Wednesday, April 09, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part VI (End Point)

Assalamualaikum cinta.

“Hyperbola lah Kak Farah. Sengajalah itu nak ambil hati sebab dah lama menyepi.”
“Hummm. Kalau dekat PASUM dulu ada orang yang pandai jawab salam macam ini"
“Waalaikumsalam rindu"

Tak apalah, abaikan kisah romantik kami rakan sekelas tutorial. Well, I've been ‘busy’ for these past few weeks. Final, acceptance test, interview, etc. Sememangnya kehidupan seorang manusia yang bermatlamat tidak sepatutnya ada perkataan ‘boring’, kan? Husnul khatimah InSya'Allah...
Macam biasa tadi baru mukaddimah. *Kalau tulis novel ini kalah ketebalan Harry Potter* Tapi tadi ada sebut pasal husnul khatimah kan? Mengikut ilmu yang tak seberapa ini, khatimah bermaksud pengakhiran. Di sini, di blogosphere yang hina ini, saya ada sedikit pengumuman,

“Saya dah habis PASUM!!!”
“Kak Farah ini, dah habis PASUM macam dah naik roket tawan angkasa lepas.”

OK fine!
Tapi bila sudah habis PASUM ini, macam-macam fikir. Mungkin sebab kapasiti otak dah banyak delete.
After for almost 1 year, maybe this is the turning point of my life. Not really my life I guess. Being a Pasumian is like gaining my latent heat, changing from phase A to B. From being a naive girl who knew nothing about survival to someone who is... *actually I just don't have any idea on how to describe myself* 

Once UM, always UM

Kenapa PASUM? Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Positive sides...


  • Dapat jumpa manusia yang seriously pelbagai ragam. Bekas pelajar SMA, SBP, private school. Sememangnya sekolah memang memainkan peranan dalam membentuk seseorang. But this doesn't apply to ALL students for sure.
  • Tidak payah fikir benda yang merepek-repek. Terlibat dalam aktiviti dah dapat merit untuk Kokurikulum. Sillibus? All Science subjects. English dan lain-lain tak masuk dalam CGPA pun.
  • Soalan bocor untuk final? Kami tidaklah semurah itu! Tips will definitely be given by lecturers
  • Ada tutors tempat mengadu nasib. Tapi tak semua orang memanfaatkannya.
  • Semua students PASUM dapat duduk di KK12 yang selesa dan sangat best! Easy access to your friends' room right? *I mean of the same gender* Ada tasik tempat dating dengan roommate / floormates. Ada cafe yang besar berbanding KK lain.
  • Rules? Tidak sebanyak other matriculation college. Nak pergi kelas, asalkan baju formal, kasut bertutup kalau kelas di Kompleks PASUM yang tersergam indah, and that's it. Kalau boleh pakailah Student card.
  • Exam based on what we have studied before. Kalau boleh buat tutorial, InSya'Allah final pun boleh.
  • Banyak peluang untuk join usrah, halaqah, riadah, etc tanpa paksaan. Walaupun tanpa paksaan, kita sendiri kena paksa diri kita sendiri untuk jadi lebih baik!
  • Tidak ada limit masa untuk balik KK12/UM. Sebab itu jugalah family suka hantar saya balik lepas Maghrib. Dan tidak ada sekatan nak balik rumah bilapun. Setiap minggu? No problem! Like Kak Farah kan...
  • Amenities? Banyak sangat. Tapi nak highlight kan dekat KK12 ada dobi *never been there anyway*. Mesin basuh every floor ada, exception untuk floor Kak Farah (Floor 1) *serious sedih*
  • Semua bilik tutorial, lecture hall, and most lab are air-conditioned. Tu diaaaa.... Heat pump using heating mode baq hang. Selesa sangat. Jadi apa alasan untuk ponteng? Nahi!
  • Untuk Final, satu hari satu paper. Capacity otak mungkin boleh recharge diacharge each day lah kan.
  • Kuasa autonomi UM! Kalau yang memang bercita-cita masuk UM, masuk PASUM! 40% tempat dalam setiap Science-based course hanya untuk pelajar PASUM. Bayangkan untuk BDS/Dentistry tahun lepas, ada 50 tempat. 20 untuk PASUM, 30 lagi pelajar STPM. And most of them were Chinese.
  • Awak bakal belajar lebih sikit berbanding pelajar matriculation, kurang sikit dari pelajar A-level. *sikit sahaja*
  • Dapat nasihat daripada senior/alumni PASUM yang sangat hebat semuanya. Eg. many of your lecturers were the alumni. Bangga tidak?
  • Most (95%) of your lecturers have PhD. Pakar-pakar belaka, cedoklah ilmu sepuas hati awak daripada mereka.

Negative sides...


  • Kalau isi UPU, student PASUM tidak ada keistimewaan berbanding student matriculation/PALAM. Kita dianggap sama sahaja. Tapi jangan sedih, kalau dapat pointer bagus, nothing can bring you down except Him.
  • Godaan shopping benda yang tak perlu pun kadang-kadang itu.
  • Kelas sememangnya memenatkan. Dari jam 8 sampai 5. Tapi ada juga waktu yang tidak ada kelas. Depends on your lecturers and how your class rep negotiate with your tutors.
  • Serious tak banyak negative sides sebab PASUM itu sangat best! Seriously. Trust your Kak Farah!

Summary:


  • 26/5/2013 Minggu Haluan Siswa, MHS
  • 12/8/2013 Mid-sem 1
  • 14/10/2013 Final Sem 1
  • 20/1/2014 Mid-sem 2
  • 31/3/2014 Final Sem 2

Di bumi ini jugalah Kak Farah bertemu dengan Warsatul Syauqah, Perindu Syahid, Miss Diamond, Teman Yang Setia, Olaf, pemanggil setia "Hye Kak Farah", dan ramai lagi. Berputiknya cinta pada agama Allah, jatuh hati, dan bakal terus merinduinya. Di bumi PASUM yang serba kekeringan inilah, dibasahi dengan rahmat dan didiami oleh mereka yang memburu cinta Allah. Sweet kan? Bak kata Dr Shida, "Jom masuk UM!". Siapa sangka, di tengah kota inilah Kak Farah dapat menemui diri Kak Farah yang sebenar kan. Be yourself are meant for us to return to Islam, itu adalah 'Be yourself' yang hakiki.

"Habis itu selama ini diri sebenar Kak Farah dekat mana? Kena culik?"

"Main hide-and-seek mungkin. Terduduk kaku di lubuk hati." (I'm laughing while typing this. Bahasa Oh Bahasa. Well, bahasa kan jiwa bangsa)
Tutorialmates : Vida 3 ( means dearly loved in Hebrew )
Practicalmates : V1, V2 and V3



P/s : Seriously I love PASUM so much and going to miss all these kinds of things, related to PASUM.

بارك الله لك

السلام عليكم


Monday, March 17, 2014

Ilhami : Amanah Terindah

Assalamualaikum young and bright ones...

“Nak cerita pasal Kak Ilhami? ”

“Bukan! Hehe. Nak cerita pasal ilhami (ilhamku). ”

Siapa ilhami? Tapi rasa macam nak tukar kepada ilhamti. *Harap betullah grammar BA ini * Ilham kepada seorang perempuan yang sudah bergelar ibu - anak. Or maybe it should be anak-anak. Saya suka sangat bila dengar kawan-kawan saya yang ada adik-beradik ramai ini, 7, 8, 9, dan seterusnya.

Dalam hati mesti terdetik,
“Fuyoo. Ramai gila... Rumah diorang mesti happening habis. Lebih-lebih lagi kalau adik-adik mereka kecil-kecil lagi. Macam mana mak mereka ya?”

Bonda...

Sememangnya seorang mak itu jadi sangat super duper bila datang bab penjagaan ilhamti ini, mampu menjaga anak yang ramai bilangannya. Tapi macam mana dengan seorang anak? Allah...

Bila seorang ibu itu mencecah golden age mereka, lagi banyak cabaran yang bakal ditempuhi dalam menjaga ibu kita itu. Masa itulah Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana kasih sayang kita terhadap insan yang dulunya menjadi teman sejati dan pedamping sejak kecil lagi.

Kadang-kadang, pelbagai ragam yang mungkin bagi sesetengah orang agak mengada-ngada, perbuatan yang sengaja dibuat-buat untuk meraih perhatian anak-anak mereka. Sebenarnya, mereka melakukan sedemikian kerana dahagakan kasih sayang dan perhatian dari ‘at least’ seorang anak. Tapi, yang sedihnya, anak tersebut terlalu mengejar material, atau terlalu sibuk menguruskan kehidupan seharian, atau mungkin juga tidak sanggup melayan karenah ibu mereka.

Sehinggakan anak tersebut memperlakukan ibu mereka seperti pengemis, menagih simpati, memohon anaknya untuk pulang menziarahinya di kampung. Namun, kita sebagai anak telah menganggap ia sebagai satu bebanan sedangkan ibu kita dahulu sentiasa menemani kita walaupun tidak dipinta.

Hubungan ibu-anak itu macam ionic bond, menghasilkan compound yang mempunyai boiling point yang tinggi dan melting point yang rendah. If you get what I mean by the way.

Nak dijadikan cerita, kalau ada ramai anak, ranking nombor 1 doktor hingga nombor 9 yang hanya lepasan SPM, yang nombor 1 mungkin boleh memberi duit perbelanjaan setiap bulan, menyediakan keperluan harian yang lengkap, namun tidak peka dengan keperluan kasih sayang ibu tersebut. Anak nombor 9 mungkin tidak mampu dari segi material, namun mampu menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang. Nampak tak yang setiap anak dalam keluarga itu perlu ada sikap saling membantu. Bukan tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada seorang anak sahaja.

Anakanda...

Kalau tadi cerita secara ringkas mengenai amanah dan tanggungjawab seorang anak terhadap ilhaminya (ibu), sekarang kita undur ke belakang as reactions are reversible in achieving equilibrium, nak cerita amanah dan tanggungjawab seorang ibu terhadap ilhaminya (anak).

