Monday, March 17, 2014

Ilhami : Amanah Terindah

Assalamualaikum young and bright ones...

“Nak cerita pasal Kak Ilhami? ”

“Bukan! Hehe. Nak cerita pasal ilhami (ilhamku). ”

Siapa ilhami? Tapi rasa macam nak tukar kepada ilhamti. *Harap betullah grammar BA ini * Ilham kepada seorang perempuan yang sudah bergelar ibu - anak. Or maybe it should be anak-anak. Saya suka sangat bila dengar kawan-kawan saya yang ada adik-beradik ramai ini, 7, 8, 9, dan seterusnya.

Dalam hati mesti terdetik,
“Fuyoo. Ramai gila... Rumah diorang mesti happening habis. Lebih-lebih lagi kalau adik-adik mereka kecil-kecil lagi. Macam mana mak mereka ya?”

Bonda...

Sememangnya seorang mak itu jadi sangat super duper bila datang bab penjagaan ilhamti ini, mampu menjaga anak yang ramai bilangannya. Tapi macam mana dengan seorang anak? Allah...

Bila seorang ibu itu mencecah golden age mereka, lagi banyak cabaran yang bakal ditempuhi dalam menjaga ibu kita itu. Masa itulah Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana kasih sayang kita terhadap insan yang dulunya menjadi teman sejati dan pedamping sejak kecil lagi.

Kadang-kadang, pelbagai ragam yang mungkin bagi sesetengah orang agak mengada-ngada, perbuatan yang sengaja dibuat-buat untuk meraih perhatian anak-anak mereka. Sebenarnya, mereka melakukan sedemikian kerana dahagakan kasih sayang dan perhatian dari ‘at least’ seorang anak. Tapi, yang sedihnya, anak tersebut terlalu mengejar material, atau terlalu sibuk menguruskan kehidupan seharian, atau mungkin juga tidak sanggup melayan karenah ibu mereka.

Sehinggakan anak tersebut memperlakukan ibu mereka seperti pengemis, menagih simpati, memohon anaknya untuk pulang menziarahinya di kampung. Namun, kita sebagai anak telah menganggap ia sebagai satu bebanan sedangkan ibu kita dahulu sentiasa menemani kita walaupun tidak dipinta.

Hubungan ibu-anak itu macam ionic bond, menghasilkan compound yang mempunyai boiling point yang tinggi dan melting point yang rendah. If you get what I mean by the way.

Nak dijadikan cerita, kalau ada ramai anak, ranking nombor 1 doktor hingga nombor 9 yang hanya lepasan SPM, yang nombor 1 mungkin boleh memberi duit perbelanjaan setiap bulan, menyediakan keperluan harian yang lengkap, namun tidak peka dengan keperluan kasih sayang ibu tersebut. Anak nombor 9 mungkin tidak mampu dari segi material, namun mampu menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang. Nampak tak yang setiap anak dalam keluarga itu perlu ada sikap saling membantu. Bukan tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada seorang anak sahaja.

Anakanda...

Kalau tadi cerita secara ringkas mengenai amanah dan tanggungjawab seorang anak terhadap ilhaminya (ibu), sekarang kita undur ke belakang as reactions are reversible in achieving equilibrium, nak cerita amanah dan tanggungjawab seorang ibu terhadap ilhaminya (anak).

Alhamdulillah, jarang kita dengar seorang ibu itu mengabaikan amanahnya, kalau ya pun, mungkin disebabkan kesempitan hidup, sukar untuk memenuhi setiap kehendak anak-anaknya. Tapi salah satu tugas seorang ibu itu adalah mengharmonikan keluarganya supaya anak dapat merasakan kasih sayang dalam keluarga tersebut.

Teringat satu kisah, yang benar-benar berlaku. Apabila ibu dan ayahnya terpaksa membawa haluan sendiri, terpaksa memutuskan ikatan perkahwinan mereka tanpa asbab yang diketahui. Bila saya lihat anak-anak mereka yang 5 orang kesemuanya, saya terfikir, tergamakkah ibu mereka melakukan sedemikian. Tapi mungkin dia ada sebab yang kukuh mungkin. Anak sulungnya yang baru berada di sekolah rendah seolah-olah cukup memahami keadaan yang berlaku dan menjadi cukup matang dalam menguruskan adik-adiknya. Mungkin hasil tarbiyah sebelumnya.

Hati mana yang tak menangis bila melihat wajah mereka yang dahagakan kasih sayang daripada ‘sepasang’ ibu bapa. A pair of shoes... if one of them is worn out, the other one will be just meaningless. Tapi ketika inilah sokongan ahli keluarga lain sangat diperlukan.

Ketika kami melawat mereka hari itu, kami makan ice-cream sama-sama, anak mereka yang paling kecil mendekati tok wan mereka, seolah-olah meminta untuk dibelai dan dimanja. Bagaimanakah kehidupan mereka nanti? Kalau di sekolah dulu kita ada belajar mengenai novel “Step By Wicked Step” written by Anne Fine. Mungkinkh begitu pengakhirannya? Harapnya tidak...

Cerita hari ini kita tak discuss secara mendalam sangat tapi harap antum semua dapat at least main point dia - amanah sebagai ibu/anak.

“Dapat, Kak Farah. Jangan irau, pembaca Kak Farah semuanya bijak-bijak belaka.”

Alhamdulillah...

P/s : Next Saturday ada BDS entrance exam, and also wire-bending test, pray for me sayang-sayangku sekalian. Jadi lagi lagi lagi semangat bila dapat jumpa bakal doktor-doktor gigi dan Dr Firdaus di Fakulti Pergigian semalam. Then Isnin next week tu Final. Allah... Trembling as usual...


No comments: