astaghfirullahalazim. huh. sebelum taip apa-apa hari ini saya istighfar dahulu ? kenapa? sebab saya baru jumpa sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah dan buruk sangka orang. walaupun kita berniat baik, hanya Allah yang dapat mengetahui kebenarannya. bukan manusia kerana setiap orang ada perasaan waspada dan lebih teruk lagi buruk sangka. kadang-kadang, bergambar dengan kawan sendiri pun sudah dipandang serong. please lah.
sekarang, cuba kita lihat cermin, eh bukan, monitor dan seterusnya buat refleksi terhadap diri sendiri. apa usaha kita untuk mengelakkan diri daripada fitnah?
sekarang, cuba kita lihat cermin, eh bukan, monitor dan seterusnya buat refleksi terhadap diri sendiri. apa usaha kita untuk mengelakkan diri daripada fitnah?
- memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. macam mana nak tahu pakaian kita itu sudah cukup menutup aurat? tanya diri anda, pakaian yang kita sedang pakai itu boleh dipakai untuk solat atau tidak? kalau ya, alhamdulillah. kalau tidak? betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. insyaAllah, maruah terjaga, fitnah pun kurang. orang yang nak fitnah kita itu pun bakal berfikir dua kali sama ada tuduhannya itu berasas atau tidak.
- bercakap dengan sopan dan berfikir berkali-kali sebelum bertutur. cakap juga jangan dengan suara yang melentok-lentok tetapi perlu jelas. kalau pendengar tak dapat dengar dengan jelas, pasti diorang buat anggapan yang lain daripada apa yang kita cuba nak sampaikan. bila perempuan bercakap mendayu-dayu dengan lelaki yang ajnabi, orang akan fikir kita ni nak jual minyak urat pula.
- jaga batas pergaulan terutama dengan ajnabi - orang yang dianggap sebagai orang asing. tiada pertalian darah apatah lagi mahram. jaga batas pergaulan? perlu buat tembok ke bila nak bergaul ataupun berkomunikasi dengan mereka? bukan macam tu. maksud saya, bina tembok keimanan di dalam hati dan kawal perasaan anda. IM Asyraf " Orang yang berjubah putih, bertudung labuh pun tidak dapat mengelakkan diri daripada perasaan cinta, so be careful".
- tingkatkan amalan sunat tetapi hal ini datang selepas amalan fardhu disempurnakan. amalan sunat yang dilakukan mestilah secara istiqamah - iman akan bertambah [SPM ..hum. msuk pasal exam lagi. haiyoo]. amalan yang kita lakukan ini bukannya untuk menunjuk-nunjuk tetapi ikhlas. berdoa kepada-Nya supaya kita ini dilindungi daripada fitnah dan sikap jahiliyyah.
- amalkan nasihat mak. kenapa seorang mak? beacause she knows the world better than us. walaupun kita hidup tidak sezaman dengan mereka, nasihat seorang ibu itu semestinya 99.99% menuju ke arah kebaikan. trust me. kongsi masalah dengan mereka walaupun mereka mungkin tiada jawapan kepada permasalahan kita itu.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
كتب على ابن آدم نصيبه من الزنى. مدرك ذلك لا محالة. فالعينان زناهما النظر. والأذنان زناهما الاستماع. واللسان زناه الكلام. واليد زناها البطش. والرجل زناها الخطا. والقلب يهوى ويتمنى. ويصدق ذلك الفرج ويكذبه
Setiap anak Adam telah mendapatkan bahagian zina yang tidak akan boleh dielakkannya. Zina pada mata adalah melihat. Zina pada telinga adalah mendengar. Zina lidah adalah berucap kata. Zina tangan adalah meraba. Zina kaki adalah melangkah. (Dalam hal ini), hati yang mempunyai keinginan angan-angan, dan kemaluanlah yang membuktikan semua itu atau mengurungkannya”[Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Shahihnya hadits no. 6612 dan Muslim hadits no.2657. Lafaz di atas adalah yang terdapat dalam riwayat Muslim ]