Saturday, November 30, 2013

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part III (Jogathon)

Assalamualaikum peepers...
Breath in, breath out. Phewww

“Kenapa ni, macam penat ja” . Yes I am. Baru habis Jogathon 2013 dan tersangatlah penat. Padahal tak habiskan larian pun.

“Kenapa?”


“Humph. Allah… Macam biasalah. Blood pressure drop, tapi Alhamdulillah tak adalah sampai pengsan. Still kuat. ”

Date : 30/11/2013
Day : Saturday
Venue : PASUM

Jogathon memang satu acara yang wajib untuk setiap tahun bagi PASUM. Bukan ja students Hayat, Fizikal dan Alam Bina, tapi staff dan pelajar Rancangan Persediaan Ke Jepun (RPKJ) pun join sekali. Nanti awak bakal nampak berapa semangatnya mereka sokong lecturers dan student diorang sebab students RPKJ ini tak ramai.

Actually, in my opinion, during cross country is way further, I mean the track. Tapi disebabkan ada bukit lepas Akademi Pengajian Islam (API) itulah yang membuatkan awak rasa penat sangat. And you'll think of giving up and call for taxi. Seronoklah masuk sebenarnya, kalau ada kudrat tadi, serious rasa nak buat yang terbaik, tapi tak mampu.

Massive respect to Syakirah Hafizah from Hayat 2/W2 as she won 4th place.

“4th place ja Kak Farah. Why with all that massive respect.”


“As for me, dia antara muslimah sejati yang Kak Farah kenal di PASUM. Ahli Team Khemah yang berjaya membuktikan yang kami ini sebenarnya sama ja, mampu bersaing dengan yang lain juga.”

Masa dia ambil hadiah tadi, she received a big applause from Pasumian. I'm seriously proud of you Shakirah.

OK. That was the first Shakirah. Now move on to the second Syakirah, my teammates from V3. Banggalah dengan awak. Bukan itu ja, Asyraf Hafizudin (3rd) & Fazira (47) pun. Bukan senanglah nak dapat. Sangat bangga dengan awak semua. Love V3 so much.
About the Jogathon track. It was easy man. Entrance PASUM > API > Faculty of Science > PASUM. That's it. Senang sebenarnya tapi kalau awak ada masalah kesihatan, lebih baik minta excuse daripada PASUM kot.

Before Jogathon, awak semua kena kutip duit Jogathon. There was a form provided for each Pasumian and each of us have to collect at least RM 40. That was for all the prizes, food, etc. I wish I have my ex-schoolmates, undergo Jogathon together, as that was more motivational.


بارك الله لك

السلام عليكم

Saturday, November 23, 2013

Mengenang Jahiliah. Perlukah?

Assalamualaikum...

“Tak jawab dosa!”
“Gediklah Kak Farah”

OK! Memang gedik a.k.a giddy itu memang dah tersemai dalam diri sejak dalam kandungan lagi. Tapi pandai-pandailah jaga kan. Gedik dengan kawan sesama jantina tak apa rasanya, barulah timbul kemesraan sebagai kawan kan?

“Berlainan jantina?”

Allah. Janganlah tergedik-gedik dengan mereka pula.

“Tapi kami bff uolls”

Ya memanglah kawan. Tapi serapat mana pun awak, selagi tiada ikatan, kita masih punya jarak. Yang sudah bertunang itu, there's no exception for you guys, arasso?
Sebenarnya kat atas ini baru mukadimah ja ini. Belum masuk isi lagi. Biasalah, nak update status fb panjang sangat jadinya nanti, tapi mesti nak share ini.

Bismillahirrahmanirrahim...

Jahiliah kalau dari segi bahasa maknanya bodoh atau tak mengerti kan? *Kalau ambil Sejarah SPM mesti tahu punyalah* Bodoh ini boleh datang dari banyak segi. Tapi hari ini nak sempitkan sikit skop dia untuk zaman bertudung pendekku dulu. Tetiba ter-recall pula memori pahit dulu. Allah, bila fikir balik memang sedih, tapi sebagai pengajaran kepada adik-adik yang lain, InSya’ Allah.

“Farah start pakai tudung labuh bila eh?” - roommate

“Baru ja. Since Form 5 dulu.”

Sambutan Maulidur Rasul 2012 SMDAS
Dari sinilah mulanya teringat pengalaman-pengalaman pahit dulu. Cewah~

“Tudung pendek? Kak Farah dulu pakai inner tudung ke apa?”

Tak adalah sampai gitu sekali, awak ini pun. Dulu pakai tudung biasa ja. You know, that tudung ikan bawal yang bila ada cahaya, agak nampak kejarangannya. Hummm. Bukanlah kata pakai tudung bawal itu salah, I still wear those square hijab but now I've become wiser on choosing the best hijab, eg. Akel? Kalau dulu, suka betul pakai tudung then pin kan kiri then kanan. Haiyoo, gaya biasa itulah. Tutup dada itu memanglah tapi sepenuhnya kah? And the answer is no, sebab tak cukup labuh. Sebab itulah bila kita pin kan ke kiri dan kanan itu, jadi macam... you know. Hummm. Dulu-dulu bukan ja tak pakai tudung yang proper, handsocks pun tak pakai. Nampaklah lengan walaupun kita pakai baju lengan panjang kan.

Salah satu ceritanya masa tudung pendek dulu, masa Form 1 lah, padahal masa itu dah akil baligh dah. *Kisah sedih, jangan menangis ya* Masa itu tengah nak tunggu kelas petanglah, koko whatsoever kan, masa nak pergi dewan terbuka dengan kawan-kawan, tiba-tiba angin kencang sangat sebab nak hujan macam itu. Then the embarrassing part came, tertiup pula tudung sekolah itu. Tapi Alhamdulillah, tudung sekolah kan dua lapis, still terpeliharalah tapi malukan? Allah……

Cerita lain, yang ini berdasarkan pemerhatian semasa sekolah dululah, bila pelajar pakai tudung yang ngam ngam pendek ini, ternampaklah warna-warni di aidil fitri macam itu. Rasanya adik-adik perempuan faham kot apa yang Kak Farah cakap ini kan? Lainlah sengaja buat-buat tak faham. Worst part is that, bila tunduk, nampak pula leher. Allah……

Ada satu persoalan yang Kak Farah tanya pada diri sendiri di awal perubahan Kak Farah masa Form 5 dulu,
“Apa functionnya aku pakai tudung kalau benda yang sepatutnya ditutup tak dapat ditutup? Apa tujuan sebenar pakai tudung? ”  
Alhamdulillah, terjawab juga akhirnya. Pakai tudung itu satu kaedah untuk melindungi aurat kita. Tak wajib pun pakai tudung, yang wajibnya tutup aurat.

Masa pergi ceramah Ustaz Syafie di APIUM dulu, sempatlah ustaz buat lawak, berkenaan cara nak tegur orang yang tak pakai tudung ini “Awak selalu-selalulah bawak dia makan, KFC ke, nanti awak buat-buatlah tertumpah sos atas kepala dia. Bila dia marah, awak cakaplah, itulah tak pakai tudung, kalau pakai tudung tadi tak kena rambut itu dengan sos ini” *lawak santai ja sebab tak nak kami mengantuk sebab masa itu malam*

“Tapi tak bergayalah Kak Farah. Macam khemah ja”

Allah, I really would love to say this,
“Wear something to please Him, not him”. 
Cantik dekat mata manusia, dapat pujian ja, cantik dekat pandangan Allah, dapat pahala InSya'Allah. Tak mahukah?

“Tapi still saya rasa kita perlu nampak cantiklah Kak Farah”

OK FINE! *Tergeram pula* Boleh ja, nak pakai tudung saji pun boleh, nak cantik dan unik kan? Tapi biarlah berpada-pada, tak timbul riak, tak tabarruj *melaram lebih-lebih*, tak melanggar panduan yang dah diberi, boleh ja. I still wear my shawls, uolls. Pandai-pandailah pilih.

Now back to the post title, mengenang jahiliah. Perlukah? Jawapannya sangat perlu supaya dijadikan pengajran tapi jangan dirindu jahiliah itu sudah. Wink Wink^^ Andai dapat kuundurkan masa, yang labuh pasti menjadi pilihan. Maaf Ya Allah :') And please, don't judge others by their past, everyone may commit sins in a matter of fact, either big or small, notable or not.

P/s : Muslimah, yang tersembunyi itu indah. Peliharalah. Sangat suka bila tengok junior-junior SMDAS dah ramai yang bertudung labuh, alhamdulillah. Tudung labuh, handsocks, socks, itu bukan untuk pelajar sekolah agama ja ya!

بارك الله لك

السلام عليكم

Saturday, November 16, 2013

My Yummy Tummy Sem Break

Assalamualaikum peepers...

Nom Nom Nom. I think I've gained some weight. Apa taknya, cuti 3 minggu ini, makan itu sudah jadi satu hobi. Tak lapar pun makan juga. Freelah katakan. Kalau di KK12, nak makan kena bayar, nak minum kena bayar. Air dalam bilik saya sahaja yang free sebab air itu ambil dekat Ulu Bendul, air bukit itulah, naturally distilled and it's clean.

Sebenarnya post kali ini nak cerita pasal apa ini Kak Farah? I bet it's about food galore.
Yeehaa. Sememangnya pasal makanan. Recipe yang saya dapat selepas seminggu menetap di rumah kakak Kak Farah di Segamat.Lepas kerja ja ajak masak.

CREAM CHEESE CAKE

This recipe is so simple, yet, delicious. Barang pun tak banyak nak guna, mungkin cream cheese itulah kena beli di supermarket, kedai tepi jalan mungkin tak ada.

Antara steps yang ada masa nak buat tapi numbering tak sama dengan senarai steps yang ditulis
All you need are :
about 250 ml cream cheese, cream cracker deluxe (kalau boleh perisa cheese), oreo, nestum, susu pekat manis, dan tupperware. Muehehehe.

Steps:
1. Campurkan cream cheese dengan susu. Susu banyak mana? Depends on you, semanis mana yang awak suka. Lebih kurang 3-4 sudu mungkin. Sebab saya pun main letak ja sesedap rasa semanis kurma. Mix dalam 10 minit, terpulanglah.
2. Dalam bekas lain, pinggan ja lah, campur sesudu susu pekat/susu tepung dengan air suam. Tak banyak, dalam setengah cawan cukup sudah kot.
3. Sekarang cicah biskut dengan air susu yang kita buat tadi dan susun satu layer dalam bekas.
4. Selepas satu layer biskut, sapukan cream cheese yang kita mix kan tadi. Buatlah layer demi layer. Antara layer itu boleh letak nestum atau oreo crunched tadi. Untuk bahagian atas, letak oreo crunched banyak-banyak, nom nom nom. Tapi buat tak payah tebal sangat. Tak best.
5. Dah siap, letak dalam fridge. Dah sejuk baru makan. Teringat pun dah kecur air liur Mak Jemah.

Tadaaa!!!

HOME-MADE ICE CREAM

Sekarang nak buat ice-cream sendiri pula. Kalau nak beli satu cone sudah RM 1++. Rasa membazir pula.

All you need are :
Susu cair Ideal 1 tin, ovalet 1 sudu besar, susu pekat lebih kurang 1/3 tin ( terpulang nak manis mana kan ), telur 1 biji

Steps :
Hummmm. Rasa macam tak perlu tulis ‘s’ itu pula. Limaza? Sebab letak ja semua benda itu dalam bekas then mix dalam 20 minit. Kalau ovalet cukup, mesti naik cantik punya. Hari itu saya buat, boleh dapat lebih kurang 3 kali ganda. Nak rasa coklat, tambah coco yang ditambah air ataupun ada dijual chocolate emulco kat kedai itu. Done? Letak dalam freezer.

Sedapnya chu. Mak nak buat tak tahu.”- Lovely Mom

P/s : Sedap? Jangan lupa kongsi dengan jiran sebelah atas bawah ya. *Diri sendiri tak buat* Tapi jangan bagi pada yang obese pula ^^

Assalamualaikum

Menangis Kerana Wan Nora Afiza

Assalamualaikum peepers...
Mesti semua orang dok fikir,

Siapa Wan Nora Afiza ini Kak Farah? Bakal kakak iparkah?
“Humph awak semua ini. Takkan tak kenal Nora? Penyanyi itu?

Mungkin kalau junior-junior tak kenallah kot. Tapi kalau yang hidup ‘sezaman’ atau yang lebih senior mesti kenal siapa Nora ini. Isteri kepada Johan Nawawi dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata yang soleh dan solehah, InSya'Allah. Anak sulungnya dapat menghafaz surah Al-Baqarah, Alhamdulillah.