Alhamdulillah, jarang kita dengar seorang ibu itu mengabaikan amanahnya, kalau ya pun, mungkin disebabkan kesempitan hidup, sukar untuk memenuhi setiap kehendak anak-anaknya. Tapi salah satu tugas seorang ibu itu adalah mengharmonikan keluarganya supaya anak dapat merasakan kasih sayang dalam keluarga tersebut.

Teringat satu kisah, yang benar-benar berlaku. Apabila ibu dan ayahnya terpaksa membawa haluan sendiri, terpaksa memutuskan ikatan perkahwinan mereka tanpa asbab yang diketahui. Bila saya lihat anak-anak mereka yang 5 orang kesemuanya, saya terfikir, tergamakkah ibu mereka melakukan sedemikian. Tapi mungkin dia ada sebab yang kukuh mungkin. Anak sulungnya yang baru berada di sekolah rendah seolah-olah cukup memahami keadaan yang berlaku dan menjadi cukup matang dalam menguruskan adik-adiknya. Mungkin hasil tarbiyah sebelumnya.

Hati mana yang tak menangis bila melihat wajah mereka yang dahagakan kasih sayang daripada ‘sepasang’ ibu bapa. A pair of shoes... if one of them is worn out, the other one will be just meaningless. Tapi ketika inilah sokongan ahli keluarga lain sangat diperlukan.

Ketika kami melawat mereka hari itu, kami makan ice-cream sama-sama, anak mereka yang paling kecil mendekati tok wan mereka, seolah-olah meminta untuk dibelai dan dimanja. Bagaimanakah kehidupan mereka nanti? Kalau di sekolah dulu kita ada belajar mengenai novel “Step By Wicked Step” written by Anne Fine. Mungkinkh begitu pengakhirannya? Harapnya tidak...

Cerita hari ini kita tak discuss secara mendalam sangat tapi harap antum semua dapat at least main point dia - amanah sebagai ibu/anak.

“Dapat, Kak Farah. Jangan irau, pembaca Kak Farah semuanya bijak-bijak belaka.”

Alhamdulillah...

P/s : Next Saturday ada BDS entrance exam, and also wire-bending test, pray for me sayang-sayangku sekalian. Jadi lagi lagi lagi semangat bila dapat jumpa bakal doktor-doktor gigi dan Dr Firdaus di Fakulti Pergigian semalam. Then Isnin next week tu Final. Allah... Trembling as usual...


Sunday, March 09, 2014

That XY vs This XX

Assalamualaikum people.

After hibernating from this pathetic blogosphere, living with books like... *maybe you can call me nerdy till the end of this month*

“Kak Farah pun tengah confuse merepek pasal apa ini. Maaf...”

OK. Kalau bukan student Hayat pun rasanya dah sangat familiar apa itu XX dan XY. Bunyi macam hebat sangat tapi sebenarnya XX=women , XY=men. Sengaja nak apply ilmu genetic Puan Azlina dekat sini. Allah... Nak share tapi batttery phone habis, material dalam phone itu...

Loading...

Charging...

OK. Let's read! *Tolonglah excited*
Sebenarnya hari ini hanya nak share antara fakta yang Kak Farah dapat masa CSI dulu. And that was... almost a month ago. Tapi ilmu itu tak pernah basi atau decompose by microorganism right?

Scientifically, 


  • Male's brain is larger than female's by 10%, have more cortical neurons, 13% greater neuronal density than females.
  • Studies on 24 000 British students : twice as many men as women with IQ scores of 125, and 5.5 men for every women have IQ 155 ( genius ).
  • Women less in weight, height, and body organs than men by 10%.
  • Women have shorter head, broader face, less protruding chin, shorter legs and longer trunk.
  • The first finger of a woman's hand is longer than the third, it is the reverse in man.
  • Woman have a larger stomach, kidneys, liver and appendix, and smaller lungs than men.
  • Women : menstruation, pregnancy, lactation,  these functions are totally absent in men.
  • Red blood cells count in women's lesser by 20% than men.
  • Women's hearts are 25% smaller than men's, and their beat is faster ( 80 vs 72 beats/minute )
  • Lung capacity of men is 25-30% greater.
  • Men have 50% greater total mass than that of women, women are weaker by 20% relatively than same size man
  • Women account for 90% of those who suffer from lupus
  • 80% of people with osteoporosis are women

In Islam,

"Men are the protectors (qiwamah) and maintainers of women" QS [An-Nisa' 4:34]
  • Inheritance : A woman inherits half. " to the male, a portion equal to that of two females" [An-Nisa' 4:11] . This is full justice, since a man is obliged to spend his money on the household.
  • Clothing : The awrah of men and women are different,
  • Testimony : "And call uon two of your men to act as witnesses; and if two men are not available, then a man and two women" [Al-Baqarah 2:282]
  • Marital rights : Women are allwed to marry a Muslim man only. "And give not (your daughters) in marriage to disbelievers" [Al-Baqarah 2:221]
  • Travel: A man may travel without his wife or any mahram, but not women.
In cases where a distinction is made between, the Muslim should regard that as mercy from Allah and a sign of His Glorious Knowledge. A disbeliever sees it as a sign of oppression and injustice, and stubbornly insists that men and women should be equal in all aspects.

Sekadar gambar hiasan sebab suka sangat gambar ini, Kak Nisa dengan Zauj . Sebenarnya suka baju dia. OK!
B MasyaAllah House
We may be differ in many aspects, tapi perbezaan itulah yang memungkinkan kita untuk saling melengkapi, memenuhi segala ruang kekurangan diri dan mendapat sesuatu dari kelebihan sesorang itu.Allah... Tak perlulah nak gaduh, tarik-tarik rambut untuk merebut hak kesamarataan dalam semua aspek. Sebaliknya, ambil ibrah dan gunakan kelebihan yang kita ada itu untuk kebaikan bersama. Kebaikan bersama? Ya!

P/s : Pergilah buat tutorial Hazwani, lagi tiga minggu nak final. Pray for me sayang-sayangku sekalian :) Ada lagi satu tajuk yang dari dulu nak share, dari mata hati, tapi InSya'Allah lepas buat soalan pass year masa Study Week nanti.

بارك الله لك

السلام عليكم

Thursday, January 23, 2014

Aku Mahu... Bukan Sekadar Tin Kosong!

Assalamualaikum people...

Krik Krik...

OK. Itu bukan bunyi tin kosong tapi bunyi cengkerik.

“Tak boleh ke straight forward bila tulis post baru? Mesti ada mukaddimah yang nonsense ke? ”

Maaf. Asiffun jami'an. Perangai semula jadi seperti itu, suka merepek dan bercakap, tapi Alhamdulillah dapat dikawal bila berhadapan dengan orang.

OK. Fokus Farah Fokus.

Sekarang kalau Kak Farah bagi awak satu tin kosong, apa awak buat dengan tin itu?

“Buang je la. Useless!”

See. Mentaliti manusia sekarang ini. Sukar untuk menghargai.

“Recycle lah Kak Farah!”

Now that's what I want to hear from you, youngsters. But please walk the talk. Jangan cakap je ya.
Tapi hari ini bukan nak cakap apa yang kita boleh buat dengan tin kosong tapi apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan tin itu daripada kosong. Sebenarnya tin kosong hanya analogi kepada kehidupan kita sekarang. ‘Kita’ as perempuan.

Perempuan sekarang ini, kalau ditanyakan, majoriti tengah fikir pasal kahwin kahwin kahwin. Seriously I'm sick of it.

“Penatlah. Malas nak sambung belajar.”

 *Speechless* Awak, nak dapat sesuatu yang manis sememangnya kena rasa kepahitan dulu. It's such a waste as you have that kind of potential to achieve something great in life, but, you just held it in within yourselves.

Tapi kalau semua perempuan nak jadi pakar sakit puan pun masalah juga.

Siapa nak jadi hairdresser gunting rambut saya setiap tahun? 
Siapa nak jadi florist bekalkan bunga-bungaan segar kepada family saya in future? 
Siapa nak jadi guru mengajar anak-anak saya di sekolah in future? 
Siapa nak jadi businesswoman jual jubah cantik-cantik untuk saya? 
Jawapannya, tepuk dinding tanya anai-anai. 
Awaklah!

Singgah baca kejap : Wanita Berkerjaya Dalam Islam



Secantik mana pun awak, cantik macam Kim Kardashian sekalipun, tapi tanpa ilmu (dunia dan akhirat), awak pun sama sahaja macam tin kosong yang pada mulanya awak kata nak buang tadi.


Kagum dengan Khadijah yang menjadi usahawan terkemuka pada suatu masa dahulu.
Kagum dengan Rufaidah yang turut sama membantu merawat para sahabat yang cedera dalam peperangan. 
Kagum dengan Ummu Sulaim sebagai seorang nisa' mubasysyarat bil jannah (wanita yang dijanjikan syurga).


Awak semua tak akan tak terdetik sedikit pun rasa nak jadi macam mereka? *Sikit pun jadilah. Please*

Sekarang nak share sikit dialog dengan sahabat saya.

“Cantiklah telekung ini. Kain pun lembut je. Mak kau jahit eh?” 
“Aku yang jahit.” 
Sahabat buat muka tak percaya... 
“Betullah. Kenapa nak tipu pula.” 
“Serious?”

Daripada dialog dekat atas ini, nampak tak apa yang berlaku sebenarnya? Adakah wanita yang pandai menjahit hanya dari golongan mereka yang memang terpaksa belajar ERT dekat sekolah? Atau boleh jadi seorang pelajar yang ambil Foundation in Biological Science dekat PASUM? Jawapannya, ketuk pintu tanya jiran sebelah...

Perempuan sememangnya tak pernah lari dari tugas yang sedemikian. Mengemas, memasak, menjahit, etc. *Walaupun diri sendiri tak mampu jadi sehebat ibu di dapur* Alasan apalah yang kita ada kan?

“Aku kan bakal dentist. Nanti upah je lah orang gaji.”

“Air tangan ibu tak sama dengan air tangan maid made in Indonesia cik kak. Baju yang ibu jahit tak sama dengan baju made by Jovian Mandagie.”

*Commercial break for awhile*
Hari itu join program Sahabat PASUM di Masjid Jamek, salah satu tugasan ialah bertanyakan kepada masyarakat yang homeless

“Apakah perkara yang paling berharga dalam dunia ini?”

Nak tahu apa pak cik itu cakap?

“Nikmat yang paling berharga dalam dunia ini ialah kasih ibu.”

Allah... Rasa nak menangis tetapi sebab pak cik itu ada, saya kena jadi lagi kuat daripada dia. Mungkin saya agak terkenal sebagai ratu air mata sebab cepat emosional bila dengar sesuatu yang bagi orang lain tak ada apa-apa pun. Sayang bonda~

*Now back to the main topic*

Tapi awak, bila sudah ada ilmu itu jangan rasa diri hebat pula ya. Amalkan dan sebarkan. Baru kita dapat mengurangkan bilangan tin kosong di bumi Allah ini kan?  Seterusnya dapat mengurangkan kerja para pekerja di pusat kitar semula. SubhanAllah. Be someone who can do many things in life, bukan focus pada sesuatu sahaja. 
Bak kata Pua Chu Kang, no play play ha. Be an all-rounders.

P/s : Just finished my Mid Sem 2 test. What's left is just tawakkal. Get inspired with Dr. Muhaya.

“Ting Ting Ting”

I think I've heard the sound of filled cans being hit. Am I being too ambitious to succeed here after?

بارك الله لك

السلام عليكم

Tuesday, January 14, 2014

Carta Hati

Assalamualaikunna beautiful peepers...

Nampak tak perkataan ‘beautiful’ dekat atas itu? Penggunaan dhomir? Means what? Heh, sebenarnya post kali ini lebih sesuai dibaca oleh kaum hawa yang lembut hatinya. Kenapa? Mungkin tajuk kali ini lebih dekat dengan hati mereka. Especially these young, bright ones. Tapi kalau kaum Adam nak baca juga, sediakan ubat tahan muntah dan jangan condemn saya di dunia realiti ya? Janji dulu! OK!

Rasa agak agak agak berat hati nak tulis kali ini tapi rasanya pencerahan perlu dilakukan juga, no matter what will happen next. Mungkin kawan-kawan mesti akan gelakkan saya, that doesn't matter at all. Yang penting, apa yang nak disampaikan dapat menembusi mata hati dan akal fikiran gadis remaja yang comel-comel belaka ini.

“Cinta itu sememangnya duduk di hati.” - 3 Ustazah

Teringat masa keluar dengan kawan-kawan dulu, ada yang bertanya,

“Farah, kau tak akan tak pernah suka siapa-siapa? ”

Speechless. Clueless. Haruskah diluahkan apa yang dirasa? I don't think so. Keep on smiling while turning my silent mode on. Tapi dalam hati, terfikir,

“Suci sangatkah hati ini sampai tak pernah terdetik rasa cinta pada umatmu, Ya Habibullah?”

“Awak, kadang-kadang cinta itu perlu diapresiasikan dan ditunjukkan. Contoh? Bila kita cinta pada Rasulullah saw, kita mengamalkan sunnah baginda, kita bersalawat kepada baginda, kita memuji baginda serta para sahabat. Namun, kadang-kala, cinta yang dipendam itu lebih bermakna, tidak ditunjukkan dengan tingkah-laku yang terkinja-kinja dan kegedikan yang melampau macam yang awak semua tunjukkan nowadays. Andai Rasullah saw masih ada... Allah...”

No matter how hard you deny, you still have the same feeling? *Same here* Cinta itu fitrah sayang-sayangku sekalian. Mencintai itu tidak salah tetapi cara kita mencintai itu yang harus diperbetulkan. Awak, jangan risau, andai itu jodoh yang ditetapkan Allah, tiada orang lain yang mampu mengubahnya.
Tatkala awak ketahui, orang yang yang awak cintai turut mempunyai perasaan yang sama, apakah tindakan awak?

“Hee Kak Farah. Kalau saya dah lama couple dah.”

“Pfft. Dah agak dah jawapan awak itu. Allah... Tak payahlah awak. Kak Farah berani jamin, couple awak itu tak bawa awak ke arah kebaikan pun. Seriously. Percayalah~~ *menyanyi lagu Dato' Siti sudah*”

Sebenarnya Kak Farah tengah sedih ni, semalam ternampak someone yang Kak Farah kenal, hugging in public, sedihnya Allah sahaja yang tahu. Andai Rasulullah masih ada... bercucuran air mata baginda. Maaf ya Habibullah.

