Tuesday, December 17, 2013

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part IV ( Final Sem 1 )

Assalamualaikum beutiful and amazing peepers...

Allah Allah Allah...

" Kak Farah, seronokkah masuk PASUM ini?"

"As what I've said before, it's not like other institution, seronok ada, cabaran sememangnya di mana-mana, apa yang penting? Usaha dan jadi diri sendiri! Jangan mudah terpengaruh dengan gaya orang lain, kalau terpengaruh ke arah kebaikan itu lain cerita ya sayang-sayangku sekalian"
In a blink of an eye, I've been here for almost seven months. Can't you believe that? Yalah, Kak Farah ini bukannya pandai sangat, selalu menyusahkan orang sebab selalu tak faham ini dan itu. Kalau dalam post-post terdahulu, mesti awak semua tahu yang Kak sudah masuk Sem 2, telah melalui penderitaan 'final examination Sem 1' di PASUM.

Kadang-kadang, pernah rasa nak give up. Rasa macam tak mampu nak teruskan Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad saw (PASUM) di sini. Tapi apa yang memberi motivasi kepada saya untuk teruskan juga perjalanan di sini? Parents! Walaupun mak dan ayah selalu cerita, kesenangan mereka dalam membesarkan saya serta adik-beradik, saya yakin, mesti ada perkara yang saya buat, kadang-kadang mengecewakan mereka. I'm still being haunted by my past, bila saya keluar dari UTP dulu. Saya yakin keluarga saya sangat kecewa bila saya buat keputusan itu. Allah, moga itu jadi pengajaran buat adik-adik. Think before you act. Just don't go, following the flow, without reconsidering, the real thing that you've dreamed of.

Macam biasalah sayang, bak kata pepatah, kalau ada exam, mesti ada result kan? OK. Peribahasa yang direka sendiri itu! Result mid-sem lepas, Alhamdulillah, tapi bukanlah straight A. Tapi Kak Farah reda, semuanya berkat pertolongan Allah. Tadi itu result mid-sem ja sayang. And now here comes the worst part of PASUM. Menunggu keputusan final Sem 1! Allah, I've a bad feeling about it. Tapi, saya perlu belajar erti pasrah dan reda. Bukan semua yang kita cita-citakan, pasti kita akan dapat. But that's not a reason for you guys to stop dreaming on achieving something great right?

It's the 5th week, after beginning my second semester in PASUM. Tapi berita sedih sudah keluar pada minggu ke-4.

"Apa yang sedihnya ini Kak Farah?"
Allah, senarai pelajar yang dapat GK (Gagal Keluar)! It has been released last week.



Nama Kak Farah memanglah tak senarai, tapi sedih tetap ada. Kenapa? Salah seorang floormates saya tersenarai dalam senarai itu! Dia sangat baik dan setahu saya, dia seorang yang rajin. Bila jumpa dia lepas result itu keluar, dia masih mampu senyum untuk kami. It's good to hear that you've a Plan B. Moga awak berjaya di luar sana, kami dari floor 1 sentiasa mendo'akan awak. Lepas ini siapa nak puji saya,

"Farah cantiklah hari ini"

"Farah ini kelakarlah"

"Farah ini comellah"

Bukan dia ja yang Kak Farah kenal dapat GK, classmates kepada roommate Kak Farah pun dapat GK. Seseorang yang satu lab session dengan Kak Farah pun dapat. Allah, bila fikir balik,

"Mampukah aku setabah mereka, masih mampu bergelak ketawa, kesedihan yang terpendam di lubuk hati tidak dipancarkan. Mampukah aku reda seperti mereka? Mampukah?"


Saya teringat lagi hari Rabu lepas, I was questioning myself, budak ini nak pergi mana ini, and I have bad feeling about him. Lepas tengok twitter, baru faham. Allah, awak pun, moga sentiasa tabah dan harap awak berjaya di luar sana juga. Sekarang ini saya confuse, macam mana sebenarnya mereka kira pointer kami ini. Saya terlampau yakin yang kawan- kawan seperjuangan saya di PASUM ini pandai-pandai belaka. And what I've heard is that, dalam ramai-ramai pelajar PASUM ini, approximately 1200+, hanya 40+ yang dapat 4 flat. Saat mereka bergosip di dalam kelas, saya sudah mula terbayang muka mak dan ayah. Macam mana kalau saya tak tersenarai dalam list pelajar yang dapat 4 flat itu? Saya cuma nak gembirakan mereka, hanya Allah sahaja yang tahu, how I want it so badly since the first day here, tapi saya kena tajdid niat juga.

"Belajar bukan kerana exam Kak Farah, belajar kerana Allah"

"Maaf awak, Kak Farah ini terlalu mementingkan duniawi mungkin. Tapi Kak Farah akan cuba seimbangkan dunia wa akirah"

For your information, setiap result peperiksaan di PASUM kami kena ambil sendiri daripada penasihat akademik kumpulan tutorial. Penasihat kami Dr Ikhwan Zakaria uolls. Awesome kan? Famous with his 5seconds-perslide technique, tapi, sebenarnya Dr Ikhwan nak kita prepare cara pelajar fakulti nanti. Sebab itu saya suka cara beliau, major respect. Nanti di fakulti, nobody cares, you understand the lectures or not people. Back to the topic, hanya result final Sem 2 yang akan dipos ke alamat rumah. Kami dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan result kami kepada ibu bapa, as they believe that, we're big enough to make decisions on our own.

Some people said that we're the worst batch ever. Kalau buat normal distribution itu, peak untuk GK hampir sama dengan peak mereka yang dapat 4 flat. Benarkah? Hope it is not. Batch 37, saya sayang awak semua.

Thanks a lot Dr Fakhrul for having that kind of trust in us
"By planking woods, sure you could build a house. But is it sturdy enough? Thus, you have to use the correct techniques. So does in studying." - Amie Dyan Rosly

Tadaa~ And here is my final examination result. Sebenarnya baru ingat tak mahu bagi tahu orang lain, kecuali keluarga dan roommmate, tapi, I just want it to be a part of lessons to all Pasumian. Allah, saya tahu saya tak layak pun, dah lah tak pandai, pemalas pula, tutorial selalu tak perfect sebab tak tahu, semua ini hanya satu ujian 2Allah sejauh mana saya react dengan result yang ditakdirkan.


P/s : Sila layan saya macam student lain yang tak tahu apa-apa.
Saya nak gembirakan keluarga saya juga. Anyway, tahniah v3 sebab 3 orang dapat 4 flat termasuk hamba yang hina ni. Wink wink 


Pray for me for Sem 2. 4 flat again InSya'Allah. Will work for it, ini hadiah untuk famili tercinta. Moga Allah reda.

Saturday, December 14, 2013

The Niqabis Who I love

Assalamualaikum peepers...

"Dah kenapa ini Kak Farah? Sejak bila pakai niqab?"
"Haish Haish. Mana ada~ Belum cukup kuat lagi untuk jadi seorang niqabis ini. Going to seek for knowledge first sayang."
Alhamdulilllah... Kalau kita buka FB sekarang, sudah ramai yang memakai pakaian yang menutup aurat, pakai niqab, but in the reality life, wallahu'alam. Tidak layak diri ini untuk memberi sebarang ulasanpun sebenarnya, sebab, Kak Farah sendiri tak pakai niqab dan tak pernah berada di tempat mereka, tapi InSya'Allah, Kak Farah akan cuba menyelami hati mereka. Ececeyh... Ayat jiwang pula ini.

Tapi Kak Farah pernah terbaca dari post kawan-kawan yang pakai niqab ini, sebab mereka memakai niqab adalah untuk menutup ataupun mengelak fitnah. Alhamdulillah, niat sudah molek tapi adakah niat itu diaplikasikan dalam tindakan mereka?

"Pakai purdah tapi letak gambar yang comel sangat di FB. Gayanya yang agak menggoda, Allah, hati lelaki mana yang tak kencang melihat perempuan 'solehah' yang comel-comel ini kan?"
Awak, sekuat mana pun pendirian seseorang lelaki itu, kalau kita ganggu hati mereka, payah baq hang. Janganlah jadi seperti ombak yang membelah pantai *Saya baca pun geli*. Seseorang pernah cakap, kalau benar dia ingin mengelak fitnah dengan memakai niqab, tak akan ada satu pun gambarnya berniqab di laman sosial. Niqab warna-warni pula, Allah, kalau soft colour rasanya tak ada masalah, tapi kalau niqab warna merah, hot pink, bukankah tergoda lelaki-lelaki di luar sana?


Teringat masa sem-break hari itu. Sambil-sambil menjahit, tertengoklah cerita '7 Petala Cinta' yang konon-kononnya Islamic itu. Allah, kakak Kak Farah cakap

"Dik, perempuan itu kan pakai purdah, kenapa pakai baju sendat + ketat ?"


Saya hanya mampu ketawa, tapi dalam hati, sedih pula ada tengok gaya perempuan dalam cerita itu. Tak pasal-pasal tercemar nama orang lain yang pakai niqab, seolah-olah cerita itu memberikan perspektif yang buruk terhadap niqabi di luar sana.

Tapi bila sebut pasal niqab, tiba-tiba teringat dekat 'girlfriends' di KK12 itu. Kesian juga, sebab di PASUM perempuan tidak dibenarkan memakai penutup muka, rasanya sama ja kut dengan peraturan di matrikulasi. Nak dijadikan cerita, Kak Farah sangat suka dan kagum dengan dia.

"Kenapa pula Kak Farah"
"Bila bersama atau berkomunikasi dengan dia, barulah Kak Farah rasa bersama dengan seorang niqabis yang sebenar. Tak pernah cakap benda-benda yang lagha, tingkahnya sangatlah sopan, sehingga ada yang menggelarkan dia buah hati setiap lelaki. Allah, kami yang perempuan ini pun sangat suka dengan dia, inikan lelaki-lelaki yang sibuk cari calon isteri yang solehah. Mungkin sebab itulah dia memakai niqab."

 Sekarang ini Kak Farah sedang cuba mendekatkan diri dengan 'Team Khemah' di PASUM. Rasa tenang, sangat! Allah, barulah Kak Farah rasa betapa sunyinya hati tanpa rakan-rakan seperti mereka, yang sering mendekatkan kita dengan Sang Pencipta. Tapi selain nak dapat 4 flat, jadi dentist, ada lagi satu impian Kak Farah, mungkin lepas kahwin InSya'Allah.

"Cita-cita apa Kak Farah?"
"Kak Farah bercita-cita nak pakai niqab lepas kahwin nanti. Tapi sempatkah? Masih hidupkah Kak Farah? Allah, moga Dia mengizinkan"

Pemakaian niqab yang kini menular dalam kalanngan masyarakat bukanlah satu masalah, tapi puncanya! Jika niqab dipakai kerana Allah, SubhanAllah, tahniah akhawat! Tapi andai niqab dipakai kerana terpengaruh dengan cerita/filem cinta Islami, mengharapkan cinta sang ajnabi yang memakai kopiah, Nauzubillah Min Zalik. Muslimah, andai kita hayati perjuangan niqabis di negara luar, pastinya kamu menangis, sangat tidak layak untuk dibandingkan dengan kita. Allah...



PESANAN BUAT NIQABIS

Awak, I just want you to know that, you are special to me, to all of us. Tapi biarlah cara kita berpakaian melambangkan akhlak kita. Saya tak nak disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana awak, niqabis yang lain turut mendapat nama.

1. SubhanAllah, “There is no one in this earth more beautiful than a muslim woman who dresses to please Allah.”
2. Semoga keputusan awak dan niat awak disandarkan kerana Allah.
3. Andai benar ingin megelak fitnah, lakukanlah sepenuh hati.
4. Usahlah terdetik monolog "Aku lebih baik dari kamu" di dalam hati.
5. Hijrah bukan hanya pada niqab, tapi pada tingkah laku.
6. Tuntutlah ilmu. Tanpa ilmu, ibarat kapal di tengah lautan tanpa pengemudinya.

Semoga istiqamah sayangku sekalian. Do'akan Kak Farah dapat meraih cita-cita itu, InSya'Allah Lepas ini harap awak tak post benda yang bukan-bukan, eg.

"Kepada bakal imamku, kukenang mudalam setiap do'aku"

"Biarlah cinta ini buat yang halal buatku"

"Apa khabar bakal imamku"

P/s : Saya bukan anti-niqabis tapi saya pencinta niqabis. Saya menulis kerana saya sayang antunna sekalian. Peace :) Maaf andai terguris hati akhawat

بارك الله لك

السلام عليكم

Friday, December 06, 2013

“Awak, Saya Pregnant!”

Assalamualaikum peepers……

“Kenapa dengan tajuk post Kak Farah kali ini? Seram dengar.”

Allah. Kalau Kak Farah jadi reader pun seram sejuk juga dengarnya. Umur saya 18 tahun uolls. Muehehehe.
Tapi macam mana boleh tiba-tiba timbul dialog itu kan. Allah……
Semuanya bermula apabila kawan saya tanya,

“Macam mana, kalau kau ada seorang kawan, sebaya, yang pregnant, apa yang kau akan nasihatkan dekat dia.”

Neuron saya dengan ligatnya berfikir, sepantas cahaya, dari Kuala Pilah ke Perlis dan dah sampai ke Kuala Lumpur dah pun. Apa yang saya akan kata? Saya pun buntu. Kenapa kawan saya tanya macam itu? Sebab dia berada dalam situasi yang dia suruh saya bayangkan sebentar tadi. Nasib yang menimpa rakannya, tapi tak perlulah kita buka aib kawan kepada kawan saya itu pula. Kawan saya pun tak tahu nak nasihat apa.
Tapi saya ada cakap yang

“Lebih baik dia berusaha untuk jaga anak dia itu sampai besar dan teruskan hidup.”

“Tapi dia student *********** Farah. Mesti regulations sama macam PASUM. Mesti kena kick out punyalah.”

“Tapi kalau dia buat abortion, tak rasa kesian ka dekat bayi itu? Bayi tu tak salah pun. Dia baru nak rasa nikmat dunia. Kita dah buat salah, tak kan kita nak tambah dosa lagi dengan menggugurkan bayi itu, kan? Even bila dia dah kahwin pun nanti dia still akan rasa bersalah sangat-sangat.”

“Betul juga. Habis itu masa depan dia macam mana? Dia sebaya kita tau. Sekarang ini dah 4 months. Nak dikirakan, due date lebih kurang masa kita final ja tu. Tarikh final PASUM kan lebih kurang dengan *********** ja. Then lelaki itu jenis yang tak ada masa depan pula itu.”

“Hummm. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.”

“Cuba kau bagi 3 sebab kenapa jangan gugurkan”

“Allah…… Entahlah. Tak tahu nak cakap, bagi aku, kalau aku dekat tempat dia, aku rasa sangat bersalah kalau nak gugurkan. Then aku yakin yang setiap benda yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. InSya'Allah anak itu bakal jadi sesuatu punca kebahagian kepada dia in future.”

“Itulah, aku pun tak tahu nak nasihatkan apa dekat dia. Serabut kan otak fikir. Memanglah kesian, tapi kita pun tak tahu macam mana keadaan kita kalau berada di tempat dia. Dia dah betul-betul menyesal katanya.”

Now let's do a quick reflection, macam mana boleh berlaku situasi dekat atas ini.
“Couple lah Kak Farah”

Well that's one of the factors. But the main factor is following your hawaa and nafs or lust. Di mana pun kita berada, bandar ka, kawasan yang luar bandar ka, kalau kita pandai jaga iman dan sentiasa jaga ikhtilat, sentiasa usaha elak fitnah dan zina, InSya'Allah Dia lindung kita. Dia bantu kita. Tapi kita pentingkan diri sendiri, hidup fikir nak seronok ja, sampai lupa our biggest Helper up there.

Bila terkeluar dialog tadi, Kak Farah teringat satu cerita Taiwan yang sangat dekat dengan Kal Farah sebab cerita itu cerita favourite lah katakan. Tajuk dia ‘Autumns Concertoataupun ada orang panggil ‘Next Stop, Happiness’. Latar dia almost the same tapi perempuan itu ambil keputusan untuk membesarkan anak dia, dengan sokongan orang di sekeliling dia, Alhamdulillah. Nak tahu kenapa dia nak jaga anak itu? Sebab dia yakin yang anak itu satu anugerah. Sedangkan mereka yang tidak beriman boleh kata begitu, inikan kita yang percaya kepada kekuasaan-Nya. Allah…… Dia Maha Adil lagi Maha Mengetahui.



Saya tak pernah pun terfikir persoalan ini sebelum ini, sebab saya terlalu yakin dengan 'comfort zone' saya. Apa yang saya tahu, bila kita pandai jaga diri, InSya'Allah Dia lindungi kita. Tapi tak terfikir yang bagaimana kalau benda sebegini terjadi kepada orang yang berdekatan dengan kita? Sama ada dengan mahupun tanpa niat.


P/s : We need to guide this kind of people, give them some hope, not keeping distance from them. Maaf, saya futur/lemah. Tak mampu nak selesaikan masalah awak. Maaf sangat. Allah……

بارك الله لك

السلام عليكم

Saturday, November 30, 2013

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part III (Jogathon)

Assalamualaikum peepers...
Breath in, breath out. Phewww

“Kenapa ni, macam penat ja” . Yes I am. Baru habis Jogathon 2013 dan tersangatlah penat. Padahal tak habiskan larian pun.

“Kenapa?”


“Humph. Allah… Macam biasalah. Blood pressure drop, tapi Alhamdulillah tak adalah sampai pengsan. Still kuat. ”

Date : 30/11/2013
Day : Saturday
Venue : PASUM

Jogathon memang satu acara yang wajib untuk setiap tahun bagi PASUM. Bukan ja students Hayat, Fizikal dan Alam Bina, tapi staff dan pelajar Rancangan Persediaan Ke Jepun (RPKJ) pun join sekali. Nanti awak bakal nampak berapa semangatnya mereka sokong lecturers dan student diorang sebab students RPKJ ini tak ramai.

Actually, in my opinion, during cross country is way further, I mean the track. Tapi disebabkan ada bukit lepas Akademi Pengajian Islam (API) itulah yang membuatkan awak rasa penat sangat. And you'll think of giving up and call for taxi. Seronoklah masuk sebenarnya, kalau ada kudrat tadi, serious rasa nak buat yang terbaik, tapi tak mampu.

Massive respect to Syakirah Hafizah from Hayat 2/W2 as she won 4th place.

“4th place ja Kak Farah. Why with all that massive respect.”


“As for me, dia antara muslimah sejati yang Kak Farah kenal di PASUM. Ahli Team Khemah yang berjaya membuktikan yang kami ini sebenarnya sama ja, mampu bersaing dengan yang lain juga.”

Masa dia ambil hadiah tadi, she received a big applause from Pasumian. I'm seriously proud of you Shakirah.

OK. That was the first Shakirah. Now move on to the second Syakirah, my teammates from V3. Banggalah dengan awak. Bukan itu ja, Asyraf Hafizudin (3rd) & Fazira (47) pun. Bukan senanglah nak dapat. Sangat bangga dengan awak semua. Love V3 so much.
About the Jogathon track. It was easy man. Entrance PASUM > API > Faculty of Science > PASUM. That's it. Senang sebenarnya tapi kalau awak ada masalah kesihatan, lebih baik minta excuse daripada PASUM kot.

Before Jogathon, awak semua kena kutip duit Jogathon. There was a form provided for each Pasumian and each of us have to collect at least RM 40. That was for all the prizes, food, etc. I wish I have my ex-schoolmates, undergo Jogathon together, as that was more motivational.


بارك الله لك

السلام عليكم

Saturday, November 23, 2013

Mengenang Jahiliah. Perlukah?

Assalamualaikum...

“Tak jawab dosa!”
“Gediklah Kak Farah”

OK! Memang gedik a.k.a giddy itu memang dah tersemai dalam diri sejak dalam kandungan lagi. Tapi pandai-pandailah jaga kan. Gedik dengan kawan sesama jantina tak apa rasanya, barulah timbul kemesraan sebagai kawan kan?

“Berlainan jantina?”

Allah. Janganlah tergedik-gedik dengan mereka pula.

“Tapi kami bff uolls”

Ya memanglah kawan. Tapi serapat mana pun awak, selagi tiada ikatan, kita masih punya jarak. Yang sudah bertunang itu, there's no exception for you guys, arasso?
Sebenarnya kat atas ini baru mukadimah ja ini. Belum masuk isi lagi. Biasalah, nak update status fb panjang sangat jadinya nanti, tapi mesti nak share ini.

Bismillahirrahmanirrahim...

Jahiliah kalau dari segi bahasa maknanya bodoh atau tak mengerti kan? *Kalau ambil Sejarah SPM mesti tahu punyalah* Bodoh ini boleh datang dari banyak segi. Tapi hari ini nak sempitkan sikit skop dia untuk zaman bertudung pendekku dulu. Tetiba ter-recall pula memori pahit dulu. Allah, bila fikir balik memang sedih, tapi sebagai pengajaran kepada adik-adik yang lain, InSya’ Allah.

“Farah start pakai tudung labuh bila eh?” - roommate

“Baru ja. Since Form 5 dulu.”

Sambutan Maulidur Rasul 2012 SMDAS
Dari sinilah mulanya teringat pengalaman-pengalaman pahit dulu. Cewah~

“Tudung pendek? Kak Farah dulu pakai inner tudung ke apa?”

Tak adalah sampai gitu sekali, awak ini pun. Dulu pakai tudung biasa ja. You know, that tudung ikan bawal yang bila ada cahaya, agak nampak kejarangannya. Hummm. Bukanlah kata pakai tudung bawal itu salah, I still wear those square hijab but now I've become wiser on choosing the best hijab, eg. Akel? Kalau dulu, suka betul pakai tudung then pin kan kiri then kanan. Haiyoo, gaya biasa itulah. Tutup dada itu memanglah tapi sepenuhnya kah? And the answer is no, sebab tak cukup labuh. Sebab itulah bila kita pin kan ke kiri dan kanan itu, jadi macam... you know. Hummm. Dulu-dulu bukan ja tak pakai tudung yang proper, handsocks pun tak pakai. Nampaklah lengan walaupun kita pakai baju lengan panjang kan.

Salah satu ceritanya masa tudung pendek dulu, masa Form 1 lah, padahal masa itu dah akil baligh dah. *Kisah sedih, jangan menangis ya* Masa itu tengah nak tunggu kelas petanglah, koko whatsoever kan, masa nak pergi dewan terbuka dengan kawan-kawan, tiba-tiba angin kencang sangat sebab nak hujan macam itu. Then the embarrassing part came, tertiup pula tudung sekolah itu. Tapi Alhamdulillah, tudung sekolah kan dua lapis, still terpeliharalah tapi malukan? Allah……

Cerita lain, yang ini berdasarkan pemerhatian semasa sekolah dululah, bila pelajar pakai tudung yang ngam ngam pendek ini, ternampaklah warna-warni di aidil fitri macam itu. Rasanya adik-adik perempuan faham kot apa yang Kak Farah cakap ini kan? Lainlah sengaja buat-buat tak faham. Worst part is that, bila tunduk, nampak pula leher. Allah……

Ada satu persoalan yang Kak Farah tanya pada diri sendiri di awal perubahan Kak Farah masa Form 5 dulu,
“Apa functionnya aku pakai tudung kalau benda yang sepatutnya ditutup tak dapat ditutup? Apa tujuan sebenar pakai tudung? ”  
Alhamdulillah, terjawab juga akhirnya. Pakai tudung itu satu kaedah untuk melindungi aurat kita. Tak wajib pun pakai tudung, yang wajibnya tutup aurat.

Masa pergi ceramah Ustaz Syafie di APIUM dulu, sempatlah ustaz buat lawak, berkenaan cara nak tegur orang yang tak pakai tudung ini “Awak selalu-selalulah bawak dia makan, KFC ke, nanti awak buat-buatlah tertumpah sos atas kepala dia. Bila dia marah, awak cakaplah, itulah tak pakai tudung, kalau pakai tudung tadi tak kena rambut itu dengan sos ini” *lawak santai ja sebab tak nak kami mengantuk sebab masa itu malam*

“Tapi tak bergayalah Kak Farah. Macam khemah ja”

Allah, I really would love to say this,
“Wear something to please Him, not him”. 
Cantik dekat mata manusia, dapat pujian ja, cantik dekat pandangan Allah, dapat pahala InSya'Allah. Tak mahukah?

“Tapi still saya rasa kita perlu nampak cantiklah Kak Farah”

OK FINE! *Tergeram pula* Boleh ja, nak pakai tudung saji pun boleh, nak cantik dan unik kan? Tapi biarlah berpada-pada, tak timbul riak, tak tabarruj *melaram lebih-lebih*, tak melanggar panduan yang dah diberi, boleh ja. I still wear my shawls, uolls. Pandai-pandailah pilih.

Now back to the post title, mengenang jahiliah. Perlukah? Jawapannya sangat perlu supaya dijadikan pengajran tapi jangan dirindu jahiliah itu sudah. Wink Wink^^ Andai dapat kuundurkan masa, yang labuh pasti menjadi pilihan. Maaf Ya Allah :') And please, don't judge others by their past, everyone may commit sins in a matter of fact, either big or small, notable or not.

P/s : Muslimah, yang tersembunyi itu indah. Peliharalah. Sangat suka bila tengok junior-junior SMDAS dah ramai yang bertudung labuh, alhamdulillah. Tudung labuh, handsocks, socks, itu bukan untuk pelajar sekolah agama ja ya!

بارك الله لك

السلام عليكم

Saturday, November 16, 2013

My Yummy Tummy Sem Break

Assalamualaikum peepers...

Nom Nom Nom. I think I've gained some weight. Apa taknya, cuti 3 minggu ini, makan itu sudah jadi satu hobi. Tak lapar pun makan juga. Freelah katakan. Kalau di KK12, nak makan kena bayar, nak minum kena bayar. Air dalam bilik saya sahaja yang free sebab air itu ambil dekat Ulu Bendul, air bukit itulah, naturally distilled and it's clean.

Sebenarnya post kali ini nak cerita pasal apa ini Kak Farah? I bet it's about food galore.
Yeehaa. Sememangnya pasal makanan. Recipe yang saya dapat selepas seminggu menetap di rumah kakak Kak Farah di Segamat.Lepas kerja ja ajak masak.

CREAM CHEESE CAKE

This recipe is so simple, yet, delicious. Barang pun tak banyak nak guna, mungkin cream cheese itulah kena beli di supermarket, kedai tepi jalan mungkin tak ada.

Antara steps yang ada masa nak buat tapi numbering tak sama dengan senarai steps yang ditulis
All you need are :
about 250 ml cream cheese, cream cracker deluxe (kalau boleh perisa cheese), oreo, nestum, susu pekat manis, dan tupperware. Muehehehe.

Steps:
1. Campurkan cream cheese dengan susu. Susu banyak mana? Depends on you, semanis mana yang awak suka. Lebih kurang 3-4 sudu mungkin. Sebab saya pun main letak ja sesedap rasa semanis kurma. Mix dalam 10 minit, terpulanglah.
2. Dalam bekas lain, pinggan ja lah, campur sesudu susu pekat/susu tepung dengan air suam. Tak banyak, dalam setengah cawan cukup sudah kot.
3. Sekarang cicah biskut dengan air susu yang kita buat tadi dan susun satu layer dalam bekas.
4. Selepas satu layer biskut, sapukan cream cheese yang kita mix kan tadi. Buatlah layer demi layer. Antara layer itu boleh letak nestum atau oreo crunched tadi. Untuk bahagian atas, letak oreo crunched banyak-banyak, nom nom nom. Tapi buat tak payah tebal sangat. Tak best.
5. Dah siap, letak dalam fridge. Dah sejuk baru makan. Teringat pun dah kecur air liur Mak Jemah.

Tadaaa!!!

HOME-MADE ICE CREAM

Sekarang nak buat ice-cream sendiri pula. Kalau nak beli satu cone sudah RM 1++. Rasa membazir pula.

All you need are :
Susu cair Ideal 1 tin, ovalet 1 sudu besar, susu pekat lebih kurang 1/3 tin ( terpulang nak manis mana kan ), telur 1 biji

Steps :
Hummmm. Rasa macam tak perlu tulis ‘s’ itu pula. Limaza? Sebab letak ja semua benda itu dalam bekas then mix dalam 20 minit. Kalau ovalet cukup, mesti naik cantik punya. Hari itu saya buat, boleh dapat lebih kurang 3 kali ganda. Nak rasa coklat, tambah coco yang ditambah air ataupun ada dijual chocolate emulco kat kedai itu. Done? Letak dalam freezer.

Sedapnya chu. Mak nak buat tak tahu.”- Lovely Mom

P/s : Sedap? Jangan lupa kongsi dengan jiran sebelah atas bawah ya. *Diri sendiri tak buat* Tapi jangan bagi pada yang obese pula ^^

Assalamualaikum

Menangis Kerana Wan Nora Afiza

Assalamualaikum peepers...
Mesti semua orang dok fikir,

Siapa Wan Nora Afiza ini Kak Farah? Bakal kakak iparkah?
“Humph awak semua ini. Takkan tak kenal Nora? Penyanyi itu?

Mungkin kalau junior-junior tak kenallah kot. Tapi kalau yang hidup ‘sezaman’ atau yang lebih senior mesti kenal siapa Nora ini. Isteri kepada Johan Nawawi dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata yang soleh dan solehah, InSya'Allah. Anak sulungnya dapat menghafaz surah Al-Baqarah, Alhamdulillah.

Macam mana Kak Farah boleh kenal dengan Kak Nora dan menangis kerana dia?
Siapa kata Kak Farah kenal dia. Tapi sememangnya pernah menangis kerana dia.

Punyalah bosan semalam, almaklum orang cuti 3 minggu, begitulah gamaknya. I was like, changing the tv channel, from one to another, sampailah ke destinasi terbaik, TV ALHIJRAHSiaran yang menggabungkan hiburan, ilmu dan cereka. Kebetulan, masa itu keluar pula cerita Hijrah Munawarah. Pernah tengok tak ini? Humph. Kalau tak pernah, serious kena tengok. It's about those who want to make a change to be a better person. Kebetulan lagi masa itu Wan Nora Afiza inilah yang jadi artis yang diwawancarakan.


Beliau menceritakan pengalaman beliau dan yang paling menyentuh hati pengalaman bersama anak sulung beliau.
 
Saya menghantar anak saya untuk belajar di salah sebuah sekolah tahfiz. Tiba-tiba suatu harianak saya ingin keluar dari sekolah tersebut. Saya sedihlahdan terkilan kenapa dia nak buat begitu. Dia menceritakanpada suatu hariada kutipan derma diadakan di sekolah tersebut. Semua orang tak mahu terima sumbangannyakata mereka itu duit ibu kauibu kau seorang penyanyiduit itu haram.

Allah, ibu mana yang tak sedih. But we can't put the blame on her child for telling the truth. Dia juga mangsa keadaan kan. Ada lagi pengalaman yang diceritakan.

Masa dulukalau hantar anak ke sekolah tahfizsaya bakal memakai tudung. Selepas hantar anak ke sekolahsaya bakal buka kembali tudung tersebut.

Cuba kita muhasabah diri, awak pernah juga buat begini kan? Selepas sekolah, tudung ke mana, baju kurung ke mana. Yang tak pernah buat, Alhamdulillah. Yang pernah, kita ubah cara, istiqamah hendaknya.

Suatu malambila lihat anak-anak sedang tidursayutiba-tiba seperti terdengar suatu suara Kau tak bersyukurkah ada anak-anak seperti mereka?

Apabila penghijrahan itu bermula daripada seorang anak, impaknya SubhanAllah, besar sangat. Sebab itu anak itu anugerah. Kadang-kadang bila tengok anak baca Al-Quran, solat, ibu bapa pun terikut-ikut InSya'Allah. Bak kata Wan Noraafiza lagi,

 “Tidak semestinyakita dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam, keluarga yang baik-baik, 
membuatkan kita seorang muslim/ah yang baik juga. Apa yang penting untuk penghijrahan itu adalah ilmu

Allah, betapa pentingnya ilmu itu, nak buat apa-apa sahaja bermula dengan ilmu, tanpa ilmu, sesatlah kita. Ilmu tanpa amal, rugilah kita.
Alhamdulillah, kita doakan kebahagiaan Kak Noraa dan keluarga, InSya'Allah. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bercerita kali ini bukan nak memburukkan Kak Noraa ya peepers, tapi sebagai pengajaran sahaja.
Hijrah Munawarah ini berepisod-episod. Jom pakat tengok sesama di TV AlHijrah. Waktu Kak Farah tak pasti. Aiwah~



Allah SWT berfirman, mafhumnya,
“Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan rasulNyakemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguhpahalanya telah ditetapkan di sisi Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” -AnNisaa:100


Majlis Pelancaran Hijrah Munawarah


P/s :  Mungkin dialog itu, it's not exactly the same as what it is, tapi maksud sama ja.  Dah nak balik PASUM dah esok. Tsk Tsk. Tak puas cuti 3 minggu. Hayya Alal Falah!

بارك الله لك

السلام عليكم