Friday, November 08, 2013

Hati Kata Ya, Akal Kata Sabar

Assalamualaikum peepers...
Mungkin hari ini post something yang lebih sentimental. Hummm. Like seriously... Me? Tiba-tiba terfikir sebab kalau dekat group FB PASUM 2013/2014 memang selalu post pasal tajuk ini. Kalau bukan tajuk ini, mesti pasal aurat. Banyak kali post pun tiada yang terkesan mungkin.

COUPLE

Allah. How sad it is. Bila pergi mall, mesti nampak ramai sangatlah, yang katanya ‘sweet’ begitu, puhhlleeeaaassseeee~ “Kak Farah jealous ke?” And the answer is totally NO! Teringat apa yang Atikah groupmate dekat PASUM cakap
“Kalau kita lepaskan seseorang untuk tujuan belajar, dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah in future Allah akan temukan kita dengan orang itu, atau seseorang yang lebih baik daripada dia”
Dan Atikah siap ceritakan satu cerita, ingat lagi masa itu dalam auditorium, tengah tunggu next lecturer untuk masuk. Nak dengar kah?

Bismillahirrahmanirrahim

Once upon a time, there live a beautiful girl with smiling eyes. Wait! Nama apa saya nak letak dekat watak ini? Entah. Randomly picked OK! Tiada kena mengena dengan yang ada di Malaysia, luar negara atau 7 kaki di bawah permukaan bumi. Let me just named them Adam and Hawa. Easy~

Once upon a time, Adam dan Hawa ini belajar dekat tempat yang sama. PASUM to be precise. Mereka satu Hayat (satu kuliah) tapi bukan satu group tutorial (kelas). Hawa sebenarnya suka dengan Adam tapi tak mungkinlah dia nak pergi beri tahu si Adam itu kan? As a result, she just buat donno sahajalah~ Kenapa? Sebab dia yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk dia. Dia pun sangat takut dengan azabNya nanti, you know, once awak sudah terlibat dengan alam percintaan remaja yang kononnya ‘sweet’ begitu, sememangnya awak bakal terdedah dengan pelbagai jenis zina dan fitnah.

Rasulullah s.a.w memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
•"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi",
•"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankannya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

OK. Nak disambungkan cerita tadi. Hawa simpan perasaan dia, tanpa beri tahu seorang pun kawan dia, walaupun mereka tersangatlah rapat *salah tatabahasa* , tapi dia tetap yakin yang kalau ada jodoh dengan Adam, adalah, kalau tiada, insyaAllah bakal ada yang lebih baik. Setiap hari, masuk dewan kuliah, Hawa mesti selidik, hari ini Adam masuk kelas atau tidak *Adam tidak pernah ponteng pun, baguskan Adam?* Mungkin sebab Hawa risau, prestasi pelajaran Adam yang agak rendah berbanding rakan-rakannya yang lain. Hawa cuma nak tengok dia berjaya sahaja. Hawa sering mendoakan kejayaan rakan-rakannya, walaupun jauh dimata, namun Hawa sangay sayangkan rakan-rakannya ok. Sedar tak sedar, berjaya menamatkan Program PASUM mereka yang selama setahun itu. Alhamdulillah, kedua-dua mereka meraih keputusan yang sangat cemerlang. 4 flat uolls. How? Tadi kata Adam punya level jauh lagi rendah daripada yang lain. Sebab Adam tahu membezakan yang mana satu cita-cita, yang mana satu angan-angan.

Habis PASUM, means you have to say hello to degree life. Both of them didn't get the same university. Hawa masih kekal di KL but Adam tercampak jauh di Kelantan. Pada masa ini Hawa macam sudah yakin yang Adam bukanlah jodohnya. Dia teruskan cita-citanya untuk mendapatkan “Bachelor in Dental Surgery”.
Lima tahun berlalu. Hawa kadang-kadang terfikir, bagaimana Adam sekarang, tapi dia bukan seorang yang jenis terlalu mengikut perasaan. Hawa bekerja di KL. Satu hari itu, Hawa dengan tiba-tibanya teringin nak balik kampung di Terengganu naik flight. Mula-mula Hawa fikir, seat di sebelahnya kosong, tetapi selang 10 minit selepas dia mengambil tempat, datang seorang lelaki untuk duduk di sebelahnya. Semestinya Hawa rasa tidak selesa, duduk bersebelahan dengan seseorang yang bukan mahramnya, kan? Tiba-tiba lelaki tersebut memulakan bicara. Mungkin tidak mahu tertidur di dalam flight tersebut dan mengganggu Hawa.

“Awak Hawa kan? Hayat 2? PASUM 2013/2014”
Hawa cuba berfikir, dengan bersungguh-sungguh. Baginya, dia sangat mengenali suara tersebut, suara yang sering mengetuai bacaan do'a sebelum kuliah, suara yang sering membuat pengumuman, suara yang sering ketawa di dewan kuliah juga.
“Adam? Adam Hariz bin Abdullah? Hayat 2?Yang selalu duduk di barisan ketiga di dewan kuliah itu? ”
“Observant nya awak. Macam mana boleh se-detail itu? So betullah awak Hawa yang selalu pakai brooch bunga warna putih dulu kan? Selalu duduk sebelah Maisara groupmate saya itu kan? ”
“Ya. Sayalah itu. Tak payahlah sebut pasal brooch itu, saya dah buang dah pun”
Sebenarnya Adam dah tahu yang Hawa bakal pulang ke Terengganu naik flight pada hari itu. Macam mana? FB! lol. Adam sanggup membatalkan meeting dia dengan wakil Pengarah syarikat dari luar negara semata-mata ingin ke Terengganu. Kenapa? Sebab keluarga Adam juga tinggal di Terengganu. Dan ada lagi sebabnya. Untuk meminang Hawa, walaupun dia tak yakin jika Hawa bakal terima atau tidak. And they live happily ever after~ THE END ~

Mungkin cerita itu agak cliche. Masa Atikah cerita pun kami boleh agak apa ending dia. Tapi saya adalah tokok tambah, just a lil bit, to spice it up.

Assalamualaikum

P/s : Mungkin cerita ini tak se‘sweet’ Love You Mr. Arrogant tetapi this is what you should do. Moral of the story, hati kata ya, akal kata sabar dulu. Kalau ada akallah kan :P Friendzone ^^


بارك الله لك

السلام عليكم

Wednesday, November 06, 2013

No Ta'aruf, No Love

Assalamualaikum peepers...

“Amboi Kak Farah, sekarang ini kemain ya”

Amboi, awak sekalian itu yang kemain.

LOVE IS IN THE AIR~

Malangnya post kali ini bukan nak sebut pasal kisah cinta yang menyayat hati macam Love You Mr. Arrogant itu.

“Tengok juga cerita itu Kak Farah?”
And the answer is NO.

“Habis itu nak cerita pasal apa ini? Is it about yours?” And the answer is partially yes and no.

It's not about that kind of love that you're thinking of right now *I can read your mind*, it's about...

SAHABAT

“Boring”

“Say what?”

Banyak sangat merepek ini. OK! Tiba-tiba masa tunggu ayah tadi, tiba-tiba teringat seorang kawan ini. Perempuan OK perempuan. Kawan seperjuangan di PASUM. *Ececeyh, ayat BM, mentang-mentang hari ini calon SPM 2013 jawab paper BM *
Kenapa tiba-tiba teringat? I'm still trying to resolve it, why? Payah nak jawab. Pertama kali jumpa, tak berani nak tegur. Bukan sebab saya ini tak cuba untuk jadi peramah, tapi memang salah sayalah kot.

My first impression towards her is that “Budak ini mesti sombong punya ini. Malaslah nak tegur.” 

Amboi, sesedap rasa semanis kurma je cakap orang macam itu kan. Because, that's the power of one's facial expression, kalau awak senyum, that would be better.
Selepas itu, Allah nak saya jumpa dia lagi. Hari-hari jumpa. Kenapa? OK ini tak boleh bagi tahu. Secret. Nak tahu kena jadi kawan saya dulu! Lama-lama jumpa, lama-lama kenal, banyak kali bercakap dengan dia, she's totally awesome! Serious baik walaupun facial expression dia still the same. And maybe she's from some kind of high-social-status family, nampak je sombong tapi tak!

“Farah kawan dengan dia? Dia itu ok ke? Nampak macam sombong je.”

Even some of my friends asked me that kind of question. Tapi saya rasa senang berkawan dengan dia. Tak pernah pula dia cakap sesuatu yang menyakitkan hati atau menyombong diri. Sebab itu orang tua-tua ala-ala Western cakap ‘Don't judge a book by its cover’.

Life and friendship are somehow like a bulb of an onion. Though from the outside, it does looks rotten and may harm its eaters but, if you try to peel it, one by one, you'll see that it's not that bad and still can be used. And make your cooking more delicious. Right?

P/s : Thank you for lending me your **********. Love you ^^

بارك الله لك

السلام عليكم

Sunday, October 27, 2013

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part II (Budaya)

Assalamualaikum peepers,
Hari ini sis rasa nak cerita lagi how wonderful PASUM is to me . Well, tak kenal maka tak cinta kan?Haish, cintalah sangat itu
Farah~
First nak cerita pasal budaya students PASUM. Amboi, tengah-tengah bandar pun boleh cipta budaya sendiri? Yeah!

CULTURE SHOCK!

Well to me, there's no such thing as that, here, in PASUM. Kenapa, keluar jalan-jalan dengan kawan itu biasalah. *But please jaga ikhtilat awak* Jangan mengada-ngada nak tengok midnight bagai. Tengok Running Man dalam bilik tengah-tengah malam tak apa. Itu boleh dimaafkan. Memang, I do admit gate UM will always open, no ‘curfew’, but please be wise in everything you do. Almaklum, keselamatan kita sekarang sudah mula dicerobohi oleh insane people. Right?Yang penting jaga Mr. Imaan
dan Ms. Taqwa baik-baik

USRAH

Serious rasa hati kita kosong dan mati kalau tak join Islamic activities, eg. Usrah and Halaqah. Kadang-kadang, PMIUM selalu anjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik. Lainlah kalau macam sis ini, setiap minggu balik, memang tak dapatlah nak join kan. Boleh kira guna jari bila stay UM. That's so me. Why? To me, going home, meeting my parents do reduce the stress as a Pasumian.

EXAM !

Kalau nak exam, mulalah library UM dipenuhi dengan students PASUM. Lepas exam? MidValley yang penuh dengan students PASUM! OK joking. Time exam inilah korang mungkin akan ada masalah perhubungan dengan kawanlah, floormatelah, groupmatelah etc. As everyone was under the pressure people.  Stay strong. Kadang-kadang rasa sunyi bila roommate pergi study dekat library dengan groupmates dia. Me? Kenapa tak pergi study group? Hummm. Not used to it. Sudah biasa belajar sendiri-sendiri. Ex-daily school students lah katakan. Dulu dekat rumah mana ada kawan nak belajar sama, kadang-kadang je join classmates. Tapi, pintu bilik C108 sentiasa terbuka untuk bertanya dan ditanya. Hidup berjiranlah katakan. *Sayang floormates sangat-sangat sebab banyak membantu* Tips untuk exam? Jangan terlalu berharap pada lecturers awak ya. Belajar sahajalah. Look on to your tutorials and past years questions. Kalau boleh buat tutorials insyaAllah, final exam would be something like.....easy? Jangan tiru saya, sudah final baru tahu exam based on tutorials. Humph.. Fine, sem 2 ada lagi. Just wait and see PASUM!

LECTURES & LECTURERS

Mungkin ramai yang mengeluh, tak faham apa yang mereka sampaikan. But please hang on, don't give up. Benda itu sebenarnya kita sudah ada basic dia, just polish things up. InsyaAllah.
Kalau awak belajar benda yang samaitu bukan belajar namanya. Makin lama makin susah. That's learning”-AP Prof Asmaa
Macam-macam ragam awak boleh tengok dalam auditorium nanti, ada yang tidur, ada yang main candy crush, ada yang dengar lagu, anything, just name it. Tapi jangan terpengaruh pula, stay focus! Sebab kadang-kadang ada yang lecturers sampaikan, sangat penting untuk exam.
Lecturers semua sangat baik, tak sombong, tapi kalau awak tanya soalan yang dianggap bodoh memanglah kena marah kan. Study dulu sebelum buat appointment dengan lecturers. Jangan harapkan mereka akan ajar back from zero. PASUM is not a school, it's Pre-university! Jangan bawa sangat budaya sekolah awak masuk PASUM ok? *My favourite lecturer aka my group tutor is Dr Azilah* She was totally awesome. Tak sombong langsung dan sangat sporting. Layan kerenah kami yang entah apa-apa ini.

LABORATORY PRACTICAL

Here comes the exciting part. Like, seriously... Sangatlah exciting kan~ Sebelum masuk, please make sure you are healthy and fit, eat your breakfast first people. Why? Sangat memenatkan. Running here and there especially Chemistry practical. Buat experiment sendirilah katakan. Sikit-sikit tanya kawan atau demo macam mana nak buat. Masalah besar kalau demo awak garang. It was totally chaotic.  Kalau barang tak pernah dipecahkan semasa dalam lab, then you are awesome~ Saya yang punya berhati-hati ini pun pernah terpecahkan thermometer and it's containing mercury people mercury. Heavy metal baq hang. Nasib abang dekat lab tu tak marah sangat, just kena ganti dengan duit ja. Alhamdulillah. Lab Biology? Relax~ But you need your drawing skill here crucially. Physics pun relax lah juga sebab buat dalam grouplah katakan.

LOVE IN PASUM

Sebenarnya saya tak bolehlah nak cakap yang bercouple itu cinta. Sebab, kalau awak betullah cintakan orang itu, awak tak akan nak bawa dia kearah zina kan? Nauzubillah min zalik. Awak mungkin nampak orang dok berkepit ja 24/7 and sometimes, you do find it annoying. *Semoga mereka dikurniakan kesedaran daripada Allah* I do admit, bila awak nampak someone who is maybe attractive to you,
*ehem ehem. minta baldi sebab nak muntah sekarang
* dalam auditorium especially,ramai kan? Cuba awak tajdid niat. What is my main purpose for coming to PASUM? Is it seeking for your future soulmates or studying lillahi ta'ala? *Please don't answer both* Kalau memang itu jodoh awak, don't worry dear. Perancangan Allah itu lebih baik dan sempurna. Just focus studying, give some happiness to your parents for growing and taking care of you all this while by getting good result in exam. You know that appearance is deceiving right?
Jaga mata awak ya dalam audi/dku. Kalau boleh tak payah pandang pun side lelaki itu, or else.
Bahaya ok, boleh fatal. Nak admire sekalipun jangan beri tahu orang lain atau conteng dekat attendence sheet.
Malu ok malu. Humph.

BIRTHDAY PARTY

Kalau sebut birthday party mesti ramai yang dah tahu apa akan berlakukan?
Prank? Exactly. Setiap masa awak akan nampak students kena campak dalam tasik KK12 and that's their most favourite thing to do for birthday celebration. Setakat saya tak kenalah kot. Berani mereka? Asah parang siap-siap.
Sudahlah tasik itu banyak ikan, busuk pula, kadang-kadang ada yang phone rosaklah, yang bukan hari jadi dia pun terlibat sama. Macam-macam mereka ini.
I think that's all for now. Part 3 insyaAllah sem depan with lots more excitements await you. Jogathon, Malam Emas, etc. InsyaAllah kalau Allah beri saya hayat lagi untuk merasa semua ini. Pray for me peepers.
Assalamualaikum.
P/s : Nak tahu lagi macam mana rasa jadi student PASUM? Do come and join us. Setahun tak lama sayang-sayangku sekalian. You can make it through. Anyway saya salute dr ikhwan.

Saturday, October 26, 2013

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part I (Starting Point)

Assalamualaikum peepers,

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar..
Bukan susah nak ajak orang bertakbir sama kan? Rasa bersemangat sangat malam ini nak merepek-repek. Melalut sampai pagipun boleh. Kenapa jadi macam ni? After months, forgot my password people. Have to reset it all over again.

For your information, I've just finished my Semester 1 Final Exam.
"Kak Farah belajar mana sekarang?"
Allah, lupa ceq nak habaq. Look up to the title of the post. Pemalas punya pasallah ini.
Alhamdulillah, sebenarnya dulu FHJ dapat merasa kejap jadi PETRONAS scholar tapi jodoh lebih kuat dengan PUSAT ASASI SAINS UM. Mesti ramai yang raa macam "Ruginya keluar" , "Kalau teruskan scholarhip dekat UTP itu memang dah sah-sah dapat kerja dengan Petronas then tak payah fikir pasal kena bayar balik pengajian", etc. I've heard a lot. 