Awak, perasaan itu harus dipendam. Tak payah nak diluahkan, melainkan lelaki itu berkahwin dengan awak dan perlu menyatakan hasrat hatinya kepada wali awak kan? *I don't think that youngsters nowadays have that kind of courage to do so*

Ramai yang membangkitkan isu nikah khitbah lately, Kak Farah tak kisah pun, kalau awak sudah bersedia, why not? Tapi ilmu kehidupan dunia dan akhirat masih sejengkal, awak rasa awak layakkah untuk menjadi seorang amir kepada baitul muslim kelak? Kalau awak tanya Kak Farah, the answer is no! Kahwin bukan untuk sehari dua sayang. Buatlah persiapan yang rapi untuk menjadi seorang bidadari kepada suami awak nanti, pendamping, penasihat, rakan sejati,dan penyejuk hati. *Kak Farah tak mention orang gaji kan* Hee...

Ramai sangat yang berdo'a,

“Ya Allah, andai dia jodohku, peliharakanlah dia. Semoga kami dipertemukan kelak.”

Tapi apa kata, instead of that, kita berdo'a,

“Ya Allah, andai dia bukan jodohku, pertemukan dia dengan wanita yang lebih baik dariku. Semoga dia dikurniakan rahmat dunia dan akhirat.”


Andai kutanyakan kepada orang-orang kebanyakan, apa ciri-ciri suami idaman awak?

“Yang handsome”

“Yang soleh dan graduan sekolah agama”
“Baik hati dan romantik” etc.

Banyak lagi jawapan yang buat Kak Farah rasa nak jerit,

“Mr so call perfect is no longer in this modern world people! ”

“Benarkah awak cintakan dia? Soalan yang mudah untuk awak jawab, bayangkan dia 200 kg lebih berat daripada sekarang, adakah awak masih mencintainya?” - anonymous

Nasihat buat adik-adik tercinta serta sahabat sahaya di luar sana:

  • Andai ia benar-benar cinta, zahirkanlah usai lafaz “Aku terima nikahnya...”
  • Jaga batas pergaulan, awak please, “in relationship” shouldn't be exist in FB!
  • Utamakanlah cinta pada Sang Pencipta seterusnya Kekasih-Nya.
  • Sediakanlah keperibadian awak dulu sebelum sibuk nak cari Mr. so call perfect awak itu.
  • Keep calm and love him in silence.
  • Tinggalkanlah cinta awak itu andai ia membuatkan awak lebih jauh dari Allah swt dan Rasulullah saw
“Cinta dan kasih sayang manusia itu ibarat setitis air dibandingkan selaut cinta dan kasih sayang Allah.
Andai kamu kehilangan setitis kasih itu, usahlah kamu bersedih, namun bergembiralah kamu andai masih memiliki selaut cinta itu.”

"Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjaga hati ini, bersama berlari menuju cinta yang hakiki, mendamba kasih dan reda Ilahi. InSya'Allah, bersama berpiminan tangan menuju mardhatillah"

P/s : It has been 8 months in PASUM. Since the first day ... No one knows. Alhamdulillah :) Maaf... Kan saya dah cakap lelaki tak sesuai baca! Semuanya fiction belaka. Lalalala. TQ


بارك الله لك

السلام عليكم

Wednesday, January 01, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part V (FESTASI & Activity Week)



Assalamualaikum beautiful people…

I assume that everyone is in good health, kalau tak macam mana boleh baca blog Kak
Farah kan. *perli sangat ini*

So where should we begin? Masha'Allah, ada masa lagi itu Farah nak merepek, kalau ajal tiba-tiba datang macam mana?

"Seorang pelajar PASUM meninggal dunia ketika update blog-nya mengenai FESTASI dan Minggu Aktiviti PASUM" Allah...
OK. Sebenarnya saja ja itu nak ingatkan awak dengan jodoh kita dengan alam barzakh itu, mana tahu terlalu leka dengan duniawi sampai terlupa kan? Oh yeah, anyway, Happy New Year, ahlan wasahlan 2014. Semoga tahun yang berlalu banyak memberi ibrah kepada insan yang hina seperti kita ini.

"Kak Farah ja insan yang hina, kami tak."
OK FINE! Siapalah saya nak menilai orang lain, tapi yang saya tahu, kita memang tak lepas daripada membuat dosa kan? Allah... Sebenarnya macam biasalah, tadi itu mukaddimah yang agak panjang, macam tak biasa pula kan?

FESTASI 2013

What is FESTASI actually? Kalau didefinisikan secara literal, ia adalah Festival Asasi anjuran JKP dan diadakan di Kolej Kediaman Ke-12 itu sendiri, bukan anjuran PASUM. Activities were held throughout the week and it was fun. Adalah aktiviti yang Kak Farah tak join pun sebab tersangatlah malas, tetapi rasa menyesal pula sebab tak dapat jumpa Raqib Majid dengan guitarist Yuna hari itu. Tak apalah, nampak sangat kita tiada jodoh. *merepek lagi. rasanya perlukan baldi untuk muntah malam ini* Just kidding people, jangan serious sangat, nanti action potential will keep on occuring sebab awak supply impulse kan? Tak banyak pun nak cerita pasal FESTASI ini, let the picture tells you everything. Bak kata Englishman, a picture is worth a thousand words. *correct me if I'm wrong*

  



Ceramah Solidarity of Humanity


MINGGU AKTIVITI 2013 #MA13

Minggu aktiviti was conducted by the MT (Majlis Tertinggi ) PASUM and seriously I would love to thank you guys for all the events that were seriously interesting to me. Ilmiah, fun, etc. Just name it. Tanpa Mingu Aktiviti mungkin Semester 2 di PASUM will be like, meaningless. Ceyh, ayat puji-pujian itu, bangga semua MT dengar ini.

On Monday we have the final battle of Debate competition (English & Bahasa Melayu). I was like, go Fizikal go Fikal Team, padahal student hayat itu. Darah pembelot mengalir dengan lajunya hari itu. But I was a little bit reluctant because my favourite debater didn't get nominated as the Best Debater. Allah... Hancur hati penyokong di bawah ini. His British accent, memang terbaik! Kalau nak lebih fluent cakap omputih boleh belajar dengan student fizikal itu nanti ya. Tapi seriously nak juga tahu tips dia macam mana boleh jadi sebagus itu kan?

                         

Now let's move on to our pinky Tuesday. It was a pleasure for me to meet Aiman Azlan, tak adalah jumpa sangat, tengok dari bawah stage Dewan ja. Sekarang saya faham kenapa teenagers nowadays sangat admire dia. Bukan sahaja seorang yang intelektual tapi sangat versatile dalam menjadi seorang da'ei. Mampukah saya yang lemah ini jadi macam dia? Allah... Tak dapat jadi macam dia pun, dapat kenal orang sehebat dia pun jadilah. Sebenarnya hari Selasa ini sangatlah packed, bayangkan pagi itu saya ada kuliah/tutoran dari jam 8 pagi sampai jam 2 petang, lepas itu Kak Farah pergi masuk Pertandingan Tilawah (Alhamdulillah second place) mula jam 5.30. Sebenarnya kami habis awal tapi pergi tengok Pertandingan Tilawah Lelaki di Audi sampailah nak dekat Maghrib masa itu. Siap-siap, solat, lepas itu turun Dewan Gemilang semata-mata nak dengar talk by someone who is so inspirational to us. And it end up at 11.00 PM! Sentuh buku jangan cakaplah, memang tak sentuh langsung. Allah, tapi tak apa, all the activities mean a lot to me. For the content and other info about the Mini Islamic Talk, you can read them HERE
Mini Islamic Talk
Pertandingan Tilawah dan Hafazan


24th December 2014 : Mini Islami Talk *Spot Anwar Hadi in the photo*

What about our yellowish Thursday ? Sebenarnya hari ini ada Explorace tapi malangnya group Kak Farah tak terpilih sebab the places are limited. Macam seronok ja tapi tak ada rezeki nak join kan? Hikmahnya? Saya menggunakan masa sepenuhnya *not really sepenuhnya* untuk study.

P/s : Andai diberi peluang untuk masuk PASUM lagi tahun yang akan datang, I will take it. Perjalan Aku Sebagai Umat Muhammad sangat bermakna. AllahuAkbar ^^ Certain things are hard to be described in words, hanya Dia mengerti betapa bersyukurnya diri ini berada dalam kalangan kalian.

بارك الله لك

السلام عليكم


Wednesday, December 25, 2013

Dear S, Saya Sayang Awak

Assalamualaikum peerpers...
Alhamdulillah... SubhanAllah... Allahu Akbar...
There's nothing that can describe my love towards Capital S.

"Amboi Kak Farah, this is too much. Since when belajar benda-benda macam ini?"

"Since masuk PASUM. KBaii"

No!!! It's about my love towards my Sahabat. Haemo haemo. Eyh, that's not really capital S right? Patut masuk tadika belajar English balik ini. Sememangnya sangat manis bersahabat ini.

"Agak-agak apa jadi pada kita kalau kita dijadikan oleh Allah swt, hidup di dunia ini, berseorangan?"

Krikk Krikk -_-

Dan Alhamdulillah semalam diberi peluang pergi Mini Islamic Talk by Aiman Azlan (anjuran JBPPP / PASUM), and it was splendid! Seronok sangat, he makes you feel that sweetnya Ya Allah bersahabat ini, though with lots of obstacles and such.
Sitting from left : Aiman Azlan' wife, Aiman Azlan, Anwar Hadi
Even Anwar Hadi came to support the Mini Islamic Talk uools. Sweetkan ukhuwah? But to make this post beneficial, without all that omongan kosong semata-mata yang menyerlahkan kegedikan semata-mata, let me give you a summary of the talk. Not really a summary I guess, ini kira penceritaan semula sebab talk semalam tersangatlah best, even if I missed out any single point, that would be a major lost. So let's go way deeper, under the sea~

Date : 24th December 2013
Venue : Dewan Gemilang KK12
Organiser : JBPPP, PASUM, MAFRUH (Maktab Al-Fadhilah Wa Ruhaniah)
Title: Sahabat Sampai Syurga

Kenapa perlu bersahabat?

