Saturday, June 16, 2012

Pinjaman Boleh Ubah MARA 2012 (Part 1)


Syarat Asas Kelayakan Permohonan

1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia (salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia)
2. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 bagi kali pertama.
3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Senarai kursus dan bidang ditawarkan MARA

1. Sila rujuk kod pada Lampiran A – Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Cemerlang IPMa untuk tujuan permohonan.
PERHATIAN – Program yang menggunakan kod LN0302, LN0303, LN0330, LN0331, LN0332, LN0333, LN0334, LN1801 dan LN1802 adalah merupakan program kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Syarat Minimum Kelayakan Akademik

1. Sila rujuk lampiran mengikut program yang ditawarkan bagi syarat minimum kelayakan akademik seperti di bawah:

Cara Memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA

1. Permohonan perlu dikemukakan secara ONLINE di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 16 April 2012 – 22 April 2012.
2. Borang permohonan perlu dicetak (print) dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan online Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA 2012 dibuat dan dihantar ke alamat seperti di bawah:
Program Khas Lepasan SPM 2011
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
3. Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima pihak MARA sebelum atau pada 25 April 2012.
4. Pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan Pos Express ataupun perkhidmatan courier bagi tujuan penghantaran borang permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA 2012 yang telah dilengkapkan.
5. Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 07 Mei 2012 di laman web MARA
6. Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012 di laman web MARA
7. Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 01 Jun 2012 di laman web MARA
8. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 29 Jun 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan atau Masalah

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di bawah:
Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Penajaan Program Khas)
Telefon : 03-2613 2110 / 2075 / 2044 / 2045 / 2050 / 2051 / 2065
Waktu pejabat : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Email : infobpp@mara.gov.my

Tarikh tutup MARA : 25 APRIL 2012



Sumber : http://muazfaris.com/pinjaman-pelajaran-boleh-ubah-mara-2012/#ixzz1xxh4MTEI   (thankks dear blogger)


p/s : Harap2 program ni akan berterusan terutama untuk lepasan SPM 2012 mcm saya ni. dan harap2 tak terlepas peluang untuk apply sebab tarikh permohonan singkat bebeno - seminggu je. =( 

1 comment:

mz said...

oh, thanks for the backlinkkkk.. sumber ^_^