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)


 At first, I do have the same thought as you guys, but, I've made my decision, with the help of The All-knowing, to quit from being a PETRONAS scholar and came to PASUM to further my studies in Foundation of Science and later, in Bachelor of Dental Surgery in UM, insyaAllah, if He wills it.

SubhanAllah, let's start how on Earth I was selected to come to this 'creepy' place, well, back then, KK12 was just like a haunted mansion to me.

My beloved C108, KK12
As usual, typical Malay SPM candidates, looking for a fast track to succeed and become a degree holder asap. OK. Maybe I'm the only one who have that kind of thought. As someone, who was just studying in a daily, coed school, I do feel that it is impossible, to study among those ex-boarding school students. Well, I do admit that they are brainy at the first place. If you are having that kind of dream, to be part of Pasumian for the next batch, do proceed with it. InsyaAllah, if you're having high determination aiming high grades for each test or exams, you will achieve it, if and only if you work hard day and night (gifted students are exceptions). Choose PASUM as your first choice while completing your UPU application form.

Then, if you're selected for interview, that means you're having 99.99% to be part of Pasumian. Well, I think so. Just, maybe a few of you won't make it, to be shortlisted.

First week to be part of Pasumian, as usual, it's going to be orientation week or so call Minggu Haluan Siswa. Guest what? I've been through two weeks of orientation week, first in UTP (Minggu Aluan Siswa) then on the second week was in PASUM (Minggu Haluan Siswa). I can say that MHS was more relaxing than MAS. Mas was torturing us, like, hummm. What an experience. But I do enjoy both.

The best part of MHS was dancing Xi Shua Shua and Gummy Bear maybe? And the facilitators were so nice to us, totally awesome, especially Muz Marz with The Z. They share their experience as most of them were 4 flatters. Last day of MHS? It was Malam Persembahan something *I don't remember it specifically* and the performers were all Pasumian students who were luckily picked *there will be a form for you to list down your talents and experience in school during the early days of MHS* a.k.a. KASPER.
Biology lab session
























With some of my groupmates, iftar together


Activities during Ramadan al-Mubarak



First two weeks of only lectures? Heaven. Seriously, do enjoy this moment before your tutorials, test, lab practicals, PASUM activity day etc started. Here are the subjects that you're going to study, for Asasi Sains Hayat/Fizikal. Asasi Alam Bina? I don't have any idea about that, sorry.

SUBJECTS FOR ASASI SAINS HAYAT/FIZIKAL


SEMESTER 1

*FJAX0111 (Algebra and Geometry)
*FJAX0112 (Calculus)
*FKAX0111 (Basic Chemistry 1)
*FKAX0112 (Basic Chemistry 2)
*FMAX0111 (Basic Physics 1)
*FMAX0112 (Basic Physics 2)
*FB0120 (English for MUET)
*FX0111 (Self DevelopmentCourse)
@FQAH0111 (Cell Biology)
@FQAH0112 (Reproduction, Ecology & Development of Organism)
#FJAF0111 (Vector)
#FJAF0112 (Computer Science 1)

SEMESTER 2

*FJAX0113 (Algebra & Calculus)
*FJAX0114 (Statistics & Probability)
*FKAX0113 (Basic Chemistry 3)
*FKAX0114 (Basic Chemistry 4)
*FMAX0113 (Basic Physics 3)
*FMAX0114 (Basic Physics 4)
@FQAH0113 (Physiology of Organism)
@FQAH0114 (Genetics & DNA Technology)
#FJAF0113 (Computer Science 2)
#FJAF0114 (Engineering Mathematics)

Key :
* For both foundation programs
@ For Asasi Sains Hayat
# For Asasi Sains Fizikal

HOW YOU WILL BE TESTED?

