Assalamu'alaikum bakal bidadari bidadara syurga yang Kak Farah sayangi sekalian.
"Mula-mula lagi Kak Farah dah sebut bidadari, kenapa? Apa special-nya bidadari?"
"The truth is... post kali ini lebih kepada perigatan untuk adik-adik perempuan, tapi kalau lelaki nak baca pun tak salah. Mana tahu, nanti senang kalau adik atau kakak (or maybe wives to an extent) tanya pasal menses / haidh kan?"
Basically, ada tiga jenis darah yang keluar dari faraj perempuan dan setiap daripadanya terdapat hukum masing-masing, ie.
"Mula-mula lagi Kak Farah dah sebut bidadari, kenapa? Apa special-nya bidadari?"
"The truth is... post kali ini lebih kepada perigatan untuk adik-adik perempuan, tapi kalau lelaki nak baca pun tak salah. Mana tahu, nanti senang kalau adik atau kakak (or maybe wives to an extent) tanya pasal menses / haidh kan?"
Basically, ada tiga jenis darah yang keluar dari faraj perempuan dan setiap daripadanya terdapat hukum masing-masing, ie.
- Haidh
- Nifas
- Isihadah
Haidh
Ialah darah yang keluar dari tempat paling dalam rahim perempuan secara kebiasaan, bukan kerana sakit atau beranak.
Minimum Umur Haidh
Darah haidh keluar dari faraj seorang perempuan pada umurnya minimum 9 tahun hijriyyah ataupun 15 hari sebelum sampai umur tersebut. Oleh itu, jika dia melihat darah pada umur 7 atau 8 tahun, darah itu bukan darah haidh, tetapi darah tersebut keluar disebabkan penyakit dan hanya perlu beristinja'.
Warna-warna Darah Haidh
Haidh boleh dilihat dalam 5 warna:
- Paling kuat > merah kehitaman (hitam akibat kepekatan warna merah tersebut)
- Diikuti dengan merah
- Kemudian merah cair (pink)
- Kemudian kuning (lemah)
- dan paling lemah, warna tanah (coklat cair)
Warna-warna bukan haidh:
- Hitam asli/tiada merah langsung
- Hijau
- Putih
- Coklat gelap
Tempoh Maksimum Haidh
15 hari
Tempoh Minimum Haidh
Satu hari satu malam (24 jam) bersambung atau putus-putus DALAM LINGKUNGAN 15 HARI. Kebiasaannya: 6-7 hari
Normally, haidh akan berterusanlah kan sampai hari ke-6 atau ke-7.
Pernah dulu Kak Farah tanya soalan masa kelas pasal Haidh ini, almaklumlah kita ini dulu budak sekolah biasa je, kurang sikit pendedahan dengan ilmu-ilmu macam ini, padahal kegunaan ilmu tersebut sama tara kepentingannya untuk semua orang tanpa mengira latar belakang sekolah kan?
"Kalau haidh putus-putus ini, macam mana dengan solat, puasa, etc? Sebab kita pun tak pasti itu darah haidh ke tak."
Then Ustazah itu balas, "Selepas kita pastikan sama ada itu darah haidh atau tak, baru kita decide. Contohlah, darah yang keluar itu bukan darah haidh, sebab tak sampai kita bersihkan macam biasa, then qadha' solat kita"
Tempoh Minimum Suci Antara Haidh
15 hari (hari terakhir pendarahan sehingga hari pertama pendarahan untuk kitaran berikutnya) dan tiada had bagi maksimum suci.
Cara Mengetahui Haidh Sudah Berhenti
Untuk mengetahui darah haidh sudah atau belum berhenti, masukkan sekeping kapas putih atau tisu pada bibir faraj, jika tiada darah kelihatan, maka ia sudah berhenti.
Nota Tambahan:
- Apabila seorang perempuan melihat darah, selepas melepasi tempoh minimum suci, berhenti solat. Dia tidak perlu tunggu sehingga 24 jam baru berhenti solat.
- Walau bagaimanapun, jika darah berhenti sebelum sampai 24 jam, itu bukan darah haidh, sebaliknya ia darah penyakit dan dia tidak perlu mandi wajib selepas itu. Dia juga wajib qada' solat yang ditinggakan dalam tempoh tersebut.
- Setiap kali melihat darah, dia hendaklah mengambil hukum mengikut situasi. Pada mulanya dia mengambil kira sebagai haidh, apabila darah berhenti, dia solat dan apabila darah datang semula, berhenti solat dan ini berterusan sehingga mencapai tempoh minimum haidh iaitu 24 jam. Pada saat itu, dia mengetahui bahawa keseluruhan tempoh itu ialah haidh.
Nifas
ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak. Ianya merupakan darah yang keluar mengiringi pengosongan rahim daripada janin.
Tempoh minimum nifas: Satu saat/seperludah
Tempoh maksimum nifas: 60 hari
Tempoh kebiasaannya nifas: 40 hari
Nota Tambahan:
Minimum suci antara haidh dan nifas ialah 15 hari (dalam lingkungan 60 hari), kecuali jika nifasnya 60 hari, kemudian dia lihat darah baru keluar sebelu lepas 15 hari suci, darah baru ini dikatakan haidh.
Istihadah
Darah yang keluar dalam tempoh suci, bukan masa haidh dan bukan pada masa nifas. Ia keluar dari saluran darah dari dalam rahim.
Jika darah melebihi 15 hari dalam waktu haidh atau 60 hari dalam nifas, darah tersebut dinamakan istihadah dan perempuan tersebut dinamakan mustahadah (terbahagi kepada 3 jenis - Mubtada'h, Mu'atadah, Mutahayyirah, lebih baik bertanyakan kepada orang yang lebih arif sebab Kak Farah masih dalam proses memahami dan mengingati)
بارك الله لك
السلام عليكم
السلام عليكم
P/s: Maklumat diambil daripada nota kelas yang Kak Farah pergi masa semester 1, punyalah berwaspada, in case nota kita hilang, blog kan ada :)