Nabi Musa as pernah berkata kepada Allah apabila baginda disuruh untuk pergi berjumpa Fir'aun, 

"Ya Allah, berikan aku sahabat (yakni Harun) supaya melalui dia aku jadi kuat"

Based on Evolution Theory, orang pada zaman dahulu hidup secara berkelompok, kerana kalau hidup berseorangan cepat mati.

Tapi sebelum kita sibuk fikir nak cari sahabat yang bagaimana, tanya diri kita, kawan apa yang perlu saya jadi?

  1. A friend who is not judging others (being judgmental)

Sebagai contoh, seorang kawan yang baru lepas berzina *na'uzubillah min zalik* datang kepada kita. Kita perlu pandang dia dengan mata rahmah/mercy, bukan dengan mata yang membenci. Bersyukurlah, antara ramai manusia, dia pilih kita untuk didampingi. Sememangnya bukan senang untuk menasihati, tapi sekurang-kurangnya janganlah menasihati mereka dengan cara menakut-nakutkan tetapi dengan cara memberi harapan. Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya sehingga hari kiamat, tetapi kita, sebagai komuniti, or friends to specifically, yang sengaja menjatuhkan harapan mereka untuk kembali ke siratul mustaqim itu sendiri. Kita sepatutnya bantu mereka untuk 'move on' not 'back off'.

Contoh lagi *panjanglah pula ceramah ini ya. hee*, ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw 
"Ya Rasulullah. izinkan aku berzina."
"Andai ianya berlaku kepada ibumu, adakah engkau menerimanya?
Andai ianya berlaku kepada adikmu, adakah engkau menerimanya? ..."
See with your soul, SubhanAllah, Rasulullah  jarang mengeluarkan hukum secara terus apabila berhadapan dengan situasi dan pertanyaan orang lain. Kalau kita sekarang ini, sikit-sikit terus jatuh haram, padahal ilmu sejengkal ja. Allah...

Sebelum kita nak judge orang lain, judge diri kita dengan sekejam-kejamnya kerana di akhirat nanti kita bakal di-judge with no mercy, seadil-adilnya.

   2. Sahabat yang boleh simpan rahsia (trustworthy)

Contoh yang sangat senang, kalau kita biarkan account fb/twitter kita sentiasa on, agak-agak kawan awak boleh dipercayai atau tidak? Tak pasal-pasal, the next 5 secs, there will be a post sounds like
"Saya hensem/cantik"
 and whatsoever. 

Situasi lainnya, bila kawan kita melakukan sesuatu yang memalukan, straight away, kita update dekat twitter, "Kawan aku buat so-and-so". *Terasa baq hang. Tehee, Tak apa, muhasabah ya*

  3. Jujur (honest)


Ibn Hazm quoted from a hadith:
“Anyone who criticises you cares about your friendship. Anyone who makes light of your faults cares nothing about you.” Abu Dawud, Hasan Hadith
Bila kawan tegur kita, though with no hikmah, kita sendiri yang kena husnudzon, "Dia tegur sebab sayang" *InSya'Allah kita buat sama-sama ya sayang*. Tapi macam mana nak tegur seseorang dengan berhikmah? Tanya diri kita 4 perkara:
"Apa nak kata?"
"Macam mana nak kata?" Dengan cara lembut atau ganas, depends on individual.
"Bila nak kata?" Masa yang sesuai, bukan di khalayak ramai
"Siapa yang nak kata?" We won't always be the suitable person to advise. Keep that it mind peeps.
And the most important thing to do before 'nasihat menasihati' session, know your friends in and out.


   4. Khalil (somone close to you)

Susah nak elaborate, but, bila kita berjauhan dengan sahabat kita itu, kita rasa rindu sangat dengan dia. Allah...

"Akhlak manusia itu sangat powerful. Hanya dengan imej, kita mampu menggerakkan hati orang lain"

Salah satu cara nak build that kind of akhlak/personality is by smiling, though in hard times.
"Though you don't have a reason to smile, a smile is the reason itself to smile."

   5. Sentiasa ada terutama di saat jatuh (dependable)

Andai sahabat itu bersahabat dengan kita tanpa sebarang sebab, that's called a genuine friend.


“And (remember) the Day when the wrong-doer will bite his hands and say: Woe to me! Would that I had taken a path with the Messenger. Woe to me! If only I had not taken so- and-so as a friend! He has led me astray from this Reminder (the Qur’an) after it had come to me. And Satan is ever a deserter to man in the hour of need.” (Al-Qur’an 25:27-29) 


“Friends on that Day will be enemies one to another, except the righteous.” (Al-Qur’an 43:67)


Do watch >>>>>>>Yujin - Sahabat Sampai Sorga <<<<<<<<<

P/s : Do you love your 'Capital S' Just say I do, I do, I do do do do do do do do...

Abang Aiman Azlan pesan kahwin dengan best friend sendiri. Rasa nak gelak, sangat!

بارك الله لك

السلام عليكم