BIOLOGY

10% - Tests (Alternately for Biology 1 and Biology 2 every week)
10% - Lab practical *Do your reports and drawing. Don't cheat/copy from your friends. Marks will be deducted if founded 'guilty' by the demonstrators.
20% - Mid-sem
60% - Final exam

PHYSICS

10% - Tests (3 tests for Phy 1 and 3 tests for Phy 2)
10% - Lab practical *You will conduct the experiment in a group of 4-5
20% - Mid-sem
60% - Final exam

CHEMISTRY

10% - Tutorials (Some of your tutorials will be selected randomly to be marked. Well, this time you can be a copy cat but make sure that you understand what you are copying)
10% - Lab practical *You will conduct the experiment on your own. ALONE! Prepare your report (except the results and discussion before coming to the lab)
20% - Mid-sem
60% - Final exam

MATHEMATICS

20% - Tests (4 tests for each)
20% - Mid-sem
60% - Final exam

FINAL EXAMINATION RESULT

*For PASUM, all the 4 subjects will be included in the calculation
*For UPU application, only 3 best subjects will be included in the calculationand Mathematics is compulsory.

Final Examination!!!


GRADING SCALE

A [76-100]
A- [72-75]
B+ [68-71]
B [64-67]
B- [60-63]
C+ [55-59]
C [50-54]
C- [45-49]
D+ [43-44] ... All this may varies, depends on PASUM.

UM  Exam Hall, it took me 15 minutes to arrive here from KK12


Last but not least, don't be afraid of the exams as it is not as terrible as it may seems. InsyaAllah, if you do your tutorials well, revise what you have learnt, focus during lectures as tips may be given during that period.
I still have my notes with me, if you want it, then do tell me. Muehehehe. Yikes, it's already 1.10 a.m. people.


Enjoy KK12 scenery

LIVE WELL.LAUGH OFTEN.LOVE MUCH

P/s : I'm listing down the activities that I should do during my 3-weeks-holiday. Yeeehhhaaaaaa. Do pray for me, final results will be release approximately in 2 months time. LOVE YOU!



Assalamualaikum.



Antara FP semasa MHS

Monday, April 08, 2013

Extravagance Defines Moi

Assalamualaikum peepers.
Ini apa pasal tetiba tulis Moi ini. Aduhai FHJ. Anyway Moi is me in French. *Guna Google Translator sudah? Apa susah? Technology peepers, Technology. Humph, snobbish nya.

"Adik ini, kalau ada suami, bankrupt tau bankrupt" - Salt Daddy

Apa-apa sahajalah. Hey. Saya suka ambil barang tau. Unintentionally, TER ambil ini dan itu masuk ke dalam troli Econsave itu. *Saya BUKAN nak promote Econsave hoh. And actually, mostly, I can say that 90% of goods in the trolley are FOOD !

Some things that MUST BUY foods are :
"Yakult" , "Prego & Vermicelli" , "Beras" , "Yogurt" , "cereals" , "chocolate" , "bread" , "mini bahulu" , "drinks"...
and actually many more. Just can't list it  out. From one lane to another. Station to station. Pekerja Econsave dah masak goreng dan hangus kut muka comel ni? Err =.= Giddy mucho.
And Alhamdulillah, amazingly, berat saya turun from (%)^& kg to 51 kg. Ramai tak percaya saya 51kg because they expect lesser than that. Ahaks. Bangga kejap. Tak adalah bangga, haish, astaghfirullah FHJ. Control kebanggaan kamu itu sikit. Fyi, the receipts are always more than half a metre. Dan tak pernah kurang daripada RM 3++.++ . Mereka semua kata saya sotong. You know that Ms Octo Octopus.
My hair may looks like that heh? NO! My hand looks like that, Shup Shup Shup


Other fact " I L.O.V.E. ONLINE SHOPPING, I'M ADDICTED TO IT, AND I KNOW IT"
Bukan apa, billa nampak sahaja baju atau tudung yang cantik dengan FB itu, terus sign in CimbClicks *online banking. Bagus kan? Sebab itulah kot saya sign up online banking. My sister realize the reason why. Sememangnya famili lebih mengenali kita kan?

