Sunday, September 13, 2015

Drama Dental Episode 2 : 谢谢, Thank You First Year

Assalamualaikum and hye to the most beloved readers *** that was soooo last year punya greeting.

Anyway Alhamdulillah, thank God, I'm still here, but as a new Kak Farah Hazwani *please be happy for me huh? Yeay! Proceeding to the next level. Level Up! Dah masuk second year! Tapi challenges nak masuk first year dengan second year berlainan. Kalau first year dulu, mula-mula masuk sibuk nak buat 1001 jenis performances. dari nasyid, joget, sampailah tarian ala-ala bollywood. I was like an all-rounded performer. Bila ingat balik, malu sebenarnya. Since that was the other side of me that I shouldn't emphasize on =.= Bila mula masuk kuliah, tutorial semua, still kabur lagi, tak berapa jelas dengan Bachelor of Dental Surgery itu sendiri, memandangkan banyak subjek still basic medical science, macam Anatomy, Physiology dan Biochemistry, kecuali Oral Biology ( boleh baca selanjutnya di Drama Dental Episode 1 : Rusa Masuk UM )



Bila naik Tahun 2 ini, lain pula cabarannya. Masa tengah cuti haritu pun kami dah diagihkan dengan tanggungjawab untuk menguruskan pelbagai projek di bawah Persatuan Pelajar Islam Pergigian UM (PPIPUM) dan Persatuan Pelajar Pergigian UM (DenSoc). I was like, sooooo excited to get things done, doakan Kak Farah dapat menjayakan projek-projek tersebut dengan jayanya. Thank you for having faith in me. Once the project has been done, I'll update the link to the related post ya...

Pengarah Malam Tautan Hati [PPIPUM]
Ketua Biro Jualan & Tajaan Inter-Dental Physiology Quiz, iDPQ [DenSoc]
Ketua Biro Pengangkutan & Tempat Rehlah Penyatu Ummah [PPIPUM]
Ketua Biro Pendaftaran Senior-Freshie-Staff Night [DenSoc]

So, yeah, let's get things done early. Yalah, tanggungjawab yang orang beri kepada kita, mana boleh sia-siakan. Apa yang penting? Ikhlas dan commitment :)

Sekarang pun masih ada masalah tak boleh move on dengan MHS UM lagi, seronoknya sebab rasa macam ada ramai sangat adik. Soft skills pun semakin ok since kami dilatih untuk conduct LDK etc. It was super fun. Macam mana boleh strongly attached dengan biro teknikal pun tak tahulah. Bukannya pandai pun bab-bab photoshop and video making. But then, I took it as a challenge, since biro teknikal perlukan ahli perempuan =.= Nasib baiklah pernah uruskan bilik teknikal itu masa DTA and ACD, tak adalah macam rusa masuk kampung sangat.



Oh, result exam hari itu? I was so freaked out, first day of lecture, terus pergi Dean's Office. Gigih pergi balik naik teksi dengan roommates kesayangan ini *Kalau diorang baca confirm muntah . Sampai-sampai, terus buka sampul surat dengan perasaan
"Macam manalah nak bagi tahu parents ini?" Since I didn't do well pun in 2.1 test, failed my Physiology paper.

"Hish Kak Farah, conass je kan, kenapa stress sangat?"

But then, wallah... Alhamdulillah. Turn out to be... Not as bad as what I've expected previously lah kan.



Dalam sehari, tolak waktu makan, tidur, dan aktiviti lain, kita ada sejam dua je untuk revise *itupun tak manfaatkan sepenuhnya sebagai seorang mahasiswi. Banyak je buat benda lagha itu kan, layan game lah, memang hobi sampai final year kot. Tapi still Allah uji dengan nikmat result yang ok. Nampaklah Dia nak kita sedar yang kita patut usaha lagi untuk proses 'transformasi' result kepada yang lebih baik itu. Tahun ini kita cuba target DL lah (which is semua grade mesti B+ ke atas dalam transkrip exam itu). Tapi bila fikir balik, kalau saya DL tapi ilmu, skil untuk jadi seorang dentist yang bagus masih dipandang remeh, tak guna juga. Kena pandai balance, ilmu, skill dan prestasi dalam ujian itu sendiri.

About the video, it would be great if you just watch it the way it is, maksudnya tak payah full screen, volume up, confirm batchmates nangis tengok ini ;)

Tapi nasihat yang paling banyak Kak Farah terima bila masuk Dental ini, pasal hubungan kita dengan pelajar lain, lecturer ataupun staf. I was so impressed with YB Azim punya post dalam Dental United. Buddy Ikram pun cerita how important it is for us to keep on engaging with others. Mungkin kalau first year kurang nampak lagilah kenapa. 

Dental United Family Etiquette
Rasanya itu je kot buat masa sekarang. Cabran akan terus datang, terutama minggu depan. Doakan Kak Farah untuk terus kuat walau apapun keputusannya nanti. Do drop any comment, kalau awak nak tanya apa-apa, Kak Farah will always be here InSya'Allah.

"In order to be irreplaceable, one must always be different." #SuaraDental

P/s: Be grateful in everything that you have. Live well, laugh often, love much *Tapi jangan gelak sampai hati mati :)


بارك الله لك

السلام عليكم 

Friday, July 10, 2015

Menses

Assalamu'alaikum bakal bidadari bidadara syurga yang Kak Farah sayangi sekalian.

"Mula-mula lagi Kak Farah dah sebut bidadari, kenapa? Apa special-nya bidadari?"


"The truth is... post kali ini lebih kepada perigatan untuk adik-adik perempuan, tapi kalau lelaki nak baca pun tak salah. Mana tahu, nanti senang kalau adik atau kakak (or maybe wives to an extent) tanya pasal menses / haidh kan?"

Basically, ada tiga jenis darah yang keluar dari faraj perempuan dan setiap daripadanya terdapat hukum masing-masing, ie.

  • Haidh
  • Nifas
  • Isihadah

Haidh

Ialah darah yang keluar dari tempat paling dalam rahim perempuan secara kebiasaan, bukan kerana sakit atau beranak.

Minimum Umur Haidh

Darah haidh keluar dari faraj seorang perempuan pada umurnya minimum 9 tahun hijriyyah ataupun 15 hari sebelum sampai umur tersebut. Oleh itu, jika dia melihat darah pada umur 7 atau 8 tahun, darah itu bukan darah haidh, tetapi darah tersebut keluar disebabkan penyakit dan hanya perlu beristinja'.

Warna-warna Darah Haidh

Haidh boleh dilihat dalam 5 warna:
  • Paling kuat > merah kehitaman (hitam akibat kepekatan warna merah tersebut)
  • Diikuti dengan merah
  • Kemudian merah cair (pink)
  • Kemudian kuning (lemah)
  • dan paling lemah, warna tanah (coklat cair)
Warna-warna bukan haidh:
  • Hitam asli/tiada merah langsung
  • Hijau
  • Putih
  • Coklat gelap

Tempoh Maksimum Haidh

15 hari

Tempoh Minimum Haidh

Satu hari satu malam (24 jam) bersambung atau putus-putus DALAM LINGKUNGAN 15 HARI. Kebiasaannya: 6-7 hari

Normally, haidh akan berterusanlah kan sampai hari ke-6 atau ke-7. 

Pernah dulu Kak Farah tanya soalan masa kelas pasal Haidh ini, almaklumlah kita ini dulu budak sekolah biasa je, kurang sikit pendedahan dengan ilmu-ilmu macam ini, padahal kegunaan ilmu tersebut sama tara kepentingannya untuk semua orang tanpa mengira latar belakang sekolah kan?

"Kalau haidh putus-putus ini, macam mana dengan solat, puasa, etc? Sebab kita pun tak pasti itu darah haidh ke tak."

Then Ustazah itu balas, "Selepas kita pastikan sama ada itu darah haidh atau tak, baru kita decide. Contohlah, darah yang keluar itu bukan darah haidh, sebab tak sampai  kita bersihkan macam biasa, then qadha' solat kita"

Tempoh Minimum Suci Antara Haidh

15 hari (hari terakhir pendarahan sehingga hari pertama pendarahan untuk kitaran berikutnya) dan tiada had bagi maksimum suci.

Cara Mengetahui Haidh Sudah Berhenti

Untuk mengetahui darah haidh sudah atau belum berhenti, masukkan sekeping kapas putih atau tisu pada bibir faraj, jika tiada darah kelihatan, maka ia sudah berhenti.

Nota Tambahan:

  • Apabila seorang perempuan melihat darah, selepas melepasi tempoh minimum suci, berhenti solat. Dia tidak perlu tunggu sehingga 24 jam baru berhenti solat.
  • Walau bagaimanapun, jika darah berhenti sebelum sampai 24 jam, itu bukan darah haidh, sebaliknya ia darah penyakit dan dia tidak perlu mandi wajib selepas itu. Dia juga wajib qada' solat yang ditinggakan dalam tempoh tersebut.
  • Setiap kali melihat darah, dia hendaklah mengambil hukum mengikut situasi. Pada mulanya dia mengambil kira sebagai haidh, apabila darah berhenti, dia solat dan apabila darah datang semula, berhenti solat dan ini berterusan sehingga mencapai tempoh minimum haidh iaitu 24 jam. Pada saat itu, dia mengetahui bahawa keseluruhan tempoh itu ialah haidh.

Nifas

ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak. Ianya merupakan darah yang keluar mengiringi pengosongan rahim daripada janin.

Tempoh minimum nifas: Satu saat/seperludah
Tempoh maksimum nifas: 60 hari
Tempoh kebiasaannya nifas: 40 hari

Nota Tambahan:

Minimum suci antara haidh dan nifas ialah 15 hari (dalam lingkungan 60 hari), kecuali jika nifasnya 60 hari, kemudian dia lihat darah baru keluar sebelu lepas 15 hari suci, darah baru ini dikatakan haidh.

Istihadah

Darah yang keluar dalam tempoh suci, bukan masa haidh dan bukan pada masa nifas. Ia keluar dari saluran darah dari dalam rahim.

Jika darah melebihi 15 hari dalam waktu haidh atau 60 hari dalam nifas, darah tersebut dinamakan istihadah dan perempuan tersebut dinamakan mustahadah (terbahagi kepada 3 jenis - Mubtada'h, Mu'atadah, Mutahayyirah, lebih baik bertanyakan kepada orang yang lebih arif sebab Kak Farah masih dalam proses memahami dan mengingati) 



بارك الله لك

السلام عليكم 


P/s: Maklumat diambil daripada nota kelas yang Kak Farah pergi masa semester 1, punyalah berwaspada, in case nota kita hilang, blog kan ada :)

Saturday, April 25, 2015

Drama Dental Episode 1 : Rusa Masuk UM


Assalamualaikum semua yang masih lagi berdiri di bawah langit Ilahi.

Tahulah tak teruja masa jawab salam itu kan. Cuba Neelofa ke, Emma Maembong ke yang beri salam, teruja tahap dia tweet Hai pun nak retweet kan? Abaikan semua kecemburuan itu.

I just wanna say that "Alhamdulillah (Thank you Allah). I'm still alive and kicking."

"Habis itu Kak Farah. Sebelum ini nyawa-nyawa ikan ke macam mana?"

Hari Isnin sampailah pagi tadi, I'm dyin'. Macam sudah tak bertenaga sangat, nak jalan pergi Fac Med untuk OSPE pun rasa macam nak suruh Wafa dengan Lili (rommates/flatmates/coursemates) seretkan atas jalan tar itu. Oh people, forgot to tell ya. Baru habis 'test' tadi sebenarnya. So I'm here as the representative of Tooth Whisperer *rasa macam duta pula, mungkin nak cerita sikit pasal Dental School University of Malaya.

"Boringlah Kak Farah... Saya tak nak ambil Dentisry, saya nak ambil Medic."

"Bacalah dulu. Mana tahu berubah hati. Kak Farah masa sekolah rendah dulu pun nak ambil Medic juga, tapi bila masuk sekolah menengah, Kak Farah lebih matang untuk fikir apa, siapa, di mana Kak Farah 50-60  years in future. Masih berlari atau sudah boleh menarik nafas lega, bersyukur dengan apa yang ada? Mungkin lain kali Kak Farah akan cerita apa seronoknya dental, tapi hari ini nak cerita apa sebenarnya yang berlaku, nak bagi klu untuk bakal pelajar pergigian tahun ini."

Bachelor of Dental Surgery

Mungkin ada yang rasa, awak ini pelajar pergigian mesti belajar pasal gigi je kan? Kenapa sampai 5 tahun? Silent people silent. So basically, mestilah ada belajar pasal gigi, tapi ada banyak aspek yang buat gigi itu jadi kompleks.

Masa first year inilah nak merasa hidup begelumang dengan buku sahaja, nak semakin meningkat 'usia', semakin kompleks bila kita perlu berurusan dengan manusia. Manusia inikan ragam macam-macam.

ANATOMY
Subjek yang seronok kalau betul-betul belajar sebab dia fakta. Tak suruh awak fikir jauh-jauh pun sebab semua jawapan kepada persoalan awak InSya'Allah ada jawapannya dalam buku. Structures in human body gitu... Nerve, muscles, clinical significances, seronok! Tapi bila nak exam, banyak sangat garu-garu kepala sebab banyak sangat nak ingat nama-nama itu dan ini. Unutk student dental, generally limbs itu semua memang tak berapa nak ditekankan lah, subjek itu sendiri lebih menekankan kawasan thorax & head and neck. Tapi ada juga belajar pasal upper and lower limbs, abdomen, bla bla bla.

PHYSIOLOGY
We learn about the mechanism, how the body works. Endocrine, cardiovascular system, renal system, and many more. Bila belajar subjek ini, buatkan Kak Farah faham, kenapa kita tak boleh buat itu dan ini dalam kehidupan seharian. Apa kesan tindakan kita terhadap apa yang berlaku dalam badan kita. Bunyi pun dah seronok sangat kan?

BIOCHEMISTRY
Kak Farah bukannya mengada untuk pilih kasih, tapi entahlah. setiap kali belajar, Kak Farah sibuk persoalkan, "Apalah kaitan Biochemistry dengan pergigian?" Mungkin sebab itulah tak berapa nak 'score' subjek ini. Kuncinya di sini, kalau minat mungkin boleh excel, kan?  Tapi Biochemistry ini nak dijadikan cerita, dia sangat berkait dengan Physiology, cuma lebih kompleks sebab dia lebih detail, on how your body works.

ORAL BIOLOGY
Sekarang baru kita belajar pasal gigi. Tapi tak adalah sepanjang first year kita belajar pasal gigi. Tapi serious seronok bila belajar subjek OB ini, rasa macam dah nampak masa depan je. Lecturers pun SubhanAllah hebat, baik, tak tahu nak cakap apa. Fyi, kalau dalam lab OB ada 4 group, InSya'Allah kumpulan ini berkekalanlah sampai fifth year.

Generally, sistem kurikulumnya mudah. Setiap akhir tahun akan ada Professional Exam (60%), di mana pelajar akan diuji secara total, maksudnya dari hari pertama hirup udara sejuk lecture hall Tahun 1 sampailah hari terakhir menapak tangga audi. Kalau Professional exam ini intergrated format, maksudnya dia bukan discipline-based examination. Semua subjek masuk sekali macam rojak buah. Kalau kos lain ada exam final semester 1, kami ada test 1.2 (1.2 stands for second half of first sem of the year) which contributes 15%. Another 15% from Test 2.1 (2.1 stands for first half of second sem of the year). The last 10% comes from tests, assignments, labs, PBL, etc. Nampaklah yang sebenarnya 90% exam which may cause mental retardation.

Selalunya pelajar akan diuji dengan pelbagai cara dan ini semua terpulang dengan subjek atau lecturer itu sendiri. Biasanya akan ada:

  • One best answer (OBA/MCQ)
  • Modified essay question (MEQ)
  • Short answer question (SAQ)
  • OSPE/OSCE (practically)
  • Essay
  • True/False question (biasalah ada minus marking)

"Kak Farah, dah bonding belum dengan bakal dentists yang lain?"

"Masih cuba ini. Hidup mana boleh duduk sorang-sorang, nanti depression tahap 7 ft. underground."


بارك الله لك

السلام عليكم 

P/s : Bila belajar pasal ciptaan Allah ini memang sentiasa membuatkan students cakap SubhanAllah. Happy :)

Tuesday, February 10, 2015

Hyde, Jekyll and I

"Kak Farah, you've seen it! You've seen it, right? Amboi, mentang-mentang cuti lama, goyang kaki dekat rumah. Jealous tau..."



"What? At least give me the chance to give the salaam first, people..."

Assalamualaikum dear Hyde and Jekyll...

"Hyde and Jekyll only? Kami?"

"Well... Itu hanya perlambanganlah awak. It's in your hands anyway, nak jadi Hyde atau Jekyll, terpulang."

HYDE

Sabda Rasulullah  ﷺ 

 وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat”. (HR. Bukhari & Muslim).
Dia sembunyikan (hide) kelemahan kita, keburukan kita, bukan untuk bagi ruang kepada kita untuk terus melakukan perkara tersebut. But He makes them invincible for a while to give us the time and space to repent. Do it? Repent! Again and again till your last breath.
"Tapi kan Kak Farah, saya dah buat macam-macam. Saya dah taubat pun, saya still buat lagi. Malulah..."
"Awak, bila awak rasa bersalah bila buat salah, maknanya Dia masih rindulah itu. Masih ada rasa takut, masih ada taqwa dan iman. Tak rasa macam itu?"

JEKYLL

"Ahha, ini saya tahu. Related to that famous textile storehouse owner, right? Rajin, bijak mencari peluang, berani menanggung risiko, macam yang kita belajar dalam subjek KH masa Form 3 dulu kan Kak? In the end, success! He succeed in making it well-known. Kan Kak Farah?"

Well, I guess you do make a lot of research on Jakel huh? But, I have my own definition.

Jackal : a small carnivorous mammal of the genus Canis, which includes the wolf, dog and coyote.

What? Baby panda just wanna say Hi after the hectic exam days. OK fine..

Nah. Cute coyote pup. Kecil comellah, dah besar sikit nanti jahat kejar roadrunner

"Now I get it Kak Farah. This time for real!"
"정말 (jong mal = really) ?"
"Animal-like human being. Rather having that kind of humanity, a bad person with animal-like behaviour."
OK. Mungkin kita boleh tutup blog sekarang sebab adik-adik sekarang jauh lebih pandai daripada Si Penulis yang suka merapu ini. Just, sooooo not like me back then.
Thoughtless. Violence. Rude.
Tapi, bila difikirkan balik, kadang-kadang haiwan itu jauh lebih bagus, sedangkan kita ini manusia, dikurniakan akal. Tak begitu?



3:190
Indeed, in the creation of the heavens and the earth and the alternation of the night and the day are signs for those of understanding.
3:191
Who remember Allah while standing or sitting or [lying] on their sides and give thought to the creation of the heavens and the earth, [saying], "Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; then protect us from the punishment of the Fire. 

Surat 'Āli `Imrān (Family of Imran) : 190-191


Jadi manusia jangan pernah rasa bangga dan sombong. Belajarlah, walaupun dari sekecil-kecil semut. OK?

ME

And Kak Farah is still the old Kak Farah. With that kind of split personality, Hyde dan Jekyll masih bersama-sama menjadi teman setia.

"Tak faham..."

Kak Farah pun sebenarnya tak faham apa Kak Farah cakap sebenarnya. For instance, when I was with this group of people, automatically jadi pendiam, when I was with this group of people, automatically jadi gila-gila. Something like that. Memang dari kecil, jadi begitu. Bukan senang nak ubah. Depends on the environment and situation sebenarnya. 

I think that's all for today. Just, terfikir tadi dah lama tak update sebab malas. Malas? Kak Farah pun ada kemalasan dia tersendirilah. 

Ma'assalama wa ilalliqa' ya readers yang setia :)

بارك الله لك

السلام عليكم 

P/s : Doakan Kak Farah. Mak dah tanya pasal result test 1.2 itu. Allah...


Sunday, November 09, 2014

Loving Robin Hood

Assalamualaikum to all my good looking reader.

“Serious saya good looking Kak Farah?"

Eh. Mestilah sayang-sayangku sekalian. Bukankah setiap insan ada kecantikannya yang tersendiri. Lagipun, Allah tak ambil kira aspek rupa seseorang tapi amal ibadah dia, kan? So, no sweat!
Mukadimah hari ini pendek je kot because the rest would be all about ROBIN HOOD.

“But Kak Farah, actually... I hate ROBIN HOOD!“
“I thought everyone loves him sebab dia macam heroic and such. Buat baik dalam diam. You know almost the same as Spiderman, Batman, and everything that ends with -man."

... Keep on arguing whether we should love Robin Hood or not.
Debating.
And it ends there.
Final decision?
NO!

Al-Ghayah Tubarriru Al-Wasilah
Matlamat tidak menghalalkan cara -lah awak.

Sebagai contoh, kita ambil kisah Robin Hood itu sendirilah. He is often portrayed “robbing from the rich and giving to the poor". Nampak macam cool je, niat murni je, nak bagi or sedekah kepada yang memerlukan, tapi sumber nya dari mana? Mencuri? Merompak? Hebatkah itu? Takkan kita nak tunjuk dekat anak-anak contoh orang yang dua alam ini kan? (Dua alam as in having both good and bad at the same time)

Contoh lain boleh fikir sendiri kot. Kenapa kita nak cemarkan niat yang suci murni sesuci wangian softener Comfort dengan cara yang tak comel lagi busuk macam bau tong sampah depan flat Kak Farah ini. And when you show it to others, some of them might be following it as if, “Oh, you're such a great hero and I will do the same way just like you" and the flow won't stop unless, kita sendiri yang kata, “Saya minta maaf, apa yang saya buat ini sebenarnya salah, jangan ikut cara saya." (Tapi sebenarnya tak menjamin yang orang akan berhenti ikut cara awak itu.
Islam itu agama yang penuh dengan kasih sayang, keamanan, kesejahteraan, dan segala kebaikan yang ada di bumi ini dianjurkan dalam Islam itu sendiri. Jangan kerana awak mempergunakan “Aku bekerja kerana Allah” seterusnya melakukan kerja yang negatif, merosakkan nama Islam itu sendiri. 

Bakal ada mulut-mulut yang berkata,
“Ini cara yang awak belajar dalam agama awak?"
Sedangkan tak ada pun dianjurkan buat benda-benda yang negatif kan?
Dan selalunya true heroes bergerak dalam kumpulan kan? 
Bak kata Wafa, “Amboi cik kak, nak masuk syurga sorang-sorang je ke?"

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوص  
Verily, Allah loves those who fight in His cause in rows (ranks) as if they were a solid structure.
As-Saff (61:4)

Jadi berbalik kepada kisah Robin Hood kita tadi... Tak payahlah suka sangat dengan dia walaupun awak rasa pelakon dia comel ke apa ke kan. *abaikan kemerepekan itu*

Tiba-tiba rasa nak menyanyi kejap (menyanyi in terms of copy pasting lirik lagu MC)
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

“Cukup-cukuplah menyanyi itu Kak Farah. Tak sedap pun suara itu."

Fine, Fine, Fine...
That's all for today, but please please please remember our true heroes especially Muhammad saw, para sahabah and being forgotten most of the time - Ayah...

 بارك الله فيك 
السلام عليكم

Friday, November 07, 2014

Qin Ren

Assalamualaikum to my beloved readers...

“Near, far, where ever you are. I believe that my heart will go on"

Mentang-mentang jauh dari keluarga...

“Jauh apa. Negeri Sembilan dengan UM itu sejam suku je kan kalau naik KTM. Terpulang sama ada nak atau tak je nak balik."

“Tapi mana boleh balik selalu. Aktivitilah, assignmentlah, sangat duniawi sampai leka juga kadang-kadang itu."

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Beautified for men is the love of things they covet; women, children, much of gold and silver (wealth), branded beautiful horses, cattle and well-tilled land. This is the pleasure of the present world's life; but Allah has the excellent return (Paradise with flowing rivers, etc.) with Him.

Aal-i-Imraan (3:14)

Doakan supaya Kak Farah tak tahap saturated lekanya itu.

Oh. Lupa. Sekarang sudah tamatlah riwayat term 1.1 ( first half of semester 1 ).

Perasaan. Masih bergaul tetapi belum sebati lagi. Mungkin bila dah lepas exam 1.2 nanti dan dapat result baru boleh jadi kayu ukur, whether I'm doing just fine here or else. Tiba-tiba takut, nak sedapkan hati, selalu cakap,

“Farah boleh buat InSya'Allah. Prove it."

Jadi first year student, tiba-tiba rasa macam masuk Akademi Seni.

“Bukan Kak Farah suka ke benda-benda seni ini?"

Tapi bukan seni persembahan. I'm more to fine art de...

Dengan Senior-Freshie-Staff Night (under DENSOC) nya, dengan Malam Tautan Hati (under PPIPUM)nya, tapi mungkin dia nak bagi kita pengalaman yang seronok sebelum dimamah usia, bergelumang dengan buku kan?

Apa kena mengena content post kali ini dengan tajuk?

As usual la, merepek lagi... Qin ren means like relatives, family, kalau tak silap. Just want to introduce my second family but still, perlu masa lagi untuk bonding. Sekarang ini, baru buat London interaction, belum sampai tahap ionic bonding lagi. But will do InSya'Allah.

Oral Biology
Biochemistry
Physiology
Anatomy
Hubungan Etnik
TITAS
Information Skills
IT
Phewww..... Sabar Kak Farah, sabar......

Nothing much.
Mungkin sebab dah lama benda ini berhabuk, jadi agak lupa macam mana nak menulis.
Mungkin lepas ini blog ini akan jadi nyawa-nyawa ikan.
Mungkin boleh post sesuatu yang lebih bermanfaat lepas ini.
Mungkin...

السلام عليكم




Friday, August 22, 2014

Hamba UPU

Assalamualaikum adik, kakak, nenek, mak cik dan semua makhluk yang mengenali Kak Farah sama ada hanya di blogosphere yang hina ini ataupun di dunia realiti. Well, I used to say since my early days in SMK Dato' Abdul Samad that I want to be a dentist. Though, others were like,

“Eh. Dentist? Seriously? Jadilah doktor."

Nampaknya masih ramai yang memandang rendah kepada golongan pencabut gigi dan pembedah kepala ini.

Alhamdulillah, 12 Ogos yang lalu (ayat ikut skema cikgu BM dulu-dulu), dapat berita gembira untuk ditunjukkan kepada mak dan ayah Kak Farah yang comel gila dekat rumah ini.


“Untunglah Kak Farah, apa nak semua dapat. UPSR, PMR, SPM A bersepah tepi jalan, boleh kutip. Dapat pergi one of the best foundation programme in Malaysia, A bersepah lagi. Dapat course yang Kak Farah idamkan dari dulu. Untunglah.."

“Oh please people. Ramai yang tak tahu apa yang telah menghimpit hati Kak Farah yang remuk dari dulu.
Apply SBP, MRSM tak pernah dapat. Mungkin Allah tahu Kak Farah tak boleh survive tanpa mak ayah di sisi.
Apply MARA untuk PILN setakat ditemuduga, mungkin sebab Dia mahu aku ditarbiyah di UM.
Banyak lagi tapi rasanya tak payah cerita kot."



Tapi, pada masa yang sama, rasa
terkilan
menyampah
tak tahu nak cakap apa dengan confessions dekat twitter PasumC.

“Husnudzon-lah Kak Farah. Orang tengah geram memang macam itu. Luahkan tanpa memikirkan perasaan pembaca yang lain."

Ya. Tanpa memikirkan perasaan pembaca lain.


Antara persoalan yang remaja hamba UPU bangkitkan, yang Kak Farah ingin ulaskan di sini ialah :

1. Kenapa aku dapat course ‘bodoh' ini?

Wallah, setiap pekerjaan yang ada di muka bumi ini pasti ada kepentingannya sendiri. Dari pengelap tingkap macam dalam filem Cuci, sehinggalah usahawan yang menjadi ‘trillion'-aire yang Kak Farah pernah terfikir untuk hijack jet peribadi mereka.
Setiap ilmu itu berharga. Dan mungkin, mereka tak sedar bahawa, betapa ramai graduan di luar sana yang menempuhi dunia kerjaya mereka, berada di puncak kekayaan, atau bahasa paling mudah iaitu bekerja, mengikut aliran yang bukan mereka pilih ketika berada di menara gading. Ambil ekonomi tapi jadi pengacara nombor satu Malaysia, well, I bet you know who he is kan? Jadi, sebelum kata begitu, better you do some quick review on what you are going to confess.

2. Kenapalah aku diuji sebegini berat. Apa dosaku?

Cakap macam tak pernah buat dosa je kan? Mungkin awak bayi baru lahir semalam, mungkin.
You are saying that, as if itulah hari terburuk yang awak pernah lalui. Know what? One of my best friends in PASUM lost her mother about 5 days after she received the UPU result. Ramai lagi dekat luar sana yang mungkin mempunyai kisah yang menduka citakan berbanding awak. Jadi, kenallah erti bersyukur.

3. Kau dapat dekat situ? Eiiii....

Seriously, awak cakap macam itu kepada kawan awak? Kalau saya jadi kawan awak, memang dah kena high kick to the roof. Definitely will.
Belajar mana-manapun, sama je, yang penting ilmu. Nama universiti itu letak nombor 3. Nombor 2 itu CGPA. Nombor 1, on top of all that, الله. Niat kerana dia.

4. UM ini, kata je nak tolong budak-budak PASUM. Hampas kelapa betul.

Awak, awak, ini keluhan budak PASUM sahaja. Percayalah, UM sangat membantu budak-budak PASUM. 40% disetiap science-based courses. Bayangkan. 60% lagi dikongsi oleh pelajar STPM, matrikulasi, diploma di seluruh Malaysia yang beribu-ribu. Untuk kes Kak Farah ini, nak diikutkan, interview pun tak dapat. Mula-mula risau, habis semua kenalan PASUM Kak Farah message. Mostly tak dapat. Mulalah kami buat andaian, “Yang dapat UM tak dapat interview" tapi sebenarnya mitos itu Kak Farah yang reka bagi menyedapkan hati sendiri.

Adik-adik PASUM please take note yang result autonomi akan kita check dekat UPU juga. Bukan macam pelajar APIDS, mereka special sikit.
Jadi, Kak Farah nak buat kesimpulan, UPU bisa jadi satu penyiksaan ataupun kenikmatan. Tugas kita belajar baik-baik, result exam dan result UPU itu tugas Dia.
P/s : Please pray for my next painful 5 years in UM Dental School. Hala dentistry.

بارك الله لك
السلام عليكم

Tuesday, August 12, 2014

Dr Shanthi : A Doctor Review

Assalamualaikum ahli-ahli kelompok homo sapiens sekalian. Hari ini rasa macam pelik sikit, membebel, setelah sekian lama menyepi.

Krik krik.

Well. Post kali ini mungkin macam pelik. It's 12th of August, bukan result UPU keluar hari ini ke, kenapa out of topic je post ini kan?

Read my lips. Whatever~
OK. Cut the crap.

Selain UPU bagai *akan di-update kemudian, hari ini ingat nak beri sedikit review seorang specialist, a dermatologist to be exact, but first...

Harap semua boleh berdiri sekarang dan tepuk tangan dengan gemuruh,

“Just say it -lah Kak Farah. Kami tak akan ikut apa Kak Farah suruh!"

Yada yada yada. Just want to introduce you guys to Dr Shanthi.

“Apa yang bagus sangat pasal Dr Shanthi ini Kak Farah. Ramai lagi dermatologists lain kan?"

As for me, dia sangaaaaaaaat aweeeeeeesome. Why? Dia sangat caring, able to do all the diagnosis thingy in a perfect manner, pokoknya, hebat!

“Jangan terlalu memuji atau memuja Kak Farah."

Alhamdulillah wa syukrillah. After 2 weeks,
Consultation
Diagnosis
Paying a lot ( nasib baik orang belanja ) at least RM 50 which is only for consultation, kalau ada ubatan lagi mahallah kan.
My pimples are all gone, (almost) sebab sekarang ini kesan-kesan dia masih lagi ada. Reddish, masih. Tapi bila rasa guna tangan, dah tak macam dulu lagi.

ALHAMDULILLAH.

“Ini sebab hama. I'll give you a face wash, night cream and antibiotics. See me in two weeks. Tak ada pantang larang bagi saya."

2 weeks passed.

“You are doing well (indeed). External factors or irregular pattern of menstruation might affect the formation of pimples, but, we have to train your skin to endure all this. So, don't worry. Everything's gonna be just fine."

Dr. Shanthi
M.B.B.S. (MADRAS)
Dip DERM (LONDON) DERMATOLOGIST
LFOM RCP (IRELAND) OCCUPATION HEALTH DOCTOR

No. 302, Jalan Sungai Ujong, Taman AST, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel/fax : 06-7620650

CONSULTATION HOURS :
Monday - Friday : 9.00 AM - 2.00 PM
Saturday : 9.00 AM - 1.00 PM

CLINIC HOURS :
Monday - Friday : 9.00 AM - 5.00 PM
Saturday : 9.00 AM - 1.00 PM

Sunday,  public holiday : closed

The end.

P/s : Blessed, Alhamdulillah for having her here, in Negeri Sembilan. Dengar kata Dr Ko in KL pun bagus.

Allahu'alam

Tuesday, June 03, 2014

Apa Manusia Mahu ?

Assalamualaikum  readers yang _______ *Just fill in the blank because you are what you think of*
Memandangkan cuti Kak Farah masih bersisa approximately ٢ bulan, kehidupan PASUM pun dah lama habis *sounds pathetic*, we have to figure out new topics, basically about life. Dan kebanyakan prinsip serta falsafah, adalah buah fikiran sendiri, sebab nak cedok dari orang lain takut salah pentafsiran pula.

“Kalau Kak Farah merepek lagi macam mana ?"

Just sing people, sing, “Let it go. Let it go."

OK. Now, be serious. When it comes to certain situation, we usually have more than one choice. Biar Kak Farah bagi contoh sat,

Situasi #1 :

“Nak beli baju, warna merah atau warna hitam?"

Tak perlu jawab, ni ada skema jawapan.

MERAH!  “Kau ini, kenapa beli warna merah? Menonjol sangat. Kan cantik beli warna hitam itu. Nampak elegant sikit. Merah ini, kalau kena kejar dengan lembu, aku tak bertanggungjawab."

HITAM! “Cantik, tapi yang merah itu lagi cantik. Warna hitam ini macam nak berkabung je, kalau orang tua bolehlah, ini... awak kan muda lagi."

Situasi #2 :

Bila seorang anak lelaki sedang cuba memecah kesunyian duduk rumah macam budak Home Alone itu, mengambil keputusan untuk mengemas rumah. Kerana apa? Ingin membantu ibunya yang penat bekerja seharian. Tapi, bila ada mata yang memerhati, seperti jiran Mak Jemah sebelah rumah, bakal ada yang berbunyi,

“Amboi, rajin nampak. Macam anak dara kamu ini, kalau kamu ini perempuan, dah lama mak cik jodohkan dengan anak mak cik itu."

Semestinya, anak lelaki tadi rasa discourage nak teruskan. Annoyed.

Nampak situasi itu. Setiap pilihan yang kita ambil, bakal senantiasa ada respon yang kadang-kadang kita tak minta pun. Buat kita rasa serba salah.

Saya salah buat pilihan?
Seriously?

Nak contoh lagi? Tapi rasanya contoh ini ramai dah tahu kot. Siap hafal lagi dialog semua. Kalau ada yang tidak tahu lagi boleh baca kisah Luqman al-Hakim dan anaknya serta seekor keldai di SINI

Dan ingin Kak Farah petik kata-kata Luqman al-Hakim di akhir kejadian itu,

“Anakku, begitulah lumrah manusia.
Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tak akan terlepas dari kata-kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata. Ingatlah anakku, bila engkau bertemu dengan kebenaran, janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung harapanmu kepada Allah."
Mana mampu kita jadi sempurna di mata manusia, tapi, tak perlu dikejar kesempurnaan yang mereka idamkan. Kenapa? Hakikatnya sempurna di sini tidak hakiki. Bila buat sesuatu, jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai acuan, bukan kehendak dan nafsu manusia sekeliling.

Buntu lagi?

Tak tahu mana nak tuju?

Perlukan pertolongan?

Tanya Dia.
Istikharahlah.

P/s : Kak Farah agak terkilan dan stress dengan generasi  muda zaman sekarang yang tidak tahu betapa pentingnya ilmu kepada manusia yang berakal.

Wednesday, May 21, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part VIII (Semester 2)

Assalamualaikum pembaca yang sentiasa di bawah lindungan-Nya InSya'Allah.

Alhamdulillah wa syukrillah. Allah. Allah. Allah.

“Happy nampak cik kak kita minggu ini. Nak share apakah?”

Result Semester 2 is already out. Alhamdulillah. Allah,Kak Farah diduga dengan nikmat 4 flat itu sekali lagi. Lepas exam hari itu punyalah takut, hanya Allah yang tahu. Mana taknya, bila tengok balik soalan dan terfikirkan jawapan kita, weirdo. Pelik sangat sampai kadang-kadang itu boleh tergolong dalam golongan cereka, bukan fakta. Tapi kini Alhamdulillah, Allah menghapuskan keraguan dan kerisauan, dapat lagi 4 flat. Dikhabarkan keluar jam 1200 pada 19 Mei 2014, tapi disebabkan masalah teknikal, petang baru dapat tahu.


Semak guna SMS :
Type UMRESULT <space> <username> <password> and send to 15888

Semak melalui laman web :
http://myum.um.edu.my/

Actually, Semester 2 was way challenging, more than what I've expected. Kalau Semester 1 dulu matlamat nak belajar di PASUM hanyalah mendapatkan 4 flat itu sendiri. Tapi persepsi berubah apabila masuk Semester 2. Everything was changed 360 degree. Semester 2 baru jumpa para mujahidah yang hebat-hebat. Mula terfikir, kosongnya jiwa bila asyik menjadikan "4 flat" as the only thing to be focused on bila masuk PASUM.

"Tajdid niat Kak Farah!"

Alhamdulillah, tidak terlambat apabila kesedaran itu datang menerpa. Kalau setiap malam Jumaat pasti ada kuliyyah agama yang dianjurkan. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk hadir ke taman-taman syurga-Nya. Tapi awal-awal itu, minda Kak Farah ini punyalah jahat, terfikir,

"Eh. Nanti tak terjejaskah result aku?"

Sebelum masuk group usrah pun terfikir lagi,

"Eh. Ada masakah nak study lagi. Sampai follow 2 kak naqibah. Ingat awak itu superwoman kah? Nak buat tutorial lagi."

Allah. Futur sungguh hamba-Mu ini Ya Allah. Tapi cepat-cepat Kak Farah buang tanggapan itu jauh-jauh, dan dengan sekeras-kerasnya meyakinkan diri Kak Farah,

"Bila kita berada di jalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah, tiada perkara yang menjadi sia-sia. InSya'Alah jalan kita sentiasa dipermudahkan Allah"

Kalau Semester 1 Kak Farah duduk row 3 dan ke atas, masuk Semester 2, semangat membara-bara macam unggun api kena simbah minyak tanah itu * Hiperbolalah Kak Farah*  Terus duduk row pertama dalam DKU, lecturers masuk DKU, sampaikan ilmu, konon-kononnya kitalah yang dapat dulu. Ideologi tak boleh pakai! Mula-mula itu rasa malulah juga, sudahlah tak kenal sesiapa pun dekat row depan itu, tapi alhamdulillah, perubahan yang Kak Farah buat membolehkan Kak Farah dapat kawan baru ( Yeay for me ). Mulalah rapat dengan Juwairiah Wafa W3, Atiqah Y2 dengan Sakinah U3. Kadang-kadang Wardatul Syauqah pun join kami juga.

Kalau Semester 1 itu pernah juga Kak Farah tertidur, terutama sekali semasa kuliah En Ismail, rasa macam didodoikan. Allah... Siapa suruh tidur lambatkan? Tapi Semester 2 mula terbiasa dengan kesunyian dan kesejukan dewan kuliah, kalau tertidur pun ada orang tolong kejutkan. Sebelum lecturers masuk, Wafa dengan gembiranya main game 100 Doors, something addictive to be play with. Kalau kuliah mula pagi, selalunya akan ada budak-budak lelaki yang tolong mengetuai bacaan do'a, kadang-kadang ada tayangan video. At least masa tak terbuang begitu je kan?

Result 3 Best Subjects.                                                                                                                                                 
Kalau ada Minggu Aktiviti, harap awak semua libatkan diri. Awak semua tak kan asyik nak terceruk dalam bilik baca buku je kan? Bored! Setiap aktiviti awak akan dapat merit, tapi jangan bertuhankan merit semata-mata. Tapi dengar cerita tahun ini bakal ada perubahan, dari segi apa Kak Farah tak pastilah. Peraturan juga bakal lebih ketat.

P/s : I want to make a big confession today, SAYA RINDU PASUM !
That's the end of my "I'm a Part of Pasumian" series. Thanks for reading. Kita berjumpa dengan blog post yang bertemakan perkara lain pula ya InSya'Allah.

بارك الله لك

السلام عليكم














Wednesday, May 14, 2014

Bila Mama Pakai Celana

Assalamualaikum anak-anak ummi yang dikasihi sekalian...

"Amboi Kak Farah, ada gayalah! Kita nak mengumpat pasal mak siapa kali ini Kak?"


Awak ini. Kalau ajak mengumpat nombor satu kan?


Al-Hujurat ( The Rooms ) 49:12

49:12
 
 
O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah ; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful.

Muqaddimah yang menyentapkankah? OK! Back to the main idea of the post.
Kali ini bukan nak mengumpat, tapi nak bercerita supaya boleh diambil ikhtibar daripadanya bila sudah masanya untuk diamalkan.

"Semua ada ibukan?"

"Tapi salahkah kalau ibu saya pakai seluar Kak Farah?"

Kak Farah tak kata salah. Tapi nampak sangatkan revolusi yang berlaku, ibu zaman dahulu dengan zaman sekarang.

Ibu zaman dahulu tidak pernah kisah pasal hari ini nak pakai baju warna apa?
Ibu zaman dahulu tidak pernah kisah pasal hari ini nak tengok tv cerita apa?
Ibu zaman dahulu tidak pernah kisah pasal hari ini nak beli lauk apa?

Kenapa?

Sebab ibu zaman dahulu sangat memberikan commitment, sepenuhnya, kepada keluarga. Tidak salah berkerjaya, tapi jangan sampai anak itu sendiri lupa siapakah ibuku yang sebenar, yang mengambil berat tentang diriku.

Ibu zaman sekarang, make-up nya seinci tebal tapi bila kita lihat anak mereka, tidak terurus, selekeh.

"Awak ingat budak kecil tiada hak untuk kekemasan dan kebersihan?"

Kadang-kadang, bila direnung kembali, anak mereka tidak ramai manapun, ada dalam se atau dua orang, namun gaya mereka menguruskan seolah-olah sudah mencapai belasan anak.

Who asked you to get married early as you know that you still can't take the challenge to be a mother and a wife?

Kalau inginkan kemakmuran setahun, tanamlah padi,
Kalau inginkan kemakmuran sepuluh tahun,
tanamlah buah-buahan dan
Kalau inginkan kemakmuran beratus-ratus tahun, tanamlah tanggungjawab kepada manusia.
Confucius


Duhai ibu zaman sekarang...

Usahlah terlalu mengharapkan teknologi dan orang gaji untuk menguruskan keluargamu
Jangan terlalu taksub dengan material sehingga lupa tanggungjawab terbesarmu
Ku akui sayang anak ditangan-tangankan masih relevan tapi jangan berlebihan
Media mengganas kini, awasilah account FB, twitter, whatsapp, wechat , etc kepunyaan anak-anak anda
Ambil sedikit masa untuk bersama mereka walau seketika cuma, tambahan jambatan hati perlu diperkukuh setiap hari
Manjakan anak bertempat, jangan menjadi ibu yang melahirkan tuan sendiri
Just do your best to be your child's companion, educator, lover and many more because I still, strongly believe that  Mom's rock!


"Farah cakap senanglah. Belum merasa ada anak, cuba dah ada seorang nanti, serabai juga!"

That's why I'm saying, semoga kita dapat buat yang terbaik melahirkan dan membesarkan our future khalifah.

"Ajarlah anak-anakmu sesuai dengan zamannya" - Saidina Ali ra
Bila nak difikirkan kembali, mak Kak Farah bukan seseorang yang famous like Dr Muhaya or whatsoever, but, she is the first teacher I've ever knew. Nasihat yang tak pernah lekang di bibir, setiap langkah yang Kak Farah ambil mesti teringat sesuatu yang mak Kak Farah cakap, dah simpan dalam poket ini. She was a policewoman, but quit at the age of 46, about 11 years ago, just to take care of us. Dulu masa nak ambil SPM dulu, Kak Farah suka belajar waktu malam and guess who accompanied me? Uri omma ( My mom ) ! Siapa yang selalu datang sekolah untuk ambil report cards, Sports Day during primary school, ambil result UPSR/PMR/SPM, siapa yang suka suap Kak Farah makan (OK ini gedik!), siapa yang hantar saya pergi sekolah hari-hari semasa sekolah menengah, siapa yang hantar Kak Farah pergi Klinik Dr Kamal bila kena allergic attack, etc. Banyak sangat sampai tak boleh taip, seriously.

Kadang-kadang saya simpati dengan rakan lain, yang punya ibu, tapi terpaksa melakukan semua perkara sendiri. Memang, Kak Farah akui, it's about survival,

"Awak dah besar. Jangan terlalu bergantung kepada ibu"

Tapi, anak itu tanggungjawab dan amanah, bukan hanya kerjaya awak yang awak agung-agungkan, as what people said, family comes first  ! Dan, nak dikatakan lagi, saya berdiri pada hari ini, berkat do'a dan sokongan mak dan ayah. No doubt about that! Mereka buat saya rasa dihargai ( I will try to do the same too ) bukan tersisih, Alhamdulillah.



P/s : My mom is still wearing kain batik and that's one of the reasons why I love her. And... My mom's rock!!! Happy Mothers' Day ( This may apply for everyday in your lifetime ).

Sunday, April 13, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part VII (Separation & IV)

Assalamualaikum my precious readers.

Allah... Still can't stop my tears...

Singkatnya tempoh setahun, tapi masih mampu menyulam cinta, yang bakal kekal hingga ke syurga, InSya'Allah. Though we are aware of parting and separation, but still, brave enough to create memories that will eventually put us in a deep sadness.


“Kak Farah, itulah orang kata, jangan suka-suka sangat, nanti kesedihan yang bakal dialami teruk.”


“Allah... I don't even feel any regret creating beautiful memories in PASUM. Teringat dulu masa MHS, abang FP itu kata, memang penat PASUM ini but once you've finished your PASUM year, awak akan rasa sedih nak tinggalkan PASUM.”


“Aku dah nak balik. Thanks for everything. Jumpa dekat Faculty of Dentistry, UM nanti, InSya'Allah“ - Juwairiyah Wafa

From left : Wafa, Prof Sahar, and me
(Starting to get to know Wafa in Sem 2)
People walk into your life, giving hope, sadness, memory and many more. But the most important part is the love they gave to you though for only just a few months. Biar pupus dari pandangan, asalkan tidak luput dari ingatan. One of my favourite things to do as I realize this PASUM days going to end sooner than what I've expected is capturing photos.

“So lame Kak Farah. Macam budak-budak yang tak matang je.”

Fine. Know what, through blogging, capturing pictures, writing, at least I can recall all the memories and share them with others.

“Tidak semua orang suka buang masa tulis blog macam Kak Farah kan?”

OK. Double fine there. It's about satisfaction people~

“Goodbyes are only for those who love with their eyes. For those who love with their hearts and soul, there is no such thing as separation. Do not grieve, something you lose might comes in another form. Do not fear the future, as nothing will last forever.” - Mewlana Jalaluddin Rumi




I like being alone,
I like drinking coffee alone, and reading alone.
I like riding the bus alone, and walking home alone.
It gives me time to think, and set my mind free.

But when I see a mother with her child,
a lady with her zauj,
or maybe a friend with his or her best friend,
I realize that even though I like being alone,
I don't fancy being alone.

Enough talking about separation and parting. Nanti Kak Farah menangis tak pasal-pasal kena gelak dengan penghuni rumah ini nanti. Now let's talk about interview. Last year, I was totally busy with all this interview stuff dan sangat memenatkan bila kena travel here and there. Interview PASUM, PETRONAS at Taylor University, MARA in Bangi, FELDA at The Zone in Ampang, dan seangkatan dengannya. Almaklum, Kak Farah bukan anak VVIPPPPPPP, nak sambung belajar terpaksa cari scholarship.
Dan tahun ini, terpaksa mengharungi benda yang sama tapi tak sepenat tahun lepas. And just finished my interview this morning, seriously nervous. Semua yang datang dengan bawa kertas dan script, I was like,


“Allah... I'm not as well prepared as them.”


Sebab dulu, ingat lagi, bila jumpa interviewer, just talk and talk and talk as if you are not going to stop. Sampai kehausan pun ada. Sudahlah kena duduk sebelah orang yang hebat-hebat, pelajar emas pun satu group dengan Kak Farah. Risau but managed to keep calm and talk almost fluently with them.



Some of the tips during interview:

1. Knock the door first.
2. Ask, may I come in?
3. Walk confidently and hand it your certs to the panels (just do it even if they didn't ask)
4. Ask, may I be seated?
5. First question : Introduce yourself
6.Lelaki tak sesuai pakai baju stripes / kotak-kotak. Baju plain, seluar hitam & kasut hitam.
Perempuan sesuai pakai baju kurung. Tudung jangan fancy sangat.
7. Do your resume, at least compile your certificates neatly.
8. Enjoy the show. Put your mask on and keep on talking. Relax and be confident!


Some of the common questions during interview:

1. What makes you feel so passionate to become a dentist?
2. In dentistry, there are specialization, are you aware of that? Name some.
3. Case study... “If you have a friend, and he is studying dentistry just because of money, what are you going to do? Advice?”
4. Who is our VC?
5. In any field of carrier, there must be the hardest part of it. What do you think about dentistry?
6. You've watched the video and do the wire-bending test, what is your opinion about that?
7. What are the values from the video that you've watched before?
8. Do you think wire-bending test should be continue for the next intakes?
9. Rate your work out of ten.
I rate it 8 out of 10.
10. Do you have any family members or friends who inspire you to become a dentist?
*All the question are based on my experience for my UM autonomy interview for BDS, #4 is from my friend. MBBS? They might ask you about diseases or something.
40% of the places in Science-based courses are for PASUMian

P/s : Pray for me, readers. Dentist in the making. InSya'Allah, BDS Malaya this September.

بارك الله لك

السلام عليكم