Macam mana Kak Farah boleh kenal dengan Kak Nora dan menangis kerana dia?
Siapa kata Kak Farah kenal dia. Tapi sememangnya pernah menangis kerana dia.

Punyalah bosan semalam, almaklum orang cuti 3 minggu, begitulah gamaknya. I was like, changing the tv channel, from one to another, sampailah ke destinasi terbaik, TV ALHIJRAHSiaran yang menggabungkan hiburan, ilmu dan cereka. Kebetulan, masa itu keluar pula cerita Hijrah Munawarah. Pernah tengok tak ini? Humph. Kalau tak pernah, serious kena tengok. It's about those who want to make a change to be a better person. Kebetulan lagi masa itu Wan Nora Afiza inilah yang jadi artis yang diwawancarakan.


Beliau menceritakan pengalaman beliau dan yang paling menyentuh hati pengalaman bersama anak sulung beliau.
 
Saya menghantar anak saya untuk belajar di salah sebuah sekolah tahfiz. Tiba-tiba suatu harianak saya ingin keluar dari sekolah tersebut. Saya sedihlahdan terkilan kenapa dia nak buat begitu. Dia menceritakanpada suatu hariada kutipan derma diadakan di sekolah tersebut. Semua orang tak mahu terima sumbangannyakata mereka itu duit ibu kauibu kau seorang penyanyiduit itu haram.

Allah, ibu mana yang tak sedih. But we can't put the blame on her child for telling the truth. Dia juga mangsa keadaan kan. Ada lagi pengalaman yang diceritakan.

Masa dulukalau hantar anak ke sekolah tahfizsaya bakal memakai tudung. Selepas hantar anak ke sekolahsaya bakal buka kembali tudung tersebut.

Cuba kita muhasabah diri, awak pernah juga buat begini kan? Selepas sekolah, tudung ke mana, baju kurung ke mana. Yang tak pernah buat, Alhamdulillah. Yang pernah, kita ubah cara, istiqamah hendaknya.

Suatu malambila lihat anak-anak sedang tidursayutiba-tiba seperti terdengar suatu suara Kau tak bersyukurkah ada anak-anak seperti mereka?

Apabila penghijrahan itu bermula daripada seorang anak, impaknya SubhanAllah, besar sangat. Sebab itu anak itu anugerah. Kadang-kadang bila tengok anak baca Al-Quran, solat, ibu bapa pun terikut-ikut InSya'Allah. Bak kata Wan Noraafiza lagi,

 “Tidak semestinyakita dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam, keluarga yang baik-baik, 
membuatkan kita seorang muslim/ah yang baik juga. Apa yang penting untuk penghijrahan itu adalah ilmu

Allah, betapa pentingnya ilmu itu, nak buat apa-apa sahaja bermula dengan ilmu, tanpa ilmu, sesatlah kita. Ilmu tanpa amal, rugilah kita.
Alhamdulillah, kita doakan kebahagiaan Kak Noraa dan keluarga, InSya'Allah. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bercerita kali ini bukan nak memburukkan Kak Noraa ya peepers, tapi sebagai pengajaran sahaja.
Hijrah Munawarah ini berepisod-episod. Jom pakat tengok sesama di TV AlHijrah. Waktu Kak Farah tak pasti. Aiwah~



Allah SWT berfirman, mafhumnya,
“Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan rasulNyakemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguhpahalanya telah ditetapkan di sisi Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” -AnNisaa:100


Majlis Pelancaran Hijrah Munawarah


P/s :  Mungkin dialog itu, it's not exactly the same as what it is, tapi maksud sama ja.  Dah nak balik PASUM dah esok. Tsk Tsk. Tak puas cuti 3 minggu. Hayya Alal Falah!

بارك الله لك

السلام عليكم

Friday, November 08, 2013

Hati Kata Ya, Akal Kata Sabar

Assalamualaikum peepers...
Mungkin hari ini post something yang lebih sentimental. Hummm. Like seriously... Me? Tiba-tiba terfikir sebab kalau dekat group FB PASUM 2013/2014 memang selalu post pasal tajuk ini. Kalau bukan tajuk ini, mesti pasal aurat. Banyak kali post pun tiada yang terkesan mungkin.

COUPLE

Allah. How sad it is. Bila pergi mall, mesti nampak ramai sangatlah, yang katanya ‘sweet’ begitu, puhhlleeeaaassseeee~ “Kak Farah jealous ke?” And the answer is totally NO! Teringat apa yang Atikah groupmate dekat PASUM cakap
“Kalau kita lepaskan seseorang untuk tujuan belajar, dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah in future Allah akan temukan kita dengan orang itu, atau seseorang yang lebih baik daripada dia”
Dan Atikah siap ceritakan satu cerita, ingat lagi masa itu dalam auditorium, tengah tunggu next lecturer untuk masuk. Nak dengar kah?

Bismillahirrahmanirrahim

Once upon a time, there live a beautiful girl with smiling eyes. Wait! Nama apa saya nak letak dekat watak ini? Entah. Randomly picked OK! Tiada kena mengena dengan yang ada di Malaysia, luar negara atau 7 kaki di bawah permukaan bumi. Let me just named them Adam and Hawa. Easy~

Once upon a time, Adam dan Hawa ini belajar dekat tempat yang sama. PASUM to be precise. Mereka satu Hayat (satu kuliah) tapi bukan satu group tutorial (kelas). Hawa sebenarnya suka dengan Adam tapi tak mungkinlah dia nak pergi beri tahu si Adam itu kan? As a result, she just buat donno sahajalah~ Kenapa? Sebab dia yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk dia. Dia pun sangat takut dengan azabNya nanti, you know, once awak sudah terlibat dengan alam percintaan remaja yang kononnya ‘sweet’ begitu, sememangnya awak bakal terdedah dengan pelbagai jenis zina dan fitnah.

Rasulullah s.a.w memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
•"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi",
•"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

OK. Nak disambungkan cerita tadi. Hawa simpan perasaan dia, tanpa beri tahu seorang pun kawan dia, walaupun mereka tersangatlah rapat *salah tatabahasa* , tapi dia tetap yakin yang kalau ada jodoh dengan Adam, adalah, kalau tiada, insyaAllah bakal ada yang lebih baik. Setiap hari, masuk dewan kuliah, Hawa mesti selidik, hari ini Adam masuk kelas atau tidak *Adam tidak pernah ponteng pun, baguskan Adam?* Mungkin sebab Hawa risau, prestasi pelajaran Adam yang agak rendah berbanding rakan-rakannya yang lain. Hawa cuma nak tengok dia berjaya sahaja. Hawa sering mendoakan kejayaan rakan-rakannya, walaupun jauh dimata, namun Hawa sangay sayangkan rakan-rakannya ok. Sedar tak sedar, berjaya menamatkan Program PASUM mereka yang selama setahun itu. Alhamdulillah, kedua-dua mereka meraih keputusan yang sangat cemerlang. 4 flat uolls. How? Tadi kata Adam punya level jauh lagi rendah daripada yang lain. Sebab Adam tahu membezakan yang mana satu cita-cita, yang mana satu angan-angan.

Habis PASUM, means you have to say hello to degree life. Both of them didn't get the same university. Hawa masih kekal di KL but Adam tercampak jauh di Kelantan. Pada masa ini Hawa macam sudah yakin yang Adam bukanlah jodohnya. Dia teruskan cita-citanya untuk mendapatkan “Bachelor in Dental Surgery”.
Lima tahun berlalu. Hawa kadang-kadang terfikir, bagaimana Adam sekarang, tapi dia bukan seorang yang jenis terlalu mengikut perasaan. Hawa bekerja di KL. Satu hari itu, Hawa dengan tiba-tibanya teringin nak balik kampung di Terengganu naik flight. Mula-mula Hawa fikir, seat di sebelahnya kosong, tetapi selang 10 minit selepas dia mengambil tempat, datang seorang lelaki untuk duduk di sebelahnya. Semestinya Hawa rasa tidak selesa, duduk bersebelahan dengan seseorang yang bukan mahramnya, kan? Tiba-tiba lelaki tersebut memulakan bicara. Mungkin tidak mahu tertidur di dalam flight tersebut dan mengganggu Hawa.

“Awak Hawa kan? Hayat 2? PASUM 2013/2014”
Hawa cuba berfikir, dengan bersungguh-sungguh. Baginya, dia sangat mengenali suara tersebut, suara yang sering mengetuai bacaan do'a sebelum kuliah, suara yang sering membuat pengumuman, suara yang sering ketawa di dewan kuliah juga.
“Adam? Adam Hariz bin Abdullah? Hayat 2?Yang selalu duduk di barisan ketiga di dewan kuliah itu? ”
“Observant nya awak. Macam mana boleh se-detail itu? So betullah awak Hawa yang selalu pakai brooch bunga warna putih dulu kan? Selalu duduk sebelah Maisara groupmate saya itu kan? ”
“Ya. Sayalah itu. Tak payahlah sebut pasal brooch itu, saya dah buang dah pun”
Sebenarnya Adam dah tahu yang Hawa bakal pulang ke Terengganu naik flight pada hari itu. Macam mana? FB! lol. Adam sanggup membatalkan meeting dia dengan wakil Pengarah syarikat dari luar negara semata-mata ingin ke Terengganu. Kenapa? Sebab keluarga Adam juga tinggal di Terengganu. Dan ada lagi sebabnya. Untuk meminang Hawa, walaupun dia tak yakin jika Hawa bakal terima atau tidak. And they live happily ever after~ THE END ~

Mungkin cerita itu agak cliche. Masa Atikah cerita pun kami boleh agak apa ending dia. Tapi saya adalah tokok tambah, just a lil bit, to spice it up.

Assalamualaikum

P/s : Mungkin cerita ini tak se‘sweet’ Love You Mr. Arrogant tetapi this is what you should do. Moral of the story, hati kata ya, akal kata sabar dulu. Kalau ada akallah kan :P Friendzone ^^


بارك الله لك

السلام عليكم

Wednesday, November 06, 2013

No Ta'aruf, No Love

Assalamualaikum peepers...

“Amboi Kak Farah, sekarang ini kemain ya”

Amboi, awak sekalian itu yang kemain.

LOVE IS IN THE AIR~

Malangnya post kali ini bukan nak sebut pasal kisah cinta yang menyayat hati macam Love You Mr. Arrogant itu.

“Tengok juga cerita itu Kak Farah?”
And the answer is NO.

“Habis itu nak cerita pasal apa ini? Is it about yours?” And the answer is partially yes and no.

It's not about that kind of love that you're thinking of right now *I can read your mind*, it's about...

SAHABAT

“Boring”

“Say what?”

Banyak sangat merepek ini. OK! Tiba-tiba masa tunggu ayah tadi, tiba-tiba teringat seorang kawan ini. Perempuan OK perempuan. Kawan seperjuangan di PASUM. *Ececeyh, ayat BM, mentang-mentang hari ini calon SPM 2013 jawab paper BM *
Kenapa tiba-tiba teringat? I'm still trying to resolve it, why? Payah nak jawab. Pertama kali jumpa, tak berani nak tegur. Bukan sebab saya ini tak cuba untuk jadi peramah, tapi memang salah sayalah kot.

My first impression towards her is that “Budak ini mesti sombong punya ini. Malaslah nak tegur.” 

Amboi, sesedap rasa semanis kurma je cakap orang macam itu kan. Because, that's the power of one's facial expression, kalau awak senyum, that would be better.
Selepas itu, Allah nak saya jumpa dia lagi. Hari-hari jumpa. Kenapa? OK ini tak boleh bagi tahu. Secret. Nak tahu kena jadi kawan saya dulu! Lama-lama jumpa, lama-lama kenal, banyak kali bercakap dengan dia, she's totally awesome! Serious baik walaupun facial expression dia still the same. And maybe she's from some kind of high-social-status family, nampak je sombong tapi tak!

“Farah kawan dengan dia? Dia itu ok ke? Nampak macam sombong je.”

Even some of my friends asked me that kind of question. Tapi saya rasa senang berkawan dengan dia. Tak pernah pula dia cakap sesuatu yang menyakitkan hati atau menyombong diri. Sebab itu orang tua-tua ala-ala Western cakap ‘Don't judge a book by its cover’.

Life and friendship are somehow like a bulb of an onion. Though from the outside, it does looks rotten and may harm its eaters but, if you try to peel it, one by one, you'll see that it's not that bad and still can be used. And make your cooking more delicious. Right?

P/s : Thank you for lending me your **********. Love you ^^

بارك الله لك

السلام عليكم