" Chu, asyik beli online ngan pos laju je Chu, duit bank kot kosong" -Mom

"Yalah Mak"

But actually, I keep on doing it until I feel like, "Ok, Dah tak ada duit lagi rasanya"
In the mean time, searching for other alternative on how to get those beautiful hijab and dresses a.k.a jubah. Masuk contestlah apa lagi. Mostly, the contests were about drawing, photo editing, designing. Today, was my first time, winning a contest. Bayangkan, just need an editting skill to make a logo and what did I get? Jubah ok Jubah! Sangat berbaloi ok. Just sitting in front of the laptop and by using picasa, etc etc, Wallah. Yeay, Alhamdulillah Ya Rabb.Gunakanlah bakat terpendam yang dah lama membasi dalam diri ini kan?

MELUKIS.

Sudahlah masa upper form tak ada subject melukis. Saya tak Ambil lukisan, kalau tak insyaAllah dapat A+ punya kan? Well. Started from hobby. Same goes with Online Shopping. Mula-ii 'hobi' but ends up with 'addiction'. Saya rasa, kali ini paling lama saya pakai Sony's U5i kut. 2 years. Selama ini, telifon, setahun sekali tukar. Kononnya rosak. Alasan beri dekat mak saya sebab mak saya memang tak suka saya belitelifon baru. Padahal rosak sikit sahaja kut. Tapi sekarang ini memang rosak betul, memory lost, walaupun dah delete kandungan-ii telifon yang tak penting. No sms, call. Sedihnya. I need a new smart phone tapi mesti mak marah punyalah. TAKUT! First time takut dengan mak sendiri kut.

Kenapalah instinct wanita terlalu kuat dalam diri saya ini? Nampak tudung, abaya, kasut, mata buntang terus kot. Tak tahulah kerja nanti macam mana. Takutnya Ya Rabb. Bila nafsu menguasai, mungkin gaji saya akan habis macam itu sahajalah kot. Makan nak sedap selalu. But the best way about me being spendthrift, I don't seek for branded stuff. Nameless is okay, just seeking for the quality. But if it is related to gadgets and technologies,  I HAVE TO ! Branded gadgets give me confidence and guaranty about it's quality level. That's my opinion, not really you must accept it though.

P/s : Anyone, do me a favor. Treat me? *Krik…Krik…* muslimahdressshop.blogspot.com chaebal~

Friday, January 18, 2013

I'm Not 100% Ms Arrogant

Assalamualaikum beautiful and amazing peepers.
I've experienced the situation that I haven't imagine before. Jadi Che' Gu gitu lorh. Seronok juga, mengajar 5-6 calon SPM 2013. Hebat! Baru awal tahun mereka dah bersemangat buat study group. Rasa kekurangan pula pada diri sendiri, dulu masa mula-mula masuk Form 5 memang masih dalam mood honeymoon. *Tak adalah honeymoon sangat sebenarnya. Masa baru-baru masuk Form 5, sememangnya dah mula tidur lambat. Paling cepat pun pukul 11. Memang dah jadi rutin, tidur agak lambat dan study last minute. 

"Physics lagi senang daripada Chemistry, English lagi senang daripada Bahasa Melayu"

Dear juniors, that statement is a fact okeyh! Seriously, Chemistry is fun but too much facts to be memorize. Chemistry memang salah satu subject wajib yang dibaca last minute. Pasal BM pun, it's a freaking fact. Bayangkan, BM kena buat karangan 5 pages + + okeyh. Bukan - - . Kalau English, dua pages pun dah cukup bagus dah tu.

"Saya ingatkan akak sombong sebelum ni"

Ok. Shocking statement. And I was like, SERIOUSLY ? But I do admit, memang ramai juniors yang jarang tegur saya kalau terjumpa dekat mana-mana. Mungkin muka saya selalu nampak serious je kut. Atau mungkin saya ni 'nampak pendiam' kut. Tak apa, jangan rasa bersalah cakap macam tu ok? Kakak senior mu ini open minded orangnya. *Sebenarnya memang ramai yang dah cakap macam tu sebelum ni* LoL. OMO. Once you get to know me, you'll realize how talkative I am in person. Lepas ni nak buat poll lah, haha, nak tengok ramai tak yang fikir saya ni sombong.

"Ya lah, selalu kitorang lalu depan kelas 5 Science, selalu nampak akak diam and serious je. Tu yang kami ingat akak sombong tu"


Studying is also my responsibility.
There are differences between being snobbish/arrogant and shy. Orang yang malu ni selalunya pendiam. Tak banyak cakap. Tapi dengan orang yang dia kenal, tersangat kuatlah bercakap gamaknya. Tapi selalu senyum bila jumpa orang. Bila terserempak dengan cikgu, selalu bagi salam dan senyum sepenuh hati. Tapi kalau orang sombong ni pula, pandang orang pun tak mahu apatah lagi senyumkan ? Suka bergaul dengan kawan-ii yang high class je. Tak suka langsung keluar dari kelas. Pandang orang pun dengan ekor mata je *jelingan manja, menusuk ke kalbu ku* OMO. Ada nampak kegedikan di situ FHJ. Enough Enough and Enough. Insya Allah, bila dah kenal saya, sangat mudah nak classify saya masuk group mana. Group 1= Ms Arrogant or Group 2 = Ms Shy Shy Cat. Meoowwww ~~~ 


Muslimah itu,
Bila tegas digelar singa,
Bila tidak senyum di panggil warden penjara,
Sedangkan kalian tidak tahu,
Kami ini bukan sombong,
Cuma memelihara malu.
Tidakkah kalian tahu,
Jika kami mampu menggetarkan hati kalian,
Kalian juga mampu menggetarkan kami,
Maka kami menjaga diri dan hati,
Dari menjadi bahan api neraka.
Muslimah itu pemalu,
Jangan dipujuk kami dengan janji-janji manis,
Jangan diduga perasaan kami,
Kami takut pada Ilahi,
Maka kami menjaga diri dan hati.
‘Jika tidak malu, maka perbuatlah sesuka hatimu’ -Al-Hadis


Dalam kelas memang kakak diam. *blushing-ii* Sebenarnya, tu kalau akak tengah mengantuk je tu. 70% of my time in class = sleepy. Mungkin sebab akak selalu tidur lambat. Almaklumlah, kerja tertangguh, tak siap, perlu hantar secepatnya, etc. Cuba masuk kelas masa akak tengah hyperactive, memang terkejutlah kan tengok perangai akak yang kononnya pendiam ni. Setiap meja akan terima lawatan YB ni. Makan dalam kelas NO. 1 ! *Jangan tiru aksi ini. Bahaya jika cikgu anda bawa rotan*

But, definitely, I need time, like a week maybe, to get close to somebody. Haiya, orang muda-ii kata, "tak kenal maka tak cinta" .Chewah. I'll try to improve that. Know what? Sebenarnya saya dah lama berangan, nak sambung belajar di universiti yang jauh dari orang yang saya pernah jumpa dan kenal. Want to start a new life. Cheerful, Smart, Beauty with brain, etc. Sangat-ii memerlukan peluang tu, want to get a new good first impressions. Bukannya saya ni menagih pujian or somewhat, cuma saya nak orang di sekeliling saya selesa. That's all. Memanglah, "Be Yourself. Don't try to change it because of others". Tapi kalau orang sekeliling rasa tak selesa dengan perangai kita, sememangnya, bak kata Hyun Ah "Change, Change, Change". Sorry, termasuk sudah ke-kpop-an nya. Itu lagi satu. Let me do a correction here. I'm not addicted to South Korea, it's just that I'm interested to their songs, culture and mainly to their dramas. That's all.

 Anyway, it's fun to be a teacher. I feel good~~ just by delivering the knowledge that I obtained. Cikgu Geografi saya pernah cakap,

"Jadi seorang guru, selangkah kaki sudah melangkah ke syurga" 

Don't know how far it is to the truth. Mungkin betullah kut,


Dalam kitab Shahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadits dari Hajjaj bin Minhal dari Syubah dari Alqamah bin Martsad dari Saad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,
        خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .
            Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.



P/s : Enough with the typing thingy. I've driving lesson early in the morning. Sleep dear peepers. Dear adik junior, sayangi kakak junior mu ini. Ahaks. Kakak tak sombong langsung tau. Love you. Pray for you guys, Straight A's in SPM 2013. Bak kata Cikgu Azimar kesayanganku "Do the best and Allah will do the rest" Keep on studying and don't look back at the past. XOXO



Peace be with you                                                                                                  السلام عليكم

الفرح

Sunday, December 30, 2012

Arabic Terms : Language of Jannah


1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu 
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami