Saturday, April 25, 2015

Drama Dental Episode 1 : Rusa Masuk UM


Assalamualaikum semua yang masih lagi berdiri di bawah langit Ilahi.

Tahulah tak teruja masa jawab salam itu kan. Cuba Neelofa ke, Emma Maembong ke yang beri salam, teruja tahap dia tweet Hai pun nak retweet kan? Abaikan semua kecemburuan itu.

I just wanna say that "Alhamdulillah (Thank you Allah). I'm still alive and kicking."

"Habis itu Kak Farah. Sebelum ini nyawa-nyawa ikan ke macam mana?"

Hari Isnin sampailah pagi tadi, I'm dyin'. Macam sudah tak bertenaga sangat, nak jalan pergi Fac Med untuk OSPE pun rasa macam nak suruh Wafa dengan Lili (rommates/flatmates/coursemates) seretkan atas jalan tar itu. Oh people, forgot to tell ya. Baru habis 'test' tadi sebenarnya. So I'm here as the representative of Tooth Whisperer *rasa macam duta pula, mungkin nak cerita sikit pasal Dental School University of Malaya.

"Boringlah Kak Farah... Saya tak nak ambil Dentisry, saya nak ambil Medic."

"Bacalah dulu. Mana tahu berubah hati. Kak Farah masa sekolah rendah dulu pun nak ambil Medic juga, tapi bila masuk sekolah menengah, Kak Farah lebih matang untuk fikir apa, siapa, di mana Kak Farah 50-60  years in future. Masih berlari atau sudah boleh menarik nafas lega, bersyukur dengan apa yang ada? Mungkin lain kali Kak Farah akan cerita apa seronoknya dental, tapi hari ini nak cerita apa sebenarnya yang berlaku, nak bagi klu untuk bakal pelajar pergigian tahun ini."

Bachelor of Dental Surgery

Mungkin ada yang rasa, awak ini pelajar pergigian mesti belajar pasal gigi je kan? Kenapa sampai 5 tahun? Silent people silent. So basically, mestilah ada belajar pasal gigi, tapi ada banyak aspek yang buat gigi itu jadi kompleks.

Masa first year inilah nak merasa hidup begelumang dengan buku sahaja, nak semakin meningkat 'usia', semakin kompleks bila kita perlu berurusan dengan manusia. Manusia inikan ragam macam-macam.

ANATOMY
Subjek yang seronok kalau betul-betul belajar sebab dia fakta. Tak suruh awak fikir jauh-jauh pun sebab semua jawapan kepada persoalan awak InSya'Allah ada jawapannya dalam buku. Structures in human body gitu... Nerve, muscles, clinical significances, seronok! Tapi bila nak exam, banyak sangat garu-garu kepala sebab banyak sangat nak ingat nama-nama itu dan ini. Unutk student dental, generally limbs itu semua memang tak berapa nak ditekankan lah, subjek itu sendiri lebih menekankan kawasan thorax & head and neck. Tapi ada juga belajar pasal upper and lower limbs, abdomen, bla bla bla.

PHYSIOLOGY
We learn about the mechanism, how the body works. Endocrine, cardiovascular system, renal system, and many more. Bila belajar subjek ini, buatkan Kak Farah faham, kenapa kita tak boleh buat itu dan ini dalam kehidupan seharian. Apa kesan tindakan kita terhadap apa yang berlaku dalam badan kita. Bunyi pun dah seronok sangat kan?

BIOCHEMISTRY
Kak Farah bukannya mengada untuk pilih kasih, tapi entahlah. setiap kali belajar, Kak Farah sibuk persoalkan, "Apalah kaitan Biochemistry dengan pergigian?" Mungkin sebab itulah tak berapa nak 'score' subjek ini. Kuncinya di sini, kalau minat mungkin boleh excel, kan?  Tapi Biochemistry ini nak dijadikan cerita, dia sangat berkait dengan Physiology, cuma lebih kompleks sebab dia lebih detail, on how your body works.

ORAL BIOLOGY
Sekarang baru kita belajar pasal gigi. Tapi tak adalah sepanjang first year kita belajar pasal gigi. Tapi serious seronok bila belajar subjek OB ini, rasa macam dah nampak masa depan je. Lecturers pun SubhanAllah hebat, baik, tak tahu nak cakap apa. Fyi, kalau dalam lab OB ada 4 group, InSya'Allah kumpulan ini berkekalanlah sampai fifth year.

Generally, sistem kurikulumnya mudah. Setiap akhir tahun akan ada Professional Exam (60%), di mana pelajar akan diuji secara total, maksudnya dari hari pertama hirup udara sejuk lecture hall Tahun 1 sampailah hari terakhir menapak tangga audi. Kalau Professional exam ini intergrated format, maksudnya dia bukan discipline-based examination. Semua subjek masuk sekali macam rojak buah. Kalau kos lain ada exam final semester 1, kami ada test 1.2 (1.2 stands for second half of first sem of the year) which contributes 15%. Another 15% from Test 2.1 (2.1 stands for first half of second sem of the year). The last 10% comes from tests, assignments, labs, PBL, etc. Nampaklah yang sebenarnya 90% exam which may cause mental retardation.

Selalunya pelajar akan diuji dengan pelbagai cara dan ini semua terpulang dengan subjek atau lecturer itu sendiri. Biasanya akan ada:

  • One best answer (OBA/MCQ)
  • Modified essay question (MEQ)
  • Short answer question (SAQ)
  • OSPE/OSCE (practically)
  • Essay
  • True/False question (biasalah ada minus marking)

"Kak Farah, dah bonding belum dengan bakal dentists yang lain?"

"Masih cuba ini. Hidup mana boleh duduk sorang-sorang, nanti depression tahap 7 ft. underground."


بارك الله لك

السلام عليكم 

P/s : Bila belajar pasal ciptaan Allah ini memang sentiasa membuatkan students cakap SubhanAllah. Happy :)

No comments: