Thursday, January 23, 2014

Aku Mahu... Bukan Sekadar Tin Kosong!

Assalamualaikum people...

Krik Krik...

OK. Itu bukan bunyi tin kosong tapi bunyi cengkerik.

“Tak boleh ke straight forward bila tulis post baru? Mesti ada mukaddimah yang nonsense ke? ”

Maaf. Asiffun jami'an. Perangai semula jadi seperti itu, suka merepek dan bercakap, tapi Alhamdulillah dapat dikawal bila berhadapan dengan orang.

OK. Fokus Farah Fokus.

Sekarang kalau Kak Farah bagi awak satu tin kosong, apa awak buat dengan tin itu?

“Buang je la. Useless!”

See. Mentaliti manusia sekarang ini. Sukar untuk menghargai.

“Recycle lah Kak Farah!”

Now that's what I want to hear from you, youngsters. But please walk the talk. Jangan cakap je ya.
Tapi hari ini bukan nak cakap apa yang kita boleh buat dengan tin kosong tapi apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan tin itu daripada kosong. Sebenarnya tin kosong hanya analogi kepada kehidupan kita sekarang. ‘Kita’ as perempuan.

Perempuan sekarang ini, kalau ditanyakan, majoriti tengah fikir pasal kahwin kahwin kahwin. Seriously I'm sick of it.

“Penatlah. Malas nak sambung belajar.”

 *Speechless* Awak, nak dapat sesuatu yang manis sememangnya kena rasa kepahitan dulu. It's such a waste as you have that kind of potential to achieve something great in life, but, you just held it in within yourselves.

Tapi kalau semua perempuan nak jadi pakar sakit puan pun masalah juga.

Siapa nak jadi hairdresser gunting rambut saya setiap tahun? 
Siapa nak jadi florist bekalkan bunga-bungaan segar kepada family saya in future? 
Siapa nak jadi guru mengajar anak-anak saya di sekolah in future? 
Siapa nak jadi businesswoman jual jubah cantik-cantik untuk saya? 
Jawapannya, tepuk dinding tanya anai-anai. 
Awaklah!

Singgah baca kejap : Wanita Berkerjaya Dalam Islam



Secantik mana pun awak, cantik macam Kim Kardashian sekalipun, tapi tanpa ilmu (dunia dan akhirat), awak pun sama sahaja macam tin kosong yang pada mulanya awak kata nak buang tadi.


Kagum dengan Khadijah yang menjadi usahawan terkemuka pada suatu masa dahulu.
Kagum dengan Rufaidah yang turut sama membantu merawat para sahabat yang cedera dalam peperangan. 
Kagum dengan Ummu Sulaim sebagai seorang nisa' mubasysyarat bil jannah (wanita yang dijanjikan syurga).


Awak semua tak akan tak terdetik sedikit pun rasa nak jadi macam mereka? *Sikit pun jadilah. Please*

Sekarang nak share sikit dialog dengan sahabat saya.

“Cantiklah telekung ini. Kain pun lembut je. Mak kau jahit eh?” 
“Aku yang jahit.” 
Sahabat buat muka tak percaya... 
“Betullah. Kenapa nak tipu pula.” 
“Serious?”

Daripada dialog dekat atas ini, nampak tak apa yang berlaku sebenarnya? Adakah wanita yang pandai menjahit hanya dari golongan mereka yang memang terpaksa belajar ERT dekat sekolah? Atau boleh jadi seorang pelajar yang ambil Foundation in Biological Science dekat PASUM? Jawapannya, ketuk pintu tanya jiran sebelah...

Perempuan sememangnya tak pernah lari dari tugas yang sedemikian. Mengemas, memasak, menjahit, etc. *Walaupun diri sendiri tak mampu jadi sehebat ibu di dapur* Alasan apalah yang kita ada kan?

“Aku kan bakal dentist. Nanti upah je lah orang gaji.”

“Air tangan ibu tak sama dengan air tangan maid made in Indonesia cik kak. Baju yang ibu jahit tak sama dengan baju made by Jovian Mandagie.”

*Commercial break for awhile*
Hari itu join program Sahabat PASUM di Masjid Jamek, salah satu tugasan ialah bertanyakan kepada masyarakat yang homeless

“Apakah perkara yang paling berharga dalam dunia ini?”

Nak tahu apa pak cik itu cakap?

“Nikmat yang paling berharga dalam dunia ini ialah kasih ibu.”

Allah... Rasa nak menangis tetapi sebab pak cik itu ada, saya kena jadi lagi kuat daripada dia. Mungkin saya agak terkenal sebagai ratu air mata sebab cepat emosional bila dengar sesuatu yang bagi orang lain tak ada apa-apa pun. Sayang bonda~

*Now back to the main topic*

Tapi awak, bila sudah ada ilmu itu jangan rasa diri hebat pula ya. Amalkan dan sebarkan. Baru kita dapat mengurangkan bilangan tin kosong di bumi Allah ini kan?  Seterusnya dapat mengurangkan kerja para pekerja di pusat kitar semula. SubhanAllah. Be someone who can do many things in life, bukan focus pada sesuatu sahaja. 
Bak kata Pua Chu Kang, no play play ha. Be an all-rounders.

P/s : Just finished my Mid Sem 2 test. What's left is just tawakkal. Get inspired with Dr. Muhaya.

“Ting Ting Ting”

I think I've heard the sound of filled cans being hit. Am I being too ambitious to succeed here after?

بارك الله لك

السلام عليكم

Tuesday, January 14, 2014

Carta Hati

Assalamualaikunna beautiful peepers...

Nampak tak perkataan ‘beautiful’ dekat atas itu? Penggunaan dhomir? Means what? Heh, sebenarnya post kali ini lebih sesuai dibaca oleh kaum hawa yang lembut hatinya. Kenapa? Mungkin tajuk kali ini lebih dekat dengan hati mereka. Especially these young, bright ones. Tapi kalau kaum Adam nak baca juga, sediakan ubat tahan muntah dan jangan condemn saya di dunia realiti ya? Janji dulu! OK!

Rasa agak agak agak berat hati nak tulis kali ini tapi rasanya pencerahan perlu dilakukan juga, no matter what will happen next. Mungkin kawan-kawan mesti akan gelakkan saya, that doesn't matter at all. Yang penting, apa yang nak disampaikan dapat menembusi mata hati dan akal fikiran gadis remaja yang comel-comel belaka ini.

“Cinta itu sememangnya duduk di hati.” - 3 Ustazah

Teringat masa keluar dengan kawan-kawan dulu, ada yang bertanya,

“Farah, kau tak akan tak pernah suka siapa-siapa? ”

Speechless. Clueless. Haruskah diluahkan apa yang dirasa? I don't think so. Keep on smiling while turning my silent mode on. Tapi dalam hati, terfikir,

“Suci sangatkah hati ini sampai tak pernah terdetik rasa cinta pada umatmu, Ya Habibullah?”

“Awak, kadang-kadang cinta itu perlu diapresiasikan dan ditunjukkan. Contoh? Bila kita cinta pada Rasulullah saw, kita mengamalkan sunnah baginda, kita bersalawat kepada baginda, kita memuji baginda serta para sahabat. Namun, kadang-kala, cinta yang dipendam itu lebih bermakna, tidak ditunjukkan dengan tingkah-laku yang terkinja-kinja dan kegedikan yang melampau macam yang awak semua tunjukkan nowadays. Andai Rasullah saw masih ada... Allah...”

No matter how hard you deny, you still have the same feeling? *Same here* Cinta itu fitrah sayang-sayangku sekalian. Mencintai itu tidak salah tetapi cara kita mencintai itu yang harus diperbetulkan. Awak, jangan risau, andai itu jodoh yang ditetapkan Allah, tiada orang lain yang mampu mengubahnya.
Tatkala awak ketahui, orang yang yang awak cintai turut mempunyai perasaan yang sama, apakah tindakan awak?

“Hee Kak Farah. Kalau saya dah lama couple dah.”

“Pfft. Dah agak dah jawapan awak itu. Allah... Tak payahlah awak. Kak Farah berani jamin, couple awak itu tak bawa awak ke arah kebaikan pun. Seriously. Percayalah~~ *menyanyi lagu Dato' Siti sudah*”

Sebenarnya Kak Farah tengah sedih ni, semalam ternampak someone yang Kak Farah kenal, hugging in public, sedihnya Allah sahaja yang tahu. Andai Rasulullah masih ada... bercucuran air mata baginda. Maaf ya Habibullah.

Awak, perasaan itu harus dipendam. Tak payah nak diluahkan, melainkan lelaki itu berkahwin dengan awak dan perlu menyatakan hasrat hatinya kepada wali awak kan? *I don't think that youngsters nowadays have that kind of courage to do so*

Ramai yang membangkitkan isu nikah khitbah lately, Kak Farah tak kisah pun, kalau awak sudah bersedia, why not? Tapi ilmu kehidupan dunia dan akhirat masih sejengkal, awak rasa awak layakkah untuk menjadi seorang amir kepada baitul muslim kelak? Kalau awak tanya Kak Farah, the answer is no! Kahwin bukan untuk sehari dua sayang. Buatlah persiapan yang rapi untuk menjadi seorang bidadari kepada suami awak nanti, pendamping, penasihat, rakan sejati,dan penyejuk hati. *Kak Farah tak mention orang gaji kan* Hee...

Ramai sangat yang berdo'a,

“Ya Allah, andai dia jodohku, peliharakanlah dia. Semoga kami dipertemukan kelak.”

Tapi apa kata, instead of that, kita berdo'a,

“Ya Allah, andai dia bukan jodohku, pertemukan dia dengan wanita yang lebih baik dariku. Semoga dia dikurniakan rahmat dunia dan akhirat.”


Andai kutanyakan kepada orang-orang kebanyakan, apa ciri-ciri suami idaman awak?

“Yang handsome”

“Yang soleh dan graduan sekolah agama”
“Baik hati dan romantik” etc.

Banyak lagi jawapan yang buat Kak Farah rasa nak jerit,

“Mr so call perfect is no longer in this modern world people! ”

“Benarkah awak cintakan dia? Soalan yang mudah untuk awak jawab, bayangkan dia 200 kg lebih berat daripada sekarang, adakah awak masih mencintainya?” - anonymous

Nasihat buat adik-adik tercinta serta sahabat sahaya di luar sana:

  • Andai ia benar-benar cinta, zahirkanlah usai lafaz “Aku terima nikahnya...”
  • Jaga batas pergaulan, awak please, “in relationship” shouldn't be exist in FB!
  • Utamakanlah cinta pada Sang Pencipta seterusnya Kekasih-Nya.
  • Sediakanlah keperibadian awak dulu sebelum sibuk nak cari Mr. so call perfect awak itu.
  • Keep calm and love him in silence.
  • Tinggalkanlah cinta awak itu andai ia membuatkan awak lebih jauh dari Allah swt dan Rasulullah saw
“Cinta dan kasih sayang manusia itu ibarat setitis air dibandingkan selaut cinta dan kasih sayang Allah.
Andai kamu kehilangan setitis kasih itu, usahlah kamu bersedih, namun bergembiralah kamu andai masih memiliki selaut cinta itu.”

"Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menjaga hati ini, bersama berlari menuju cinta yang hakiki, mendamba kasih dan reda Ilahi. InSya'Allah, bersama berpiminan tangan menuju mardhatillah"

P/s : It has been 8 months in PASUM. Since the first day ... No one knows. Alhamdulillah :) Maaf... Kan saya dah cakap lelaki tak sesuai baca! Semuanya fiction belaka. Lalalala. TQ


بارك الله لك

السلام عليكم

Wednesday, January 01, 2014

I'm a Part of Pasumian 2013/2014 Part V (FESTASI & Activity Week)



Assalamualaikum beautiful people…

I assume that everyone is in good health, kalau tak macam mana boleh baca blog Kak
Farah kan. *perli sangat ini*

So where should we begin? Masha'Allah, ada masa lagi itu Farah nak merepek, kalau ajal tiba-tiba datang macam mana?

"Seorang pelajar PASUM meninggal dunia ketika update blog-nya mengenai FESTASI dan Minggu Aktiviti PASUM" Allah...
OK. Sebenarnya saja ja itu nak ingatkan awak dengan jodoh kita dengan alam barzakh itu, mana tahu terlalu leka dengan duniawi sampai terlupa kan? Oh yeah, anyway, Happy New Year, ahlan wasahlan 2014. Semoga tahun yang berlalu banyak memberi ibrah kepada insan yang hina seperti kita ini.

"Kak Farah ja insan yang hina, kami tak."
OK FINE! Siapalah saya nak menilai orang lain, tapi yang saya tahu, kita memang tak lepas daripada membuat dosa kan? Allah... Sebenarnya macam biasalah, tadi itu mukaddimah yang agak panjang, macam tak biasa pula kan?

FESTASI 2013

What is FESTASI actually? Kalau didefinisikan secara literal, ia adalah Festival Asasi anjuran JKP dan diadakan di Kolej Kediaman Ke-12 itu sendiri, bukan anjuran PASUM. Activities were held throughout the week and it was fun. Adalah aktiviti yang Kak Farah tak join pun sebab tersangatlah malas, tetapi rasa menyesal pula sebab tak dapat jumpa Raqib Majid dengan guitarist Yuna hari itu. Tak apalah, nampak sangat kita tiada jodoh. *merepek lagi. rasanya perlukan baldi untuk muntah malam ini* Just kidding people, jangan serious sangat, nanti action potential will keep on occuring sebab awak supply impulse kan? Tak banyak pun nak cerita pasal FESTASI ini, let the picture tells you everything. Bak kata Englishman, a picture is worth a thousand words. *correct me if I'm wrong*

  



Ceramah Solidarity of Humanity


MINGGU AKTIVITI 2013 #MA13

Minggu aktiviti was conducted by the MT (Majlis Tertinggi ) PASUM and seriously I would love to thank you guys for all the events that were seriously interesting to me. Ilmiah, fun, etc. Just name it. Tanpa Mingu Aktiviti mungkin Semester 2 di PASUM will be like, meaningless. Ceyh, ayat puji-pujian itu, bangga semua MT dengar ini.

On Monday we have the final battle of Debate competition (English & Bahasa Melayu). I was like, go Fizikal go Fikal Team, padahal student hayat itu. Darah pembelot mengalir dengan lajunya hari itu. But I was a little bit reluctant because my favourite debater didn't get nominated as the Best Debater. Allah... Hancur hati penyokong di bawah ini. His British accent, memang terbaik! Kalau nak lebih fluent cakap omputih boleh belajar dengan student fizikal itu nanti ya. Tapi seriously nak juga tahu tips dia macam mana boleh jadi sebagus itu kan?

                         

Now let's move on to our pinky Tuesday. It was a pleasure for me to meet Aiman Azlan, tak adalah jumpa sangat, tengok dari bawah stage Dewan ja. Sekarang saya faham kenapa teenagers nowadays sangat admire dia. Bukan sahaja seorang yang intelektual tapi sangat versatile dalam menjadi seorang da'ei. Mampukah saya yang lemah ini jadi macam dia? Allah... Tak dapat jadi macam dia pun, dapat kenal orang sehebat dia pun jadilah. Sebenarnya hari Selasa ini sangatlah packed, bayangkan pagi itu saya ada kuliah/tutoran dari jam 8 pagi sampai jam 2 petang, lepas itu Kak Farah pergi masuk Pertandingan Tilawah (Alhamdulillah second place) mula jam 5.30. Sebenarnya kami habis awal tapi pergi tengok Pertandingan Tilawah Lelaki di Audi sampailah nak dekat Maghrib masa itu. Siap-siap, solat, lepas itu turun Dewan Gemilang semata-mata nak dengar talk by someone who is so inspirational to us. And it end up at 11.00 PM! Sentuh buku jangan cakaplah, memang tak sentuh langsung. Allah, tapi tak apa, all the activities mean a lot to me. For the content and other info about the Mini Islamic Talk, you can read them HERE
Mini Islamic Talk
Pertandingan Tilawah dan Hafazan


24th December 2014 : Mini Islami Talk *Spot Anwar Hadi in the photo*

What about our yellowish Thursday ? Sebenarnya hari ini ada Explorace tapi malangnya group Kak Farah tak terpilih sebab the places are limited. Macam seronok ja tapi tak ada rezeki nak join kan? Hikmahnya? Saya menggunakan masa sepenuhnya *not really sepenuhnya* untuk study.

P/s : Andai diberi peluang untuk masuk PASUM lagi tahun yang akan datang, I will take it. Perjalan Aku Sebagai Umat Muhammad sangat bermakna. AllahuAkbar ^^ Certain things are hard to be described in words, hanya Dia mengerti betapa bersyukurnya diri ini berada dalam kalangan kalian.

بارك الله لك

السلام عليكم