guna, mungkin cream cheese itulah kena beli di supermarket, kedai tepi jalan mungkin tak ada.

Antara steps yang ada masa nak buat tapi numbering tak sama dengan senarai steps yang ditulis
All you need are :
about 250 ml cream cheese, cream cracker deluxe (kalau boleh perisa cheese), oreo, nestum, susu pekat manis, dan tupperware. Muehehehe.

Steps:
1. Campurkan cream cheese dengan susu. Susu banyak mana? Depends on you, semanis mana yang awak suka. Lebih kurang 3-4 sudu mungkin. Sebab saya pun main letak ja sesedap rasa semanis kurma. Mix dalam 10 minit, terpulanglah.
2. Dalam bekas lain, pinggan ja lah, campur sesudu susu pekat/susu tepung dengan air suam. Tak banyak, dalam setengah cawan cukup sudah kot.
3. Sekarang cicah biskut dengan air susu yang kita buat tadi dan susun satu layer dalam bekas.
4. Selepas satu layer biskut, sapukan cream cheese yang kita mix kan tadi. Buatlah layer demi layer. Antara layer itu boleh letak nestum atau oreo crunched tadi. Untuk bahagian atas, letak oreo crunched banyak-banyak, nom nom nom. Tapi buat tak payah tebal sangat. Tak best.
5. Dah siap, letak dalam fridge. Dah sejuk baru makan. Teringat pun dah kecur air liur Mak Jemah.

Tadaaa!!!

HOME-MADE ICE CREAM

Sekarang nak buat ice-cream sendiri pula. Kalau nak beli satu cone sudah RM 1++. Rasa membazir pula.

All you need are :
Susu cair Ideal 1 tin, ovalet 1 sudu besar, susu pekat lebih kurang 1/3 tin ( terpulang nak manis mana kan ), telur 1 biji

Steps :
Hummmm. Rasa macam tak perlu tulis ‘s’ itu pula. Limaza? Sebab letak ja semua benda itu dalam bekas then mix dalam 20 minit. Kalau ovalet cukup, mesti naik cantik punya. Hari itu saya buat, boleh dapat lebih kurang 3 kali ganda. Nak rasa coklat, tambah coco yang ditambah air ataupun ada dijual chocolate emulco kat kedai itu. Done? Letak dalam freezer.

Sedapnya chu. Mak nak buat tak tahu.”- Lovely Mom

P/s : Sedap? Jangan lupa kongsi dengan jiran sebelah atas bawah ya. *Diri sendiri tak buat* Tapi jangan bagi pada yang obese pula ^^

Assalamualaikum